Friday, September 25, 2009

The Shark Attack Theatre Tour, this coming October 2009!


Tronoh Theatre Shop presents...


ASYLUM

MEDLEY OF MIME

MIAO -MIAO SANG ARNAB

TOK JANGGUT


video


We will meet you this coming October..
at

Universiti Teknolologi PETRONAS,
Taman Budaya Perak, Ipoh,
Taman Budaya Kuala Lumpur.


For more information... please visit our official website..



Tuesday, September 22, 2009

Kuih Tat dan Rendang Daging


Ari sabtu tuh, famili aku da balek reramai ke LKTP Bukit Rokan. Mak Lang aku da balek time tuh. Sepupu-sepupu aku sumer ada la sekali. Meriah jugak. Balik jer umah aku tak tau aper nak buat. Sebab sumer da macam diatur. Nak tolong bwat lemang, pakcik aku, dan papa aku da take charge mender-mender tuh. Jadi keje aku cuma jadi pemerhati aja..

Memandangkan aku nih macam tak berguna sangat, jadi aku nak menyumbang la sket ari raya nih. aku pon bwatkan tangga untuk ke bukit blakang rumah, tempat untuk orang masak-masak. Tangga nih khas untuk nenek aku yang da tak terdaya nak panjat tangga lama (tangga nih pon aku bwat time raya dua taun lepas).

Raya petama dan kedua, kitorang pegi ziarah sedara mara.. raya pertama kat kampung belah mak aku kat GEMENCHEH. Lepas tuh raya kedua kat kampung bapak aku, kat REMBAU.

Raya ketiga, famili aku pegi ke Johor. Rumah BAKAL abang ipar aku. Aku maleh nak pegi. Ntah la napa malas sangat. Aku duduk umah layan citer korea. Petang tuh pegi Seremban Lake Garden, rilek-rileks. Malam tuh nenek sedara aku datang. kalut betol aku melayan sensorang. nasib baik berjaya melayan diorang dengan cemerlang. Fuhh!!!

Sebenarnya, taun neh, aku tak da mood nak raya. TAKDA MOOD LANGSUNG! Yea la.. beberapa kebelakangan nih ader beberapa benda yang tak berapa seronok da berlaku.. Hal-hal pengurusan, FYP, dan esemen yang melambak macam haram menyebabkan aku rasa bertambah stress.. aku try menggunakan kuasa yoda aku untuk menenangkan ati dan perasaan nih.. HUUURRMMMM~

Aper pon, heharap menjelang abes cuti neh, otak aku kembali ok dan reda la stress aku nih. Naseb bek esok nak gi jenjalan dengan kerel~ Yang memberi napas pada raya aku kali nih cuma rendang daging dan kuih tat. Kat bilik aku da dijadikan port tempat untuk simpan stock kue raya. Aku aper lagi.. MAKAN.. MAKAN.. MAKAN.. Aku bangun pagi, tros makan kuih raya. Sebelum tido pon, makan kue raya.

Alhamdulillah.

Saturday, September 19, 2009

Gatal tokak

Kali nih atok nak share satu bondo yang paling ponting skali dalam idup atok, sebagai orang negeri semilan. Kau tau tak apo?

Motong gotah?

Salah...

Makan sighih?

Salah...

Bekobun?

Salah...

Mengoca?

Salah...

Tembak tupai?

Salah..

Jawapan eh.. masak gulai atau masak lomak cili api.

Kali nih atuk nak bagi tau la resipi eh... Sobab kito nih orang bolah sini, kono la pandai masak, kok tak pekono gulai lomak dalam seminggu tuh, atuk ghaso manjang gatalll jo tokak nih..

Bahan-bahan eh..


Credit




Memulo amek segonggam cili api tuh, dalam 18-20 uleh, tumbuk dongan losung batu.. kok tak konal losong batu, tanyo uwan kau. Kok uwan kau pon tak konal, amek blender, blender la...

Peh tuh amek kunyit idop, bosa ibu jari, buang kulit eh, tumbuk samo cili api tuh...

maso yang samo, tenggek piuk kau tuh ateh api yang sodang-sodang bosa eh.. lotak an sikit air dalam 100 mL, peh tuh lotak ayam seko dalam piuk kau tuh. Kok takut tak sodap, lotak setongah eko. Kok tak yakin bona, tak payah masak.. boli kek kodai yo gulai kau tuh..

