Saturday, November 24, 2012
Bila masa berlalu
Bila masa berlalu, kita semakin hampir ke titik akhir sesuatu perkara, contoh macam dah nak bersalin ka, nak abis waktu kerja ka, nak abis homework ka, habis zaman bujang ka atau mungkin habis masa hidup di dunia ni...
Aku rasa masa berlalu begitu cepat, tapi sebnarnya sama aja, cuma banyak membazir masa, tu yang rasa cepat tu..
Aku bakal mengakhiri zaman bujang aku ni, dan aku rasa baru saja habis belajar dan banyak benda yang berlaku berlalu begitu cepat. Banyak benda lain yang aku rasa patut aku buat, dan aku masih belum buat. Tapi yealah, nak buat semua, nak travel ke semua tempat memang takkan penah puas dan sempat. Jadi patutlah aku buat perkara yang lagi penting berbanding perkara yang lain.
Majlis di Kedah bakal didakan pada 22 Dec, manakala di pihak lelaki 29 Dec.. Aku harap masa tu bukan hari pilihan raya dan cuaca baik pada waktu itu. Diharap majlis kami berjalan lancar. Kawan2 semua dijemput hadir... :)
Monday, August 6, 2012
Cobaaan...
Macam-macam.. bila hidup saja di dunia ni, kalau tak ditimpa dugaan dan cabaran, kita tak akan kuat untuk menghadapi dugaan yang lebih besar. Bukan kah sejak kita lahir lagi, kita diuji dengan pelbgai jenis ujian dan halangan. Bukan setakat ujian di tadika, peperiksaan upsr, pmr dan spm aja, tapi untuk membesar dari bayi kepada kanak-kanak dan remaja terus ke alam dewasa itu sendiri mempunyai dugaan tersendiri. Nak pandai naik basikal, kene jatuh dulu, nak pandai main counter strike kene head shot bnyk kali dulu, nak pandai masak, lauk rasa mesti mcam haram dulu.. haa.. dari situ lah kita balaja untuk perbaiki diri...
Ingat lagi boss (Operation Manager) di kompeni lama dulu ada kata,
"lu aaa.. kalau saya bagi saya punya position sama lu, lu lasa lu boleh handle ka itu ploblem?? sume olang tala bole kasi jump telus jadi bos kalo tala mula dali bawah... lu punya position ini kita anggap sebagai plepalesion. Kalo sula pandai, kita kasi naik"... amanat terakhir sebelum dia resign sebab tak tahan kene tiau dgn general manager (kottt)...
Betol jugak kan? Tuhan tak akan bagi ujian kat kita kalau kita tak mampu nak mengharunginya. Ini janji Tuhan pada kita. Tapi bukan makna tuhan tak kan bagi kita ujian, cuma tuhan akan beri pendedahan pada kita dengan ujian kecil sebelum mendapat ujian yang lebih besar...
Gambar kat bawah ni tak da kene mengena dengan apa yang aku cerita kat atas...
Ingat lagi boss (Operation Manager) di kompeni lama dulu ada kata,
"lu aaa.. kalau saya bagi saya punya position sama lu, lu lasa lu boleh handle ka itu ploblem?? sume olang tala bole kasi jump telus jadi bos kalo tala mula dali bawah... lu punya position ini kita anggap sebagai plepalesion. Kalo sula pandai, kita kasi naik"... amanat terakhir sebelum dia resign sebab tak tahan kene tiau dgn general manager (kottt)...
Betol jugak kan? Tuhan tak akan bagi ujian kat kita kalau kita tak mampu nak mengharunginya. Ini janji Tuhan pada kita. Tapi bukan makna tuhan tak kan bagi kita ujian, cuma tuhan akan beri pendedahan pada kita dengan ujian kecil sebelum mendapat ujian yang lebih besar...
Gambar kat bawah ni tak da kene mengena dengan apa yang aku cerita kat atas...
Ho Chi Minh, April 2012
Ho Chi Minh, April 2012
Singapore, April 2012
Monday, January 3, 2011
Sehari lagi di Kerteh
petang tadi lepas aja balik dari office aku terus siap2 tukar baju dan seluar. sempat jugak on kan pc sebagai rutin setiap kali balik dari opis.
bila dah siap2 tangan gatal pulak nak masuk facebook. lepas komen2 gambar2 member aku, aku tengok jam dah pukul 6.19pm.
