Friday, September 25, 2009
The Shark Attack Theatre Tour, this coming October 2009!
Tuesday, September 22, 2009
Kuih Tat dan Rendang Daging
Saturday, September 19, 2009
Gatal tokak
Motong gotah?
Salah...
Makan sighih?
Salah...
Bekobun?
Salah...
Mengoca?
Salah...
Jawapan eh.. masak gulai atau masak lomak cili api.
Kali nih atuk nak bagi tau la resipi eh... Sobab kito nih orang bolah sini, kono la pandai masak, kok tak pekono gulai lomak dalam seminggu tuh, atuk ghaso manjang gatalll jo tokak nih..
Bahan-bahan eh..
Credit
Memulo amek segonggam cili api tuh, dalam 18-20 uleh, tumbuk dongan losung batu.. kok tak konal losong batu, tanyo uwan kau. Kok uwan kau pon tak konal, amek blender, blender la...
Tuesday, September 15, 2009
Poco-poco haram?
Ari tuh aku tergatal pulak nak cek email yahoo aku yang da berkurun tak berbukak. Bila bukak-bukak termuntah la junk-junk email yang dihantar dalam inbox aku. Tapi ader jugak email-email yang menarik akak aku hantar. Antaranya satu isu nih yang boleh dikatakan hangat skang neh.. Berkenaan isu tarian poco-poco nih..
Ini bermula dari satu email yang datang entah dari mana yang mengatakan tarian ini adalah tarian orang Filipina dalam satu upacara keagamaan Kristian. Email dia berbunyi lebih kurang macam nih...
“Assalammualaikum.
Alhamdulillah kerana kita semua masih bernafas lagi dgn keizinanNya. Saya ingin berkongsi dgn rakan2 semua tantang tarian poco2 yang sedang hangat ditarikan oleh semua lapisan masyarakat,umumnya masyarakat kita yg beragama Islam terutama suri2 rumah dan badan2 kerajaan ketika manghadiri kursus.
Sebenarnya tarian pocoh2 ini berasal dari Filipina bukannya dari Indon.Ia ditarikan oleh masyarakat yg berugama kristian ketika mereka menghadiri upacara sembahyang mingguan mereka. Lihatlah sahaja bagaimana pergerakannya, yg membentuk salib.
Mungkin kita tak perasan kerana kita suka mengikut2 sesuatu yg baru tanpa usul periksa. Inilah cara musuh2 islam mengenakan kita sedangkan kita tahu apabila kita melakukan sesuatu yg menyerupai sesuatu agama maka kita dikira merestui agama itu seperti amalan yoga yg telah difatwakan haram kerana menyerupai agama hindu.cuma tarian pocoh2 ini belum difatwakan haram lagi. Marilah kita sama2 fikirkan.”
Dulu aku ader gak la berjoget dengan benda nih sekali. Tapi tak tau plak boleh jadi macam nih. Aku takda la minat sangat, tapi kesian la pada orang yang mempraktikkan menda nih sebgai satu senaman. Aper pon aku harap isu nih dapat dikaji supaya tidak timbul rasa was-was pada setiap orang memandangkan ramai sangat yang suka berjoget poco-poco nih, termasuk para menteri semua. Akhir kata, jangan kita selalu terburu-buru dan mudah melatah dalam menyelesaikan satu isu. Kaji dan buktikan sebelum kita sampai ke kata putus..
Monday, September 14, 2009
Bas Seremban-Kuala Lumpur
Tujuan post kali ini adalah untuk memberi sedikit tunjuk ajar dan berkongsi pengalaman menggunakan kenderaan perkhidmatan awam di Seremban dan Kuala Lumpur.
BAS SEREMBAN-KUALA LUMPUR
Sunday, September 13, 2009
Pantun : Raya
Poi kobun tanam halio,
Tanam halio sebolah kepayo,
Bulan Syawal bulan mulio,
Moh sesamo raikannyo.
Ghumah eh tinggi banyak tanggo,
Bilo melahap biala bepado,
Sebolum sakit kono bejago.
Ateh bantal ponuh poto,
Barang yang lopeh jangan dikonang,
Elok bemaaf sesamo kito.
Betapo sambil makan roti,
Duit ghayo jangan dilupo,
Poghut konyang suko ati.
Bawak laju macam hantu,
Kok duit ghayo pon boghi sepusen,
Memang dasar kepiting batu.
Boyo pandai kupik kelapo,
Behati-hati maso berayo,
Petuo untuk jimat cermat,
Behati-hati dijalan raya,
Pandu cermat jiwa selamat.