Lotak la campuran cili api kau dongan kunyit idup yang da tumbuk ancur tadi.. Gaul elok-elok.. Biar ayam tuh kocut dalam piuk tuh dalam 10 minit.

Lopeh tuh amek santan daripado sebijik kelapo, peh tuh lobur dalam piuk kau tuh.

Kacau la elok-elok. Api bosa an sikit.. sikit jo.. kang takut bilo menggelogak, isik ayam eh pulak tak masak.. meghah yo daging eh.. jadi musang pulak kau kang.....

Lotak soghai dalam piuk kau. Sbolum tuh, soghai tuh kasi tumbuk sikit, bia bau eh tuh menyoghap dalam gulai tuh. Kau kan blaja sains... makin bosa lueh pemukaan, makin copek kadar tindak balas.. tuh yang kono tumbuk sikit tuh..

Da lamo sikit tuh, lotak an ubi kontang kau yang da bolah ompek tadi dalam piuk.. tambah garam secukup ghaso.. Asam koping tuh kono lotak dalam duo koping, tapi jangan banyak bona, kang masam gulai kau kang.. nih cumo nak kasi tak basi copek..

Da menggelogak tuh, tengok-tengok ayam da masak tuh.. tutup api eh, buleh la nak mentedaghah..

Tuh yo basic eh.. Kau buleh ganti ayam tuh dongan ikan ko, udang ko, lombu ko, kambing ko... sumo buleh..

Akhir kato daripado atuk.. slamat bejayo.. Kok tak sodap, atuk tak tau.. mungkin tangan kau tak bebodung jam kocik-kocik dulu.. tak pon kau memang buek kojo tak menugheh..

Masak lomak cili api nih bukan sekali jo buleh jadi.. kono buek banyak kali.. macam prektis matematik..

Mandang an esok nak ghayo.. Atuk nak ucapkan..

Selamat Hari Rayo
MAAF ZAHIR BATIN

..kek sumo oghang, kaum kerabat atok, sedagho magho, kodim-kodim, woghih-woghih, sahabat handai yang blaja dalam negoghi sampai la ke luar negoghi... Makan ketupek adabi tuh elok-elok, jangan menangih pagi ghayo sok..


p/s : kok sesepo yang ado tips tambahan buleh la share..


Tuesday, September 15, 2009

Poco-poco haram?


Ari tuh aku tergatal pulak nak cek email yahoo aku yang da berkurun tak berbukak. Bila bukak-bukak termuntah la junk-junk email yang dihantar dalam inbox aku. Tapi ader jugak email-email yang menarik akak aku hantar. Antaranya satu isu nih yang boleh dikatakan hangat skang neh.. Berkenaan isu tarian poco-poco nih..

Ini bermula dari satu email yang datang entah dari mana yang mengatakan tarian ini adalah tarian orang Filipina dalam satu upacara keagamaan Kristian. Email dia berbunyi lebih kurang macam nih...

“Assalammualaikum.

Alhamdulillah kerana kita semua masih bernafas lagi dgn keizinanNya. Saya ingin berkongsi dgn rakan2 semua tantang tarian poco2 yang sedang hangat ditarikan oleh semua lapisan masyarakat,umumnya masyarakat kita yg beragama Islam terutama suri2 rumah dan badan2 kerajaan ketika manghadiri kursus.

Sebenarnya tarian pocoh2 ini berasal dari Filipina bukannya dari Indon.Ia ditarikan oleh masyarakat yg berugama kristian ketika mereka menghadiri upacara sembahyang mingguan mereka. Lihatlah sahaja bagaimana pergerakannya, yg membentuk salib.

Mungkin kita tak perasan kerana kita suka mengikut2 sesuatu yg baru tanpa usul periksa. Inilah cara musuh2 islam mengenakan kita sedangkan kita tahu apabila kita melakukan sesuatu yg menyerupai sesuatu agama maka kita dikira merestui agama itu seperti amalan yoga yg telah difatwakan haram kerana menyerupai agama hindu.cuma tarian pocoh2 ini belum difatwakan haram lagi. Marilah kita sama2 fikirkan.”