"alamak..."
aku dah janji dengan seman nak jog kol 6pm, terus aku blari tron ke kereta, start enjin ke kampung tengah, kerteh. dalam 10 minit sampai la ke banglow seman. aku park kereta, teros masuk rumah dia. Sipi yang jugak hosemate si seman tengah terbungkang depan tv sambil membelek blackberry itam dia.
"dia dah pegi.. ko lambat sangat.."
aku terus belari ke pantai dalam 300 m dari rumah dia. makcik2 jiran seblah umah member pun pandang aku semacam jerk bila tengok aku blari dengan slipar jepun aku tuh.
sampai kat pantai, aku jumpa seman tengah tersengeh-sengeh..
lepas jog, aku balik. sempat jugak singgah kedai beli daging burger, roti, telo untuk dinner malam nih...
lepas solat mgrib, aku masak. sambil2 tunggu daging beger masak, aku tengok tb. bila dah bau daging berger mcm nak hangit aku pg ke dapur.
Mus yang tengah siap2 nak kuar dinner. dia pegi kuar dgn member dia kot. Pot pulak tak balik keje lagi.
daging beger dah 4 keping aku goreng. dua makan malam nih, dua makan esok.
selesai mentedarah daging beger, dgn roti + telo, aku solat isyak.. sebelum tido aku tengok list of my tactical planning within 5 years..
yea.. hari nih, sehari lagi aku kat pekan kecik kat Terengganu nih... Alhamdulillah..
Thursday, October 14, 2010
Yeay.. convocation day!
Alhamdulillah.. ahad nih konvo aku.. so aku dengan rasminya akan dapat sijil ijazah aku.. Bila pikir-pikir balik zaman belajar dulu.. memang seronok.. walaupun banyak benda yang dirisaukan, tapi tak lah serius dan teruk kalau dibandingkan dengan alam pekerjaan. Yang patut dikejar cuma score dalam exam.. kalo tak dapat score skang, bleh try next time..
tapi kalo dah keje, x dapat apa yang ditarget.. maunnya kene pelangkung dengan bos..
Aper pun, aku besyukur sangat.. segalanya berjalan lancar.. setenang air sungai Kerteh yang mengalir ke Kuala Kerteh.
petang nih balik seremban sebelum pegi utp esok pagi.. yea la.. nak jumpa famili dulu... nasib baik cuti sampai ari selasa. so, boleh la relaksss...
balik ke seremban n UTP nanti sorang2 jer.. uhuk2.. kene pikirkan lagu2 yang boleh layan dalam keter nnt..
Aku harap dapat jumpa semua kengkawan aku nanti.. yeay!
Wednesday, August 25, 2010
Baju Raya
Bila la aku nak beli baju raya neh..
aku dari dulu mengharapkan akak2 aku.. mak2 aku belikan baju aku.. xpenah aku nak carik baju sendri..
sekang nih aku kene la carik baju Melayu aku.. aku rasa raya kali nih nak beli baju warna biru gelap sket.. then beli songkok baru..
citer pasal songkok neh, aku penah beli songkok masa aku 2nd year.. pastu bila aku 3rd year.. aku dah x buleh pkai langsung.. aku rasa kepala hotak aku expanding nearly 10%. Nak kata makin pandai, x der la plak.. cemtuh jer.
Nak g shopping dengan sapa aku tak tau... Sapa nak teman???
Saturday, August 21, 2010
Chopper booking
salah satu keje aku ialah, bwat chopper booking for those contractors yang nak pegi offshore untuk field yang aku jaga.. Dari dulu ashek isi nama orang.. seronok jugak arrange orang pegi offshore nih.. boleh kenal ramai orang.. aku pun terpikir gak.. bila laa aku nak arrange chopper untuk diri sendri...
akhirnya.... kames ari tuh aku berjaya arrange chopper untuk diri sendri.. YEAY! ari nih boleh dah naik chopper sendri...
Semoga segalanya dipermudahkan Allah... Aminnn..
Tuesday, August 17, 2010
gi Tengok Teater
Dah lama tak tules blog.. nih nak tles sket..
ok.. ari tuh aku g UTP, nak tengok Teater nyer pasal..
So jumaat 6 August, g KL, jumpe dak2 teater.. tumpang umah dak2 neh sblum berangkat g UTP.
ok pagi tuh, kol 720 dah naik LRT g jumpa dak2 neh, nek kete Ad pegi UTP.