Parking moto dalam bangsal,
Jangan mengado nak main morcun,
Putuih tangan baru nak nyosal.
Jatuh tegolek ateh tanah,
Kalo ado maso yang lapang,
Sambil mengoca ikan ghuan,
Bulan Syawal bulan bahagio,
Selamat ari rayo ese ucapkan.
MAAF ZAHIR & BATIN
JEMPUT LA DATANG KE RUMAH
daripada warga senapang patah:
-Kaloi-Atok-Auntie Rozy-Dato' Panglimo Bukit Putus-Leman Tungal-
Friday, September 11, 2009
Ada apa dengan 11 September ?
Hurmm.. 11 September? Bom? Kapal terbang langgar? Terroris? Islamofobia? Afghanistan? Iraq? Palestin? MINYAK?
Bagi aku, 11 September banyak memberi pengajaran kepada semua. Cuma kita aja yang tak tau la masih ingat atau tidak dengan kejadian ini yang menyebabkan imej Islam tercalar dengan teruk sekali di mata dunia. Bagi sesetengah kita, mender nih dah macam isu basi yang tak payah nak diingati lagi..
Tak kira la siapa yang bertanggungjawab kat isu nih, tapi bagi aku nih merupakan satu motif politik yang dijalankan untuk kepentingan sendiri. Tengok berapa ramai yang terkorban atas susulan peristiwa nih. Daripada makcik cleaner, businessman, ahli bomba sampai la petani-petani kat Afghanistan yang tak bersalah pon kene tempiasnya.
Runtuhnya WTC kat New York membuka satu lembaran baru dalam politik dunia. Dan agama kita menjadi bahananya dalam setiap isu berkaitan. Dan isu ini terus menjadi perdebatan orang-orang pandai dan orang-orang yang berlagak pandai untuk memberi teori memasing.
Kita sebagai manusia yang bertamadun perlu menghayati dan menjadikan kes nih sebagai satu pengajaran untuk pedoman masa depan. Setiap tindakan kita pada hari ini akan merubah nasib orang-orang sekitar kita dimasa depan. Aper pon ramai dah yang tekorban.. sanggup ker kita mengorbankan lebih ramai orang lagi?
Wednesday, September 9, 2009
Mari Berbuka Puasa Bersama...
Minggu lepas tak da apa yang nak di diceritakan. Cuma aku bermurah rezeki kerana ader la beberapa orang nak belanja buka puasa. Siapa? Mestilah dari kalangan orang-orang yang dimurahkan rezeki daripada Allah... Ha... meh aku ceritakan... secara bergambar la.. malas nak taip banyak-banyak..
Ari sabtu malam ahad, mashin belanja kami makan kat rusna.. aku makan dengan rumate aku, farid, dan hosemate-hosemate aku yang lain, jay, nik, acap. Zik dia tak join sebab awek dia belanja dia ari-ari. Aper pon makan memang puas. Sampai nak tergolek buah pingang menuras air.. Usus besar pon menangis-nangis bila nak proses makanan. Alhamdulillah..
Semua serah pada dia.. (dia bdak engineering tau)
Dia takda awek rasmi lagi..
Esoknya ISnin malam Selasa, sekali lagi Mashin belanja makan kat restoran buluh perindu. Neh untuk GROUP ETP. Group projek aku masa 3rd yEar. Nasib baik mashin da BOOK awal-awal meja. So, kami yang dapat hidangan dulu. Air ditempah dua jug besar untuk seploh orang. Padahal yang datang nam orang jer. Terima kasih pada mashin dan kengkawan ETP aku yang datang, AhChong, Mira, Saa dan Syaza. Next time Saa kata dia nak belanja. AKU INGAT TUH SAA~~
Seterusnya esok tuh pulak, Selasa malam Rabu, selepas menolong Dr Shark menanam 10 batang pokok durian dan kurma, dia belanja aku, Din, Sefa, Tasha dan Acapan kat Rusna LAGIII!!!.. Cik Mat Aris pon datang. Penat betol ari tuh.. Nasib baik Dr Shark belanja. Fuh.. kenyang lagi. Syukur Alhamdulillah..
Bila la nak berbuka nih kata Din (baju ijau). Sefa Baju kuning
Orng tanam durian dia amek gambar..
Walopon aku amek gambar diorang nih.. tapi jangan ingat aku tak wat keje..
Beli ilang..beli ilang... kata cik Mat
Pemandangan blok 14 dan poket C dari atas bukit
p/s : Jangan lupa datang tengok show aku seperti yang da terpampang kat sebelah kanan pagi nih. Kalo tak datang, aku blasah seko-seko.