Dulu aku ader gak la berjoget dengan benda nih sekali. Tapi tak tau plak boleh jadi macam nih. Aku takda la minat sangat, tapi kesian la pada orang yang mempraktikkan menda nih sebgai satu senaman. Aper pon aku harap isu nih dapat dikaji supaya tidak timbul rasa was-was pada setiap orang memandangkan ramai sangat yang suka berjoget poco-poco nih, termasuk para menteri semua. Akhir kata, jangan kita selalu terburu-buru dan mudah melatah dalam menyelesaikan satu isu. Kaji dan buktikan sebelum kita sampai ke kata putus..



Monday, September 14, 2009

Bas Seremban-Kuala Lumpur

Tujuan post kali ini adalah untuk memberi sedikit tunjuk ajar dan berkongsi pengalaman menggunakan kenderaan perkhidmatan awam di Seremban dan Kuala Lumpur.


BAS SEREMBAN-KUALA LUMPUR

Kalo nak ke Kuala Lumpur dari Terminal 1 Seremban, bleh naik bas SEREMBAN - KUALA LUMPUR atau SUASANA EDARANyang beroperasi dari pukul 6.30 AM ke 9.30PM setiap hari dengan kekerapan setiap 15 minit. Bas berenti kat Pasar Seni. Tiket untuk satu hala cuma RM 6 jer. Bas awal ke KLCC untuk tiket terhad bleh naik pukul 6.30 AM kat Terminal 1. Tiket RM7.20++

Bas ke Paroi
Kalo nak ke stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi dengan menggunakan perkhidmatan bas, boleh naik bas yang menghala ke Kuala Pilah seperti CityLiner, Transnational, united bus atau Southernbus di terminal 1, seremban ATAU guna intracity bas ke paroi. Boleh berenti kat stesyen minyak mobil paroi jaya (bertentangan dengan pusat dakwah islamiah). Stadium tuh betol-betol kat blakang stesyen minyak mobile tuh.

Intracity Bas ke Paroi
Dari Terminal One, Seremban ke Taman Paroi Jaya, Taman Panchor Jaya, Tmn Telawi, Tmn Bukit Margosa,Tmn Ampangan
6.30 AM
7.40 AM
9.40 AM
11.40AM
1.40 PM
3.40 PM
5.40 PM
7.40 PM
10.00 PM
Gunakan bas City Liner, tiket RM 1.50

Perkhidmatan Komuter
Stesen bas Terminal 1 dan stesen komuter Seremban dihubungkan oleh kawasan pejalan kaki berbumbung yang sangat selesa. jadi korang boleh naik bas atau naik keretapi ke Kuala Lumpur.

Kalo nak pegi ke stadium bukit jalil dari seremban atau kuala lumpur menggunakan komuter, boleh turun di stesen Bandar tasik Selatan dan tukar ke Star LRT untuk ke Bukit Jalil (terletak bersebelahan).

Kalo nak ke stesyen bas pudu, boleh turun kat hentian LRT Bandar tasik selatan dan turun kat hentian LRT Plaza rakyat.

Kat bandar tasik selatan pon boleh ke KLIA dengan ERL.

Mari menggunakan pengangkutan awam untuk penjimatan maksimum!

Sunday, September 13, 2009

Pantun : Raya

Memandangkan rayo da dokek bona nih ha.. Atok nak kasi la sikit-sikit pantun murah atok yang atok karang maso darjah duo kek sekolah kebangsaan Dato Abdullah, gemoncheh, negeri sembilan.


Poi kobun tanam halio,
Tanam halio sebolah kepayo,
Bulan Syawal bulan mulio,
Moh sesamo raikannyo.

Poi jumpo oghang semondo,
Ghumah eh tinggi banyak tanggo,
Bilo melahap biala bepado,
Sebolum sakit kono bejago.

Membuto pagi sampai ke potang,
Ateh bantal ponuh poto,
Barang yang lopeh jangan dikonang,
Elok bemaaf sesamo kito.

Gunung Angsi tompek betapo,
Betapo sambil makan roti,
Duit ghayo jangan dilupo,
Poghut konyang suko ati.