On da way, singgah sat kat Air Panas Sg Klah, Sungkai. Memang pwas ati gak la bayar RM10 tuh, tengok tempat tuh terjaga elok.. dapat berendam dalam air panas.. rasa kulit aku kembali menjadi seperti bayi pulak.
Sampai UTP dalam tengahari.. tak bwat apa.. tunggu show malam tuh.
Sebelum show, sempat lagi tengok budak2 nih bermekap2... teringat zaman2 dulu, mekap nih macam alat mainan jer.. so gatal la jugak tangan tuh pegang mekap, tolong mekapkan kengkwan lain..
Sedar2 show dah setat.. termiss first show.. Memula tuh sumer show mime.. Seronok jugak lah.. aku mcm nak mati tegelak kat bwah tuh.. ader ker sorang tuh dia tarik aku naik atas, be part of the show. Seronok!
Lepas tu, ader teater Ketupat, kalo tak silap aku.. Cerita dia memang menarik. Pasal 3 orang perempuan yang ashek mengumpat tak habes2.. Walaupun masing2 tuh pelakon yang baru2.. tapi diorang dapat membawa watak ketupat umpat yang berjaya.. terutama cik ketupat yg selendang merah, baju hitam tuh, mmg pandai bawak watak celaka dia. Aku rasa nak tampar2 jer mulut dia yang cabul tuh. Mmg jadi la pewatakan dia. duorang lagi tuh pon bagus dan memeriahkan lagi suasana. Akhir cerita, diorang sume makan daging merah.. daging sedara sendri lahh..
Then show Monolog, Pondok Tok Ayah, cerita pasal jin hantu mana ntah, Dr shark yang belakon. Memang dia pandai bwak watak tuh. Cerita pasal jin nih terhalau dari tanah sendri disebabkan kerakusan pembangunan.. yang tak buleh tahan tuh, jiwn tuh kalah sbb jin tuh kene umpan dgn ayam kfc tu.. Tahniah la Dr Shark. Saya nak sangat kalo ader peluang bwat monolog kat kerteh nih.
Then cerita Bedah. HOOOTTT.. sebab pondan duekor tuh. Haih~ Tapi jalan cerita dia mmg menarik. Kerel cam beser la watak kasanova dia.. malas nak cerita.. Syira mmg bagus kalo bwak watak orang tua. Kalo dia lelaki, mmg boleh ganti watak pakcik dalam Asylum. Bedah jugak pandai bawak watak perempuan yang sebegitu.. Tapi aku rasa, watak bedah nih macam tak cukup plak.. tumpuan lebih diberi pada watak pondraz duekor tuh.. kesian diva Bedah.
Penat dah menulis..
Ahad tengahari balik dengan seribu kenangan.. kisah yang tak akan berulang kembali... ecececece~
Friday, August 6, 2010
Tronoh Theatre Shop
Tronoh Theatre Shop
presents
TTS Bundle Show!
Featuring "Bedah", "Ketopat Oh Ketupat", "Pondok Tok Ayah" & "TTS Mimers"
7 & 8 Aug, 830pm,
MPH,
Ticket RM5!
Thursday, July 1, 2010
gi kl jerr..
ari tuh gi kl.. sambil-sambil gi kl tuh, sempat singgah seremban..
penat betol bawak bmw dari kerteh ke seremban.. rasa nak tukar kete lain.. tapi sayang lak.. hmmm...
ape pon.. seronok sebab sempat spent masa 2jam kat rumah.. seronok dapat jumpa famili..
bila ke kl pon seronok jugak.. dapat jumpa ramai kawan2.. terutama classmate.. bebudak teater.. dan rakan2 PIPE62.
kl memang seronok untuk dilawati jer..
weekend nih pindah rumah.. yeay~
Thursday, June 17, 2010
Buah Cempedak di luar pagar
Buah cempedak di luar pagar,
ambil galah tolong jolokkan,
saya budak baru belajar,
kalau salah tolong tunjukkan..
selain aku sebagai pekerja baru di kerteh nih.. aku ader perasan buah cempedak besar kat luar pagar rumah aku nih.. macam sedap.. pokok dia tinggi dalam 6-7m.. daun dia rimbun. pangkal pokok agak semak, penuh dengan lalang dan pokok senduduk.. salah satu bahagian dahan dia dah mati dan tak berdaun.. ada kesan perun api bawah kawasan dahan yang mati tuh.. mungkin rumah jiran depan aku tuh bakar daun-daun kering kat situ agaknya.
