Sunday, June 21, 2009

Pengembaraan Dato' Panglima Bukit Putus (Episode 1)


Pagi itu selepas solat subuh, Dato Panglima Bukit Putus terus menjalankan rutin hariannya, iaitu tidurrr. Tambahan pulak pulak Dato Panglima tidor lewat pada malam sebelumnya kerana mengerjakan aktiviti mencantikkan blog, walaupun hasilnya lebey kurang ajer. Terima kasih diucapkan kepada sofware engineer, Dato Setia Diraja Syik atas bantuan anda. Tepat pukul 9pagi,
alarm henpon prasejarah Dato Panglima berbunyi dengan meriahnya, mengejutkan Dato Panglima dari lena. Terus beliau mempersiapkan diri untuk ke Kolumpo. Sempat pulak beliau men-Google mapkan jalan-jalan yang bakal dilalui sebelum ke destinasi yg bakal dituju.

Walaupun JARANG-jarang bawak kereta, Dato Panglima meneruskan keberaniannya untuk memandu seorang diri ke Subang untuk memberi sokongan kepada Panglima Mashintoraman dan Panglima Nik dalam acara Perodua Eco-challange 2009 yang disertainya. Jalan ke kolumpo bukannya susah sgt, cuma kene ada
instinct yg kuat dan keberanian yg terserlah. hehehehe. On da way ke kolumpon nih, mati enjin sekali jer..FUHH!!!. tuh pon masa nak amek tiket tol. Tuh la, blagak macam power la, nak capai ajer tiker sambil kete tgh begerak.. langsung mati enjin.. da la hampir2 nak telepas amek tiket..

"Selamat memandu Encik " kata toll gate girl tuh.
" Terima kasih... " kata Dato Panglima Bukit Putus dengan senyuman gaya panglimanya yang macho.

Drive punya drive, sejam suku da sampai subang. Kat sana, RAMAAIII orang da datang. Berbas-bas. Ramai jugak kawan2 Dato Panglimayang datang seperti Panglima acap, Panglima farid, fareez, pojan, helhal, min, lukman n lenlain. Bersemangat la Dato Panglima Bukit Putus menyorak kumpulan dari Universiti Teknologi PETRONAS (UTP). Diorang punya design memang power, sampai Dato Panglima sendiri pon x tau nak cakap macam mana. Dengar cerita, Perodua kasik dwet Rm XX,XXX.XX kepada setiap team untuk mengubah kerete MyV (yg turut dipinjamkan oleh perodua) supaya lebih mesra alam dan boleh dipandu dengan lebih kilometer.



Janji nak setat pukul 230petang, tapi sampai kol 245 masih x setat2 lagi. maka bersilalah Dato Panglima di bawah pokok sambil menjamah burger KFC yg berlebih dari baki brekfast pagi tadi dan menogok air mineral Lepas itu, beliau pon mengurut2 kakinya yang sakit akibat terseliuh dari jatuh moto minggu lepas. Dato Panglima pun merungut sebab pihak pengurusan LITAR SPEEDWAY PLUS CIRCUIT tak sediakan tempat penonton yang selesa. Dato Panglima duduk atas tebing ajer, sebab tempat penonton yang lain da penuh sesak dengan orang lain.


" sakit kaki den nih haa.." rungut Dato Panglima Bukit Putus.
".. tak po, kojap laie mulo la.." kata Panglima Farid yang datang dari Taiping untuk memberikan sokongan pada Team UTP.

Bila Stat ajer race, bersorak la setiap kumpulan.. sangat seronok bersorak. Peraturan pertandingan ialah, mana kete yg bawak paling jauh (lebih kilometer) dengan minyak 1 Liter, dia la menang!! Dan lepas berpuluh lap (tak kira pun baper lap, sebab ashek bersorak ajer~) kereta MyV yang dipandu oleh team utp, tersengut-senggut. Makin kuatlah sorakkan penyokong UTP supaya pemandu berusaha lebih lagi untuk memandu kereta tuh. Dan masuk la kereta tuh dalam PITTnya. Gundah gulana lah hati Dato Panglima bila tengok team UTP terkandas pada awal pertandingan. Berdasarkan maklumat risikan, berlaku
technical failure pada sistem enjin part P30Q-JJ11. Aper pon Dato Panglima mengucapkan TAHNIAH pada team UTP kerana usaha yang gigih dalam bertanding. Mereka da BUAT yang terbaek! Bukan senang-senang nak modify kereta bebbb!!!