Naik moto takdo lesen,
Bawak laju macam hantu,
Kok duit ghayo pon boghi sepusen,
Memang dasar kepiting batu.

Poi zoo dengan boyo,
Boyo pandai kupik kelapo,
Behati-hati maso berayo,
Selemo babi jangan dilupo.

Makan biskut selet kaya,
Petuo untuk jimat cermat,
Behati-hati dijalan raya,
Pandu cermat jiwa selamat.

Poi kenduri awek cun,
Parking moto dalam bangsal,
Jangan mengado nak main morcun,
Putuih tangan baru nak nyosal.

Ari-ari kono lompang,
Jatuh tegolek ateh tanah,
Kalo ado maso yang lapang,
Moh la jomput ke rumah.

Poi bekubang dalam payo,
Sambil mengoca ikan ghuan,
Bulan Syawal bulan bahagio,
Selamat ari rayo ese ucapkan.


SELAMAT HARI RAYA
MAAF ZAHIR & BATIN
JEMPUT LA DATANG KE RUMAH


daripada warga senapang patah:

-Kaloi-Atok-Auntie Rozy-Dato' Panglimo Bukit Putus-Leman Tungal-





Friday, September 11, 2009

Ada apa dengan 11 September ?

" Tak da kena mengena dengan cheq, NOOOO~ "

Hurmm.. 11 September? Bom? Kapal terbang langgar? Terroris? Islamofobia? Afghanistan? Iraq? Palestin? MINYAK?

Bagi aku, 11 September banyak memberi pengajaran kepada semua. Cuma kita aja yang tak tau la masih ingat atau tidak dengan kejadian ini yang menyebabkan imej Islam tercalar dengan teruk sekali di mata dunia. Bagi sesetengah kita, mender nih dah macam isu basi yang tak payah nak diingati lagi..

Tak kira la siapa yang bertanggungjawab kat isu nih, tapi bagi aku nih merupakan satu motif politik yang dijalankan untuk kepentingan sendiri. Tengok berapa ramai yang terkorban atas susulan peristiwa nih. Daripada makcik cleaner, businessman, ahli bomba sampai la petani-petani kat Afghanistan yang tak bersalah pon kene tempiasnya.

Runtuhnya WTC kat New York membuka satu lembaran baru dalam politik dunia. Dan agama kita menjadi bahananya dalam setiap isu berkaitan. Dan isu ini terus menjadi perdebatan orang-orang pandai dan orang-orang yang berlagak pandai untuk memberi teori memasing.

Kita sebagai manusia yang bertamadun perlu menghayati dan menjadikan kes nih sebagai satu pengajaran untuk pedoman masa depan. Setiap tindakan kita pada hari ini akan merubah nasib orang-orang sekitar kita dimasa depan. Aper pon ramai dah yang tekorban.. sanggup ker kita mengorbankan lebih ramai orang lagi?

" Woi.. abes kampung aku kene bom.. apehaaalll?? "



Wednesday, September 9, 2009

Mari Berbuka Puasa Bersama...

Gambar ini takda kena mengena dengan post kali nih. Ini gambar bacteria yang aku ternak. Nama dia Naz

Minggu lepas tak da apa yang nak di diceritakan. Cuma aku bermurah rezeki kerana ader la beberapa orang nak belanja buka puasa. Siapa? Mestilah dari kalangan orang-orang yang dimurahkan rezeki daripada Allah... Ha... meh aku ceritakan... secara bergambar la.. malas nak taip banyak-banyak..


Ari sabtu malam ahad, mashin belanja kami makan kat rusna.. aku makan dengan rumate aku, farid, dan hosemate-hosemate aku yang lain, jay, nik, acap. Zik dia tak join sebab awek dia belanja dia ari-ari. Aper pon makan memang puas. Sampai nak tergolek buah pingang menuras air.. Usus besar pon menangis-nangis bila nak proses makanan. Alhamdulillah..

Nama dia Nik. Orang panggil Albert Einstein. Sebab Otak dia,
mashaAllah..

Nama dia Jay. Orang gelar Black Tristar. Programming? PC?
Semua serah pada dia.. (dia bdak engineering tau)

Paling kiri, Mashin. Businessman. Yang ashek nak pandang kamera tuh, Farid. Berdasarkan prestasi diorang nih, aku rasa diorang nih akan jadi CEO kompeni besar.