(aperlah merepek nih..)
ok.. aku dah boring sebab takda apa nak buat malam nih.. esok cuti.. aku pinjam broadband si osman.. osman plak tengah ashek sangat tengok citer antu kat ruang tamu depan tuh.. aku plak.. mmg spesies tak suka tengok citer antu.. kalo tak.. nanti rasa ader orang nak tepuk belakang aku masa semayang.
perasaan sekarang?
emm.. biasa aja.. kat sini makanan kat warung2 agak mahal gak berbanding tronoh dan seremban.. dada ayam dara yang cenonet tuh dia jual RM2... aku rasa aku ngap sekali jer pn boleh.. oo satu lagi.. ari tuh aku beli mee goreng RM2.. aku habiskan dalam 4 suap aja.. aper pun.. kalo pandai pilih kedai, boleh la dapat yang sedap dan murah...
kat sini ari jumaat susah nak cari kedai makan waktu tengahari. so, kalo aku rajin, aku akan makan.. kalo tak.. aku posa jer la tengahari tuh..
kawan-kawan sumer sumer baik-baik dan membantu.. beruntung ader kawan2 yang baik2 kat sini.. kalo tk.. manalah tempat aku nak bersidai kat sini...
jiran-jiran pon tak menimbulkan masalah.. ari tuh pakcik depan rumah tegur kete member aku blok jalan kecik dia, susah nak pegi surau.. aku pon heran.. rumah pakcik tuh sebelah surau.. tapi dia naik moto lintas rumah aku nak pegi surau.. entah lah... aku pon tak paham.. dah la datang malam2..
OHhhh.. satu lagi.. rumah yang aku dok skang nih sebelah kuburrrr~~ seramnyaa...
oklah.. kalo ader sesapa nak ajak gi berekreasi, panjat gunung ker, gi pulau ker, gi masuk gua ker.. habaq la yea..
ini rumate2 aku masa trening kat bangi dulu..
Friday, May 28, 2010
Poi kodai
Lamo atok tak becito kek sini yo tak? bukan po, atok bizi.. cemacam kojo nak buek, tambek lombu, motong, kutip sekerap, timbo kolam, carik pucuk paku, tobeh lalang, komeh ghumah.. masak pon atok buek.. uwan kau? uwan kau takdo sini.. dio poi kojo kilang nun. tinggal la atok sorang sini ha..
nia nak cito tadi atok poi gunting ghambut.. poi la atok kek kodai gunting tu naik kancil.. nak nek moto tak sodap lak ghaso eh.. mano tak eh.. kok ado anak dagho lalu lalang kang buleh tinn.. kok nek moto, nak tinnn kepebondo eh, dah tak bedocit lagi honn ehh tuh.. kekadang tuh dah lopeh lalu baru la kuar hon ehh.. agak eh kok eksiden, atok dah dalam kubur baru hon eh bebunyi..
apo pulak cito hon kan.. nak cito pasal kodai gunting..
lapeh jo atok buek reverse parking kek dopan kodai tuh, atok pon masuk lah.. dok kek ateh sopa.. ado majalah bola, atok capai la, nak baco.. ntah pobondo tulih eh.. tak paham atok do..
ghamai yo oghang kek kodai tuh... sumo heboh nak buek stail rambut ronaldo.. den tengok rambut eh tuh takdo la lawa bona.. sobab dek idung eh mancung tuh jo yang buek an dio lawa.. yang idung macam pelopah kelapo tuh, sodar-sodar lah sikit yo.. buek yo la style mao zedong tuh..
tibo la giliran atok..
"nak buek style ronaldo ko tok?"
langsung atok jawab..
"hayah kau"
langsung tediam dehh..
dio gunting la ghambut atok style beso..