Maka, selepas itu segera lah Dato Panglima membawa diri pulang kerana ari pon da kol 4. Dato Panglima pun ader appointment dengan Menteri-Menteri Pinang Sebatang di Melaka. Maka Dato Panglima pon drive la kete MyV emaknya merentasi Lebuhraya KESAS menuju ke Lebuhraya PLUS dari arah Sungai besi (memang membazir dwet bayar tol ikut jalan neh).

Teringat lagi si Dato Panglima ketika bekerja di Kolumpo dulu, dia penah sesat sampai ke KESAS masa on da way nak tengok pertandingan teater intervasity kat Universiti Malaya ketika dulu. Berapi pungkuk naik moto tengah-tengah panas dulu. Tapi skang Dato Panglima naik MyV beb~ caya laaa~

Untuk cerita yang selanjutnya, kita bersambung lagi. Cerita pasneh pasal Dato Panglima Bukit Putus bersidang di Istana Melaka bersama menteri-menteri Pinang Sebatang sempena Kemucak reunion ex-Georgian di Melaka.


Thursday, June 18, 2009

Kaktus saya

Kaktus..

Dulu masa aku form 1, aku naik beskal ke sekolah aku, Sekolah Menengah Kebangsaan Tuanku Muhammad, Kuala Pilah. Jadi hari2 dalam pejalanan pergi dan balek, aku mesti lalu kat jalan belakang kedai2 lama kat pekan Kuala Pilah. Dan selalu aku perhatikan satu apek gemuk nih sidai kaktus dia tetiap petang kat blakang kedai tuh. Setiap hari, setiap petang. Dia mesti ada. dan aku tertarik.. bukan pada apek tuh, tapi pada kaktus yg dia jaga.

Lepas 3 bulan mengusha apek tuh punya aktiviti, aku pon meringankan molot aku yg ringan nih, bertayakan pada apek gemuk tuh.

"hai~"
"..alooo.."
"..cantik kektus nih?.. jual ker?.."
".. ya.. juall maaa. lu mau bili? "
"err.. x per la.. "

berdebar2 aku bila dia tanya nak beli kaktus dia tuh. aku bukan aper.. bab beli belah nih aku sgt2 la mengambil kesah. dwet nih susah nak carik, tp senang ajer nak buang.

Pastuh apek tuh tunjukkan la koleksi kaktus yg dia jual kat aku...

MAKKK AIHH!!! CANTIKK NYOOOO!!!!! aku menjerit dalam ati. kawan2 aku yg sesama bebeskal dgn aku da ajak balik da..

".. moh la balek.. paneh nih.." kata zambri. dia nak balik cepat.
".. yoyoyoo.. moh2.."

aku pon kayuh beskal balik sambil memikir2 pasal kektus2 yg cantik rupawan dan menarik ati tuh.. ashek terbayang jer... (memang osah polik eh budak nih, kektus pon buleh jatuh cinto)
ptg tuh aku terpikir2.. terbayang2.. sampai merah2 muka aku...

" apo kono eh kau nih? " tanya mak aku.
" x do apo.. abang ado tgk kektus kek kodai tadi, lawa. "
" poi la boli kok minat "

Dengar ajer green light dari mak aku.. aku pon cepat2 kayuh beskal merah aku, pi pekan. Jumpa balek apek tuh. tanya berapa hinggit kektus tuh. Dia ckp RM4. mahal yooo.. tapi sebab cantik punyo pasal, aku beli la. SEBATANG ajer.


Balik tuh aku tunjuk kat mak aku. Aku letak kat koridor rumah. Aku renung lama2 menghayati keindahan pokok kektus yg sebatang tuh. Kaktus nih cantik sebab dek durinya yg berbagai corak dan warna. Keajaiban ciptaan Tuhan.