Nih acap. Dia nih pandai photograph. Da la kaya.. Sapa nak ngorat dia silakan.
Dia takda awek rasmi lagi..

Esoknya Ahad malam sabtu, ader orang belanja aku, Fizah, Farah dan Fareez.. Seronok betol. Makan kat IPOh. Restoran Simpang Tiga. Kat area Green Town Business Centre. Memang GERENTI PUAS HATI!!!! Makanan dia SESESESESEDAP! Nih makanan masakan padang. Kami sangat gembira dapat makan sesama.. Semoga ader gathering untuk empat best frenz nehh..


Terima kasih Farah n Fareez selaku coordinator majlis.

Esoknya ISnin malam Selasa, sekali lagi Mashin belanja makan kat restoran buluh perindu. Neh untuk GROUP ETP. Group projek aku masa 3rd yEar. Nasib baik mashin da BOOK awal-awal meja. So, kami yang dapat hidangan dulu. Air ditempah dua jug besar untuk seploh orang. Padahal yang datang nam orang jer. Terima kasih pada mashin dan kengkawan ETP aku yang datang, AhChong, Mira, Saa dan Syaza. Next time Saa kata dia nak belanja. AKU INGAT TUH SAA~~

Mira (paling kiri) selaku budak giat chemi dan Saa, selaku businesswoman
dancing mat.

Dari kiri, Ahchong, Mashin dan Syaza.

Seterusnya esok tuh pulak, Selasa malam Rabu, selepas menolong Dr Shark menanam 10 batang pokok durian dan kurma, dia belanja aku, Din, Sefa, Tasha dan Acapan kat Rusna LAGIII!!!.. Cik Mat Aris pon datang. Penat betol ari tuh.. Nasib baik Dr Shark belanja. Fuh.. kenyang lagi. Syukur Alhamdulillah..
Kalo korang masuk utan, jaga-jaga dengan tapak kaki pakcik tua nih.
sekali dia sondol dari belakang, cedera parah~

Bila la nak berbuka nih kata Din (baju ijau). Sefa Baju kuning

Orng tanam durian dia amek gambar..

Walopon aku amek gambar diorang nih.. tapi jangan ingat aku tak wat keje..

Beli ilang..beli ilang... kata cik Mat

Pemandangan blok 14 dan poket C dari atas bukit

Anyway, semoga mereka yang membelanja nih, mendapat limpah kurnia dari Tuhan berlipat kali ganda.. Diorang da belanja aku.. anda pula bagaimana?

p/s : Jangan lupa datang tengok show aku seperti yang da terpampang kat sebelah kanan pagi nih. Kalo tak datang, aku blasah seko-seko.

Friday, September 4, 2009

Nasib baik

"Gua tak sokong amerika, cawan nih bapak gua kasi"

Satu pagi tuh, gua nampak rumate gua bekelubung dalam selimut.
"Ekau napo? Domam ko?"
"Sojuk yo raso eh ha.." dia jawab.
Gua memang speaking negeri dengan rumate gua yang asalnya orang Taiping.
Gua rasa dahi dia.. Panas. Lepas aja solat magrib, gua antar dia gi klinik. Kol 7.45 da sampai. Tapi klinik bukak 8.45. Macam haram.
"Lu orang kalo tak nak berniaga, bek takyah bukak klinik.. balik kampung tanam ubi jer la...," gua jerit dalam ati.
Da la banyak nyamuk kat luar klinik. Sebab dek bosan, gua sempat prektis mime kat luar klinik. Bila klinik da bukak, doktor cek rumate gua. Doktor kata dia kena dikuarantin. Terus kene tahan. Tak boleh balik bilik.
Gua balik bilik sensorang. Packing benbarang dia dan hantar pada dia. Pastuh gua gi trening teater. Masa tuh badan gua pulak rasa sejuk-sejuk.
Balik jer ke bilik, gua telan dua aktipas, minum dua jag air, sebotol air mineral, stengah botol air 100 pelas. Gua tido.
Sok pagi tuh, badan gua makin panas. Gua pegi kelas. Tak tahan. Kelas kedua gua tak pegi, sebab aircond dia sejuk sangat. Badan rasa lemah, rasa nak muntah. Gua kuar kelas, balik bilik.
Gua capai kainsal, basahkan, dan lap kat badan. Gua tertido...
Bila kol 5.15, gua terjaga.
Direktor tepon, mau jumpa gua. Gua rasa dahi. Da tak panas. Cuma ada pening sikit-sikit..
Gua cakap kat kawan gua,
"Fuhh.. nasib baik tak mati.."
"Cakap la Alhamdulillah.."
"Alhamdulillah.."

