Saturday, November 24, 2012

Bila masa berlalu

Bila masa berlalu, kita semakin hampir ke titik akhir sesuatu perkara, contoh macam dah nak bersalin ka, nak abis waktu kerja ka, nak abis homework ka, habis zaman bujang ka atau mungkin habis masa hidup di dunia ni... 

Aku rasa masa berlalu begitu cepat, tapi sebnarnya sama aja, cuma banyak membazir masa, tu yang rasa cepat tu..

Aku bakal mengakhiri zaman bujang aku ni, dan aku rasa baru saja habis belajar dan banyak benda yang berlaku berlalu begitu cepat. Banyak benda lain yang aku rasa patut aku buat, dan aku masih belum buat. Tapi yealah, nak buat semua, nak travel ke semua tempat memang takkan penah puas dan sempat. Jadi patutlah aku buat perkara yang lagi penting berbanding perkara yang lain.

Majlis di Kedah bakal didakan pada 22 Dec, manakala di pihak lelaki 29 Dec.. Aku harap masa tu bukan hari pilihan raya dan cuaca baik pada waktu itu. Diharap majlis kami berjalan lancar. Kawan2 semua dijemput hadir... :)


Monday, August 6, 2012

Cobaaan...

Macam-macam.. bila hidup saja di dunia ni, kalau tak ditimpa dugaan dan cabaran, kita tak akan kuat untuk menghadapi dugaan yang lebih besar. Bukan kah sejak kita lahir lagi, kita diuji dengan pelbgai jenis ujian dan halangan. Bukan setakat ujian di tadika, peperiksaan upsr, pmr dan spm aja, tapi untuk membesar dari bayi kepada kanak-kanak dan remaja terus ke alam dewasa itu sendiri mempunyai dugaan tersendiri. Nak pandai naik basikal, kene jatuh dulu, nak pandai main counter strike kene head shot bnyk kali dulu, nak pandai masak, lauk rasa mesti mcam haram dulu.. haa.. dari situ lah kita balaja untuk perbaiki diri...

Ingat lagi boss (Operation Manager) di kompeni lama dulu ada kata,

"lu aaa.. kalau saya bagi saya punya position sama lu, lu lasa lu boleh handle ka itu ploblem?? sume olang tala bole kasi jump telus jadi bos kalo tala mula dali bawah... lu punya position ini kita anggap sebagai plepalesion. Kalo sula pandai, kita kasi naik"... amanat terakhir sebelum dia resign sebab tak tahan kene tiau dgn general manager (kottt)...

Betol jugak kan? Tuhan tak akan bagi ujian kat kita kalau kita tak mampu nak mengharunginya. Ini janji Tuhan pada kita. Tapi bukan makna tuhan tak kan bagi kita ujian, cuma tuhan akan beri pendedahan pada kita dengan ujian kecil sebelum mendapat ujian yang lebih besar...


Gambar kat bawah ni tak da kene mengena dengan apa yang aku cerita kat atas...

Ho Chi Minh, April 2012
 Ho Chi Minh, April 2012
 Singapore, April 2012

Monday, January 3, 2011

Sehari lagi di Kerteh

petang tadi lepas aja balik dari office aku terus siap2 tukar baju dan seluar. sempat jugak on kan pc sebagai rutin setiap kali balik dari opis.

bila dah siap2 tangan gatal pulak nak masuk facebook. lepas komen2 gambar2 member aku, aku tengok jam dah pukul 6.19pm.

"alamak..."

aku dah janji dengan seman nak jog kol 6pm, terus aku blari tron ke kereta, start enjin ke kampung tengah, kerteh. dalam 10 minit sampai la ke banglow seman. aku park kereta, teros masuk rumah dia. Sipi yang jugak hosemate si seman tengah terbungkang depan tv sambil membelek blackberry itam dia.

"dia dah pegi.. ko lambat sangat.."

aku terus belari ke pantai dalam 300 m dari rumah dia. makcik2 jiran seblah umah member pun pandang aku semacam jerk bila tengok aku blari dengan slipar jepun aku tuh.

sampai kat pantai, aku jumpa seman tengah tersengeh-sengeh..

lepas jog, aku balik. sempat jugak singgah kedai beli daging burger, roti, telo untuk dinner malam nih...

lepas solat mgrib, aku masak. sambil2 tunggu daging beger masak, aku tengok tb. bila dah bau daging berger mcm nak hangit aku pg ke dapur.

Mus yang tengah siap2 nak kuar dinner. dia pegi kuar dgn member dia kot. Pot pulak tak balik keje lagi.

daging beger dah 4 keping aku goreng. dua makan malam nih, dua makan esok.

selesai mentedarah daging beger, dgn roti + telo, aku solat isyak.. sebelum tido aku tengok list of my tactical planning within 5 years..

yea.. hari nih, sehari lagi aku kat pekan kecik kat Terengganu nih... Alhamdulillah..

Thursday, October 14, 2010

Yeay.. convocation day!


Alhamdulillah.. ahad nih konvo aku.. so aku dengan rasminya akan dapat sijil ijazah aku.. Bila pikir-pikir balik zaman belajar dulu.. memang seronok.. walaupun banyak benda yang dirisaukan, tapi tak lah serius dan teruk kalau dibandingkan dengan alam pekerjaan. Yang patut dikejar cuma score dalam exam.. kalo tak dapat score skang, bleh try next time..

tapi kalo dah keje, x dapat apa yang ditarget.. maunnya kene pelangkung dengan bos..