Wednesday, May 19, 2010
sepo sangko
Monday, May 17, 2010
Selamat Hari Guru
SELAMAT HARI GURU PADA SEMUA CIKGU DAN TENAGA PENGAJAR YANG PERNAH MENGAJAR SAYA APA-APA ILMU DI DUNIA INI...
entah kenapa pada malam hari guru, aku mimpi cikgu SAINS aku masa darjah lima di sekolah kebangsaan kuala pilah.. cikgu Norakidah.. aku rapat dengan cikgu nih... aku mimpi dia suruh aku belikan kek untuk semua kawan2 sekelas.. tapi dalam mimpi tuh aku tak jumpa kedai kek tuh, puas jalan dari satu kedai ke satu kedai.. sampai la aku terjaga..
pada hari sebelum tuh jugak aku jumpa cikgu bahasa melayu aku di KGV, cikgu Mazwin. Seronok bila dia masih ingat aku dan kawan2 aku kat sekolah dulu, walopon dah lebih 5 taun kami tinggalkan sekolah.
ilmu tak pernah habis ditimba selagi nyawa dikandung badan.. selagi tuh lah kita memerlukan mereka yang bernama GURU~
semoga semua cikgu-cikgu sihat selalu dan berjaya dalam hidup mereka..
terima kasih cikgu..
Saturday, May 8, 2010
Selamat Hari Ibu
Selamat hari ibu kepada mama...
terima kasih atas segalanya..
masakan mama memang TERBAEKKKK!!!!!!
nasib baik aku ader mak yang pandai masak!
terima kasih atas segalanya..
masakan mama memang TERBAEKKKK!!!!!!
nasib baik aku ader mak yang pandai masak!
Dunia Kau.. Dunia Aku..
ini dunia kau? bukan dunia aku?
sebenarnya hidup nih kita kene sedar.. cuma sementara.. ianya adalah bekalan.. tuh sumerang tau.. tapi berapa ramai yang SEDAR dengan hakikat nih?
yea.. mari kita becerita sikit..
bayangkan sorang nih petani yang dah diberi sebidang tanah. dia memilih untuk tanam ubi.. kalau lah dia gunakan semua tanah dia tuh nak tanam ubi.. mesti hasilnya banyak. itu pon kalo dia buat bersungguh-sungguh la. dan hasilnya tuh bukan stakat boleh menampung diri dia.. tapi untuk keluarga dia dah cukup untuk improve taraf hidup dia sendiri.
TAPI! cuba bayangkan petani tuh tak buat apa.. duduk aja tengok tanah dia yang subur tuh. kalo nak tanam pun ala kadar jer.. cukup untuk makan sendiri. cukup untuk alas perut sendiri. hari-hari petani tuh duduk melangsit kat bangsal dia.. tengok langit.. aman.. damai... kalo lapar, turun dari bangsal.. cabut ubi.. rebus, makan. pastuh sambung melangsit sampai malam. dan kehidupan dia takkan berubah sampai bila pun.
kehidupan kita, bergantung pada usaha kita sendiri.. orang sekeliling sebagai pemangkin.. mungkin untuk merosakkan kita.. mungkin untuk membantu kita dalam berjaya dalam kehidupan. kita pilih jalan kita sendiri. tentu korang penah dengar firman Allah, yang lebih kurang macam nih bunyi dia, "takkan berubah nasib satu bangsa kalo dia tak mau berubah sendiri"
jadi semua bergantung pada usaha.
aku dari dulu ditanam satu semangat untuk berjasa untuk keluarga. bila dah besar sikit.. kene ader perasaan untuk berjasa pada bangsa.. bila dah besar sikit lagi, rupanya kita kene bukan stakat kene berjasa pada keluarga dan bangsa.. tapi agama kita.
berbalik pada jasa kepada keluarga. kita kene balas jasa yang dah ditabur pada kita. sebab apa? sbab merekalah kita masih bernafas sampai sekarang. kalo tak, masa kita nih baby lagi, kita dah duduk dalam tong sampah, dah ader kat depan masjid, mungkin dah ader dalam tanah kot.
untung tak kita yang masih hidup atas muka bumi nih? dapat baca blog aku yang menawan hati nih? untunggg... sebab masih ader yang sayang pada kita. tak mau ker kita menyumbang SIKIT daripda tenaga kita untuk berjasa pada mereka yang sayang pada kita? walaupun mereka tak maukan jasa dibalas dan cuma dia mahukan kejayaan daripada kita supaya kita senang dimasa depan. itu aja..
memang agak STRESSSS.. SUSAHHHHH.. PAYAHHHHHH.. MENCABARRR dalam menjalani kehidupan nih.. kehidupan yang penuh dengan cabaran.. keindahan.. percintaan.. kasih sayang.. persahabatan... dan macam-macam lagi..
