Monday, January 22, 1996

Sekolah Baru

"Blaja gheghajin, sini bebudak eh pepandai.." kata mak aku masa aku pindah ke sekolah baru, selepas bapak aku dapat tukar ke Kuala Pilah.

Sekolah aku yang baru ialah, Sekolah Kebangsaan Kuala Pilah.

Bila aku masuk jer sekolah tuh, aku dapat rasa aura pandai yang jelas dirasai. SEBAB, semua budak kat situ pakai necktie. Masa sekolah sebelum neh, pengawas ajer yang pakai necktie. Kat sini sumerang bleh pkai necktie. Necktie merah, ader lambang sekolah.

Aku masuk kelas 3 Mawar. Cikgu kelas aku sangat la garang. Macam singa bunting. Memang masa tuh dia tengah preganant pun. Aku tak berapa suka dia sebab dia suka buat congak, setiap kali masuk kelas. Congak ader 10 soalan matematik, kene jawab secara terus, sebab soalan diberi secara lisan. Cikgu aku suka pkai bedak sejuk, dan bedak tuh kuat baunya.. bagi aku, kalo terbau bedak sejuk tuh, aku akan dapat rasa aura membunuh... SIFIR, CONGAK, SIFIR, CONGAK!

Masa nih, kawan aku panggil nama aku A. Berbeza daripada sebelum nih, kawan sekolah aku panggil aku dengan nama K. kawan pertama aku kat situ, adalah, hmm.. x per la, tak yah bg tau nama. Aku dengar kawan baru aku neh berak dalam seluar masa darjah 1. Kesian dia.. Sebab dia membawa imej pelajar yang penah berak dalam seluar..

Sekolah baru nih sangat LAIN.. memandangkan sekolah nih boleh dikatakan menjadi tumpuan pada setiap penduduk pekan Kuala Pilah, jadi ia menjadi sangat lain. Dan tiap pagi aku akan dengar cerita dari radio yang diulang lebih seribu kali. Cerita Akik dan Ekok.. Sebuah cerita radio yang SANGAT bosan~