Aper pun, aku besyukur sangat.. segalanya berjalan lancar.. setenang air sungai Kerteh yang mengalir ke Kuala Kerteh.

petang nih balik seremban sebelum pegi utp esok pagi.. yea la.. nak jumpa famili dulu... nasib baik cuti sampai ari selasa. so, boleh la relaksss...

balik ke seremban n UTP nanti sorang2 jer.. uhuk2.. kene pikirkan lagu2 yang boleh layan dalam keter nnt..

Aku harap dapat jumpa semua kengkawan aku nanti.. yeay!




Wednesday, August 25, 2010

Baju Raya


Bila la aku nak beli baju raya neh..

aku dari dulu mengharapkan akak2 aku.. mak2 aku belikan baju aku.. xpenah aku nak carik baju sendri..

sekang nih aku kene la carik baju Melayu aku.. aku rasa raya kali nih nak beli baju warna biru gelap sket.. then beli songkok baru..

citer pasal songkok neh, aku penah beli songkok masa aku 2nd year.. pastu bila aku 3rd year.. aku dah x buleh pkai langsung.. aku rasa kepala hotak aku expanding nearly 10%. Nak kata makin pandai, x der la plak.. cemtuh jer.

Nak g shopping dengan sapa aku tak tau... Sapa nak teman???

Saturday, August 21, 2010

Chopper booking

salah satu keje aku ialah, bwat chopper booking for those contractors yang nak pegi offshore untuk field yang aku jaga.. Dari dulu ashek isi nama orang.. seronok jugak arrange orang pegi offshore nih.. boleh kenal ramai orang.. aku pun terpikir gak.. bila laa aku nak arrange chopper untuk diri sendri...

akhirnya.... kames ari tuh aku berjaya arrange chopper untuk diri sendri.. YEAY! ari nih boleh dah naik chopper sendri...

Semoga segalanya dipermudahkan Allah... Aminnn..

Tuesday, August 17, 2010

gi Tengok Teater

Dah lama tak tules blog.. nih nak tles sket..
ok.. ari tuh aku g UTP, nak tengok Teater nyer pasal..
So jumaat 6 August, g KL, jumpe dak2 teater.. tumpang umah dak2 neh sblum berangkat g UTP.


ok pagi tuh, kol 720 dah naik LRT g jumpa dak2 neh, nek kete Ad pegi UTP.

On da way, singgah sat kat Air Panas Sg Klah, Sungkai. Memang pwas ati gak la bayar RM10 tuh, tengok tempat tuh terjaga elok.. dapat berendam dalam air panas.. rasa kulit aku kembali menjadi seperti bayi pulak.



Sampai UTP dalam tengahari.. tak bwat apa.. tunggu show malam tuh.

Sebelum show, sempat lagi tengok budak2 nih bermekap2... teringat zaman2 dulu, mekap nih macam alat mainan jer.. so gatal la jugak tangan tuh pegang mekap, tolong mekapkan kengkwan lain..

Sedar2 show dah setat.. termiss first show.. Memula tuh sumer show mime.. Seronok jugak lah.. aku mcm nak mati tegelak kat bwah tuh.. ader ker sorang tuh dia tarik aku naik atas, be part of the show. Seronok!


Lepas tu, ader teater Ketupat, kalo tak silap aku.. Cerita dia memang menarik. Pasal 3 orang perempuan yang ashek mengumpat tak habes2.. Walaupun masing2 tuh pelakon yang baru2.. tapi diorang dapat membawa watak ketupat umpat yang berjaya.. terutama cik ketupat yg selendang merah, baju hitam tuh, mmg pandai bawak watak celaka dia. Aku rasa nak tampar2 jer mulut dia yang cabul tuh. Mmg jadi la pewatakan dia. duorang lagi tuh pon bagus dan memeriahkan lagi suasana. Akhir cerita, diorang sume makan daging merah.. daging sedara sendri lahh..


Then show Monolog, Pondok Tok Ayah, cerita pasal jin hantu mana ntah, Dr shark yang belakon. Memang dia pandai bwak watak tuh. Cerita pasal jin nih terhalau dari tanah sendri disebabkan kerakusan pembangunan.. yang tak buleh tahan tuh, jiwn tuh kalah sbb jin tuh kene umpan dgn ayam kfc tu.. Tahniah la Dr Shark. Saya nak sangat kalo ader peluang bwat monolog kat kerteh nih.


Then cerita Bedah. HOOOTTT.. sebab pondan duekor tuh. Haih~ Tapi jalan cerita dia mmg menarik. Kerel cam beser la watak kasanova dia.. malas nak cerita.. Syira mmg bagus kalo bwak watak orang tua. Kalo dia lelaki, mmg boleh ganti watak pakcik dalam Asylum. Bedah jugak pandai bawak watak perempuan yang sebegitu.. Tapi aku rasa, watak bedah nih macam tak cukup plak.. tumpuan lebih diberi pada watak pondraz duekor tuh.. kesian diva Bedah.

Penat dah menulis..


Ahad tengahari balik dengan seribu kenangan.. kisah yang tak akan berulang kembali... ecececece~