nasihat aku, jadikan nasihat orang sekeliling tuh sebagai panduan, bukak mata... pandang sekeliling.. tengok apa yang berlaku kat sekeliling.. fikirkan apa yang akan jadi kat kita 10 tahun akan datang.. renungkan yea.. setiap tindakan kita bakal merubah masa depan kita..
itu sahaja.. berusahalah tanam sebnayak mungkn ubi kat tanah yang ada.. supaya kelak kita dapat hasil yang menggembirakan. bukan untuk diri sendiri aja, tapi untuk pihak disekeliling kita, sebab itulah kita dilahirkan kat dunia ini.. sebab dunia ni bukan dunia kau... bukan dunia aku.. tapi dunia kita bersama..
p/s: cerita mulan memang best
Friday, May 7, 2010
Kau ingat tak lagi?
HEHEHEHEHE..
kenapa?
HEHEHEHEHE..
kau nih kenapa? sepak kang!!!
HEHEHEHEHE...
dah gila agaknya...
TAKDALAH... CUBA KAU TENGOK VIDEO NIH..
KAU INGAT TAK LAGI?
ohhh.. ini cerita lama.. jangan dikenang benda yang sudah.. keep moving foward..
KAU BETOL-BETOL DAH LUPA?
Eeeerr.... mestilahhhh~~ kau ingat aku ni apa?
HEHEHEHEHEHEHE...
aku rasa kalo ko teros macam nih, ko akan jadi gila macam si anu tuh..
DIA DAH GILA KER?
yea.. macam kau nih la..
HEHEHEHEHEHEHEHE
Dah lah.. malas aku nak layan ko. aku nak pegi site..
HEII-HEIII.. NANTII!
Apa lagi???
BETOL KER KO TAK INGAT?
....
kenapa?
HEHEHEHEHE..
kau nih kenapa? sepak kang!!!
HEHEHEHEHE...
dah gila agaknya...
TAKDALAH... CUBA KAU TENGOK VIDEO NIH..
KAU INGAT TAK LAGI?
ohhh.. ini cerita lama.. jangan dikenang benda yang sudah.. keep moving foward..
KAU BETOL-BETOL DAH LUPA?
Eeeerr.... mestilahhhh~~ kau ingat aku ni apa?
HEHEHEHEHEHEHE...
aku rasa kalo ko teros macam nih, ko akan jadi gila macam si anu tuh..
DIA DAH GILA KER?
yea.. macam kau nih la..
HEHEHEHEHEHEHEHE
Dah lah.. malas aku nak layan ko. aku nak pegi site..
HEII-HEIII.. NANTII!
Apa lagi???
BETOL KER KO TAK INGAT?
....
Saturday, May 1, 2010
Kisah 4 bulan..
Dah lamo gilo tak update belog.. aku sebenarnya maleh nak update.. nak baca belog.. dan edit blog.. tapi kali nih perasaan yang bosan membelenggu tubuh badan aku yang sekeping nih..
aku baru ajerk berenti keje dengan sebuah kompeni pipe jacking terkemuka kat melesia nih.. mungin terkemuka kat area rantau asia tenggara nih kot.. sebab ader offer lain..
sebenarnya masa aku dapat offer nih dulu aku dah bagi tau yang aku nih bonded dengan PETRONAS.. cuma agaknya rezeki masa tuh dah sampai, aku dapat la keje situ.. tambah-tambah pulak aku dapat dok kat site, SEREMBAN.. dekat jerk kat umah aku..
Jadi dipendekkan cerita.. aku dapat kerja sebagai assistant project engineer kat situ.. aku rasa sangat bertuah sebab masa tuh projek masih rancak.. baru 50% berjalan.. dan aku dapat tengok proses pipe jacking secara lansung. aku dapat tengok proses nih dari A sampai lah aku berenti nih, aku dapat tengok sampai Y.. masa aku tinggalkan kompeni nih, baru 73% siap..