Friday, September 4, 2009
Nasib baik
"Ekau napo? Domam ko?"
"Sojuk yo raso eh ha.." dia jawab.
Gua memang speaking negeri dengan rumate gua yang asalnya orang Taiping.
Gua rasa dahi dia.. Panas. Lepas aja solat magrib, gua antar dia gi klinik. Kol 7.45 da sampai. Tapi klinik bukak 8.45. Macam haram.
"Lu orang kalo tak nak berniaga, bek takyah bukak klinik.. balik kampung tanam ubi jer la...," gua jerit dalam ati.
Da la banyak nyamuk kat luar klinik. Sebab dek bosan, gua sempat prektis mime kat luar klinik. Bila klinik da bukak, doktor cek rumate gua. Doktor kata dia kena dikuarantin. Terus kene tahan. Tak boleh balik bilik.
Gua balik bilik sensorang. Packing benbarang dia dan hantar pada dia. Pastuh gua gi trening teater. Masa tuh badan gua pulak rasa sejuk-sejuk.
Balik jer ke bilik, gua telan dua aktipas, minum dua jag air, sebotol air mineral, stengah botol air 100 pelas. Gua tido.
Sok pagi tuh, badan gua makin panas. Gua pegi kelas. Tak tahan. Kelas kedua gua tak pegi, sebab aircond dia sejuk sangat. Badan rasa lemah, rasa nak muntah. Gua kuar kelas, balik bilik.
Gua capai kainsal, basahkan, dan lap kat badan. Gua tertido...
Bila kol 5.15, gua terjaga.
Direktor tepon, mau jumpa gua. Gua rasa dahi. Da tak panas. Cuma ada pening sikit-sikit..
Gua cakap kat kawan gua,
"Fuhh.. nasib baik tak mati.."
"Cakap la Alhamdulillah.."
"Alhamdulillah.."
Tuesday, September 1, 2009
Cuti Merdeka
Balik cuti merdeka ari tuh, aku balik dengan kawan aku, Fareez n Lukman. Naik kete Fareez yang kedekut nak pasang aircond level 2.. GERAM AKU!! (kete da la panas). So, masa dia gi toilet, aku pasang aircond sampai full, puas ati aku..
" Nampak tak ader orang posing atas lori tuh..
Tau2 jer aku nak amek gambar "
Bila sampai rumah, rerupanya nenek aku da sampai kat rumah, mak aku jemput dari Bukit Rokan. Dia datang untuk lepak-lepak dengan kami sekeluarga. Tapi yang aku geram, bila sampai jer bilik aku, aku nampak satu benda yang mencemarkan pemandangan.. ianya adalah seperti di bawah...
Petang tuh mak aku masak macam-macam! Tapi aku da lupa. Yang penting, gulai daging masak lemak yang mak aku masak. SODAPPPP!!!! MASAKAN WAJIB! Kalo Orang Negeri Sembilan nih, tak makan masak lemak dalam seminggu, dia akan jadi tak tentu arah.. Tapi aku tak kesah sangat, sebab aku orang Vietnam. (sampai skang Pak Ali, owner cafe kat kolej ingat, aku nih orang Indonesia, dulu pembantu dia ingat aku orang Vietnam, makcik kue teow plak ingat aku asal dari Jakarta... HUMMPHHH!!)
Ari first aku tak banyak bwat apa, tido aja kat umah. Ari second pon sama dan ari third pon sama jugak sebenarnya. Apa yang aku bwat, baca komik shinchan, tengok-tengok atlas dunia dan tengok-tengok pokok-pokok kektus aku.. Dan balancenya, aku mengacau GTALK kengkawan aku yang tak balik umah.
lagi da beranak 3.. Sangat suka ati..
(skang sudah mula menyayangi kektus aku balik daaa~)"
Merdeka kali nih kurang merasa meriahnya, sebab aku tak jumpa bendera kat umah aku untuk digantung. Ntah mana bebudak nih simpan, aku pun tak tau. Sebelum balik, aku pegi berbuka dengan kengkawan kelas aku kat MAN TOMYAM. Macam biasala bebudak neh.. Ashek nak bergosip ajer.. Naseb baik aku laki. (budak laki yang datang pon 3 orang jer~). Dan akhir perjumpaan tuh, ader hadiah untuk kawan aku yang nak gi UK. sambung blaja. Tahniah la yea. dapek kau poi UK.
Tuh jer la, cerita-cerita bosan aku, kehidupan bosan yang biasa.. dalam Bulan yang MULIA!