"Skang rumate gua tak da, tinggal shin chan aja yang
temankan gua memalam"

Tuesday, September 1, 2009

Cuti Merdeka

"Selamat menyambut hari kemerdekaan ke 52, duhai Malaysiaku tercinta"

Balik cuti merdeka ari tuh, aku balik dengan kawan aku, Fareez n Lukman. Naik kete Fareez yang kedekut nak pasang aircond level 2.. GERAM AKU!! (kete da la panas). So, masa dia gi toilet, aku pasang aircond sampai full, puas ati aku..










" Nampak tak ader orang posing atas lori tuh..
Tau2 jer aku nak amek gambar "

"Dulu kecik-kecik, aku suka main kren permainan.. sebab nampak GAGAH! "


Bila sampai rumah, rerupanya nenek aku da sampai kat rumah, mak aku jemput dari Bukit Rokan. Dia datang untuk lepak-lepak dengan kami sekeluarga. Tapi yang aku geram, bila sampai jer bilik aku, aku nampak satu benda yang mencemarkan pemandangan.. ianya adalah seperti di bawah...













" Ader ke patut gantung gergaji dalam bilik tido aku.. banyak tempat lain nak simpan gergaji neehhh.. adoi... aku tau la sapa punya keja~ "

Petang tuh mak aku masak macam-macam! Tapi aku da lupa. Yang penting, gulai daging masak lemak yang mak aku masak. SODAPPPP!!!! MASAKAN WAJIB! Kalo Orang Negeri Sembilan nih, tak makan masak lemak dalam seminggu, dia akan jadi tak tentu arah.. Tapi aku tak kesah sangat, sebab aku orang Vietnam. (sampai skang Pak Ali, owner cafe kat kolej ingat, aku nih orang Indonesia, dulu pembantu dia ingat aku orang Vietnam, makcik kue teow plak ingat aku asal dari Jakarta... HUMMPHHH!!)

Ari first aku tak banyak bwat apa, tido aja kat umah. Ari second pon sama dan ari third pon sama jugak sebenarnya. Apa yang aku bwat, baca komik shinchan, tengok-tengok atlas dunia dan tengok-tengok pokok-pokok kektus aku.. Dan balancenya, aku mengacau GTALK kengkawan aku yang tak balik umah.



















"Sebatang kektus aku da berbunga.. kembar dia yang satu
lagi da beranak 3.. Sangat suka ati..
(skang sudah mula menyayangi kektus aku balik daaa~)
"

Merdeka kali nih kurang merasa meriahnya, sebab aku tak jumpa bendera kat umah aku untuk digantung. Ntah mana bebudak nih simpan, aku pun tak tau. Sebelum balik, aku pegi berbuka dengan kengkawan kelas aku kat MAN TOMYAM. Macam biasala bebudak neh.. Ashek nak bergosip ajer.. Naseb baik aku laki. (budak laki yang datang pon 3 orang jer~). Dan akhir perjumpaan tuh, ader hadiah untuk kawan aku yang nak gi UK. sambung blaja. Tahniah la yea. dapek kau poi UK.










"Berbuka puasa sambil bercerita... Macam-macam benda nak update, dan paling tak up to date, aku la.. Arif dengan Tom pon up to date, kemain korang yea!"

Tuh jer la, cerita-cerita bosan aku, kehidupan bosan yang biasa.. dalam Bulan yang MULIA!

" On the way balik ke Perak, naik komuter, tron kat Kajang,
SAMPAH SARAP MELAMBAK-LAMBAK!!!
Diorang tak kutip sampah ker? Sesiapa bertanggungjawab,
sila cek elok-elok bandar anda yea?
"