Aku rasa bertuah sebab banyak gilo pengalaman aku dapat.. aku dapat alami macam-macam teknikal problem.. macam-macam kerenah penduduk, dan dapat tengok macam-macam ragam manusia.. yealah, bukan senang nak jaga 50 staff dalam satu masa.. tambahan plak kat site tuh ader aku n sorang lagi engineer yang jaga site. Kene plak update machinery yang ada kat site.. sampai aku dah tak terjaga lagi.. kene pulak buat follow up machinary yang tak cukup, kene tanya masalah kat operator, pekerja dan supervisor.. fuhh.. macam-macam lagi keje wehh.. paper work tuh takpayah la cerita.. ada sampai satu masa aku redha jer tak siap keje.. kene marah tuh dah biasa.. hihihihi..
Semoga pengalaman bekerja selama 4 bulan nih akan membentuk jiwa aku menjadi matang, lebih terbuka dan bersedia untuk environment yang lebih mencabar.. pokok pangkalnya semua bergantung pada kita sendiri.. 4 bulan bekerja nih aku rasa macam dah 8 bulan bekerja plak..
Apa pun.. aku rasa, aku dah menyumbang sikit pada negeri tanah tumpah darahku.. membuat satu projek untuk rakyat.. ok apeerr... aku ucapkan terimakasih kepada semua..
"aku Anwar.. duduk dalam pembetung yang
bakal dipenuhi taik-taik orang seremban"
..apa akan terjadi pada aku 10 tahun akan datang.. itu kita tak tau..
Monday, April 12, 2010
Jebat Hang Tuah
ar tuh aku gi tengok teater kat utp..
pasal teater bangsawan tuah hang jebat.. satu teater yang sangat mengagumkan bagi aku.. aku nih takder la reti sangat nak komen2.. komen lebey2 kang, aku pon belakon dulu pon cam haram..
masa mula-mula masuk dewan, aku sangat teruja tengok ader grup gamelan dan pemuzik kiri dan kanan dewan.. mesti best nih...
sebelum start, aku tengok ader apek cina dan tukang sapu sampah tuh sedang mengaut tumpuan penonton untuk mengambil tempat.. bagus jugak.. walaupon kadang-kadang tak berapa natural bila becakap..
kemudian, ader muzik gamelan.. muzik yg menyebabkan pembetung darah aku memuncak sebelum mula show tuh..
teater dimulakan dengan satu teater pendek, nasik lemak seposen oleh Qum Actors.. watak anjing tuh mula2 aku tengok sangat bertenaga dan memberi kuasa pada cerita tuh. tapi lama-lama, jalan cerita macam makin meleret dan jadi bosan sikit.. si gagak tuh pulak aku tengok, bila lahh nak beraksi, ashek goyang2 tepi pentas jer..
paper pon, jalan cerita nya yang aku nampak, mcm mana seko anjing nak kumpul kan sposen nak beli nasik lemak.. kalo malas nak berusaha, kene tipu lah ko.. Segala usaha yang kita buat tuh kene lah melalui jalan yg elok untuk dapatkan keberkatan.. mungkin kita dah berusaha.. tapi kalo rejeki tak berkat, mungkin abes cemtuh jer rejeki kita tuh.. tuh sepaham aku laaaa... tahniah Qum Actors..
kemudian tros pada cerita bangsawan tuh.. daripada jalan cerita, aku nampak plot dia membangun dan mencapai klimaks cerita pada bila hang tuah nak dihukum bunuh.. dengan keadaan si jebat yang abnormal tuh menyebabkan cerita menjadi sensasi dan berkeadaan lebih dramatik.. lebih-lebih lagi bila tuah bunuh si jebat mulut laser tuh.. muzik latar dan efek dari gamelan sangat membantu dalam membuat emosi penonton cair.. penyanyi untuk extra turn pon sangat bagus menyanyi.. dan setiap lagu membantu membawa emosi penonton untuk next show..
dari segi lakonan... aku nampak ader beberapa pelakon yang buat muka lembu atas pentas (muka takda perasaan).. jadi kene lah maintain wajah, walopon x da dialog. contoh terbaik aku dapat lihat malam tuh muka tun bija sura.. dia sgt kaya dengan facial expression.. muka tuah juga bagus dalam bertidak balas dalam setiap patah katanya.. dato bendahara si gedung akal laut bicara, agak sikit keras dari segi pegerakan.. gunakan ruang yang ada.. kene tunjuk credibility sebagai orang bijak, mahir dan berpengalaman.. dato bendahara ader potensi untuk maju dan bleh tunjuk dato bendahara versi lain.. jebat plak nampak agak selalu menjerit sampai nak ilang suara.. tapi dari segi dia menggila.. memang menarik.. selain tuh adegan bila lanun nak haram tuh hina sultan pon bagus.. bila sultan bangun tido pon menarik..
dari segi cara teater dipersembahkan, mungkin kurang setuju kalo ramai sangat orang datang menyerbu dari bawah pentas.. uncle depan aku tuh sampai kene langgar sebab dek scene nak bunuh jebat.. aku rasa macam serabut kalo ramai sangat orang datang dari bawah.. kalo boleh, gunakan ruang pentas jugak.. efek keris cucuk tuah jebat masa atas pentas pon agak menggelikan hati.. mungkin ader adegan tertentu yang tidak perlu dibuat yang menyebabkan mood penonton hilang sket.. mcm bila aku tengok bila bini sultan menjerit bila lanun kene bunuh, mungkin bini sultan tuh tak pelu jerit sampai tarik attention sumerang. cara macam mana dato bendahara kene ambush pon kene diperbaiki.. kalo dato bendahara dapat tunjuk sket silat kosong atau silat pulut pon jadilah nak tepis lanun sorang dua tuh, baru lah syok sket mcm dalam citer cine tuh.. (cakap senang laaa)
aper pon.. secara keseluruhan cerita bangsawan nih menarik dan menyentuh hati dan persaan.. kalo tak, takkan awek sebelah aku tuh menangis mengesat air mata.. (tak tau la mata dia masuk abuk ker..)
cerita tentang betapa kita terlalu mengejar keduaniaan tanpa menghiraukan betapa ada yang lebih berkuasa dari kita.. taat dan setia kita pada sesorang tuh pon ader la padanya.. yang ader maksud double meaning tuh tak payah la cerita..
tahniah pada pereka set background yang sangattt menarikkk dan menghairahkan kornea aku melihat.. besok2 kalo aku nak kawin, nak panggil diorang rekakan set kawin aku.. aku nak ader puncak2 gunung kat blakang, dengan tembok besar cina sekali..
gamelan dan background muzik pon menyebabkan jantung aku penat mengepam darah.. ashek berdebar ajer..
penari2 upag pon menari dgn bagus sekali.. kalo tak, masakan dato bendahara ngan menteri2 lain macam tak cukup mata nak tengok diorang menari..
show mime pon sangat menarik.. aku heran sket sbb kan ader sorang lagi pelakon mime yang terkenal tuh? mana dia? dia takda bwat show ker malam tuh.. mmuuuuuuu~~
aper pon.. TAHNIAH kepada semua crew dan pelakon!!! korang dah berusaha dengan baik sekali..
asal x da pompwan joget? menteri jantan.. tengok org jantan joget.. ?? tengok mata menteri tepi tuh... nak buat menantu ker??
Monday, March 29, 2010
kektus saya berbunga lagi
sebatang kektus aku dah berbunga.. cantik..
aku tunggu lebih dari 3 minggu untuk kektus nih bebunga..
dan akhirnya dia bebunga..
kektus nih, (dah banyak kali aku cakap), walaupun luarnya nampak kasar, tapi dalamnya lembut aja..
walaupun kektus nih buruk, tapi bila berbunga, cantiknya, tuhan aja yang tau.. kektus.. kektuss..
p/s; tq timah amek gambar kektus nih.. kalo ko nak bejayo, ikut mcm kektus~
Sunday, March 21, 2010
Bangsawan TUAH HANG JEBAT April ini!

Tak sabar nak tengok depa belakon..
Tronoh Theatre Shop akan bwat show bangsawan..
10-11 April nih..
lima hinggit ajer..
kat multi-purpose hall,
Universiti Teknologi PETRONAS..
So kalo sesapa rasa stress keje ker, stress blaja ker... mai la tengok teater bangsawan nih..
sambil menyelam, sambil minum air kan? so kene planning bebetoll...
so, bulan april nih aku mau gi ipow~ gi tronoh~
kalo nak tengok info.. kelik ajer kat SINI..
bebudak Tronoh Theatre Shop nih memang power root belakon.. so aku rasa tak rugi kalo gi tengok..
(skang teringat bila masa aku masuk mph, nampak doc tengah tunggu pelakon2 kat MPH sambil menyanyi sorang2 kat tepi pentas~)
Subscribe to:
Posts (Atom)