Itu la permulaanya.. sejak dari tuh aku jadi pengumpul kaktus. kaktus yg aku kumpul sampai mencecah 60 jenis, bukan batang.. tapi JENIS (ada lebih 2000 jenis species kektus kat seluruh dunia). Kengkawan aku yg lain pon ramai yg ikut aku bela kaktus. Usop, Zambri, Aizat, Shukri dan lain2. Aku sanggup kayuh beskal sejauh 10km ke pusat2 semain pokok. Ader sampai sanggup aku naik kete sewa, sebab tempat tuh jauh sgt. semua disebabkan oleh KAKTUS!!! Bila mak bapak aku bawak pi cameron, aku rasa mcm nak berdarah idung aku tgk kektus bnyk melambak2.. tapi beli siket ajer.. luet talak maaaa.. haiyaa~

Sedara mara, kengkawan mak aku, cikgu2 sekolah aku, sumer suka tgk aku bela kektus. Bila diorang sampai umah ajer, tgk kektus2 aku besusun kat koridor tuh, mula laa...

"ayooo. cantik eh kektus kau nih jang.. ghajin kau bekobun. "

bukan nak belagak. tapi aku da minat. x kan kektus tuh nak simpan dalam almari kan? kene la dipertonotnkan.


Namun, bila aku pindah ke SEREMBAN, separuh kektus aku menemui ajalnya.. mungkin sebab perubahan keadaan cuaca dan tempat. sedihnya aku.. sedih sebab pokok peliharan aku mampossss.. dwet pon habesss rugi... sebatang da rm4-5.. kalo 30 batang??? da la aku jaga sumer da besar2.. haih.. x per la.. aku letak kaktus aku kat atas tembok rumah baru aku.. untuk tontonan diri sendiri dan jiran2.. bila duduk kat seremban nih, ader jer yg ringan tangan tolong tibai kaktus aku.. diorang pandai, curik kektus aku time ujan.. TIAP KALI UJAN, sebatang pokok kektus ilang. makin lama makin kurang. tinggal yg besar2 dan yg aku tanam dalam pasu berat2 ajer.. x terdaya nak angkat agaknya. aku PASRAH.


Bila belajar jauh, aku pon da x amek kesah pasal kektus. padahal, time aku blaja tuh, kektus aku tuh bnyk bebunga.. cantik2.. tapi, aku da maleh da.. x do semngat da.. MAMPUIH LA KORANG EH!!! kesian diorang. tggal la mak aku siram kektus aku tuh sorang2, wlopon diorg x yah nak dijaga sgt. Sampai skang, aku x penah nak amek pedulik kektus aku. yg aku tau, kektus yg kawan ak kasi da sama paras dgn pingang aku. Harga dia tuh kalo jual da bleh sampai Rm70-80 hinggiiitt!!! semua kektus aku tuh da mencecah harga puluh2 ringggit sebab species yg RARE dan saiznya BEBEBEBESARRRR!!!!

Jadi moral dari cerita ini, kita kalo nak sayang mender, bia la sepanjang masa.. aku keciwa dgn diri aku sendiri sebab x sayang pada kektus aku yg aku puja2 dan cinta2 sewaktu muda remaja dulu~

p/s:

1. kektus, panggilan manja aku.. ejaan yg betol, kaktus.
2. Cacti plural, Cactus singular.

Mari renew lesen

Ari neh den poi ikut abah den poi renew lesen senapang patah eh. Kek Gemencheh. Sajo jo nak ikut, da x do mondo nak buek kek umah time cuti2 neh. Jadi pagi2 (x do la pagi bona, da dokek nak kol 9 baru btolak) da betolak dari umah tros balik kampung (mano laie, moncheh la~). Ngantuk bona ghaso eh.. boghekk jo mato. Tambahan pulak aghi ujan lobek. Kok den tido, maun melonting abah den yg tongah bawak keto tuh.

Gunung Angsi, pandangan pagi dari umah den~

Dalam kol 10, sampai la.. ghamai da tggu kek balai tuh. Den tengok atuk2, pakcik2 yang da tuo bangko da tersadai kek bawah pondok menunggu kek balai polis tuh. Ado mano yang konal, abah den angkek la tangan. Den pulak buek moko lombu. Nak sonyum, raso macam pandir pulak, nak sodih.. den ghaso macam x do sobab nak sodih2 pagi tuh poi balai pulis tuh.. On da way sampai kek gate balai tuh, abah den cakap,

"aaa.. tuh geng menyuluh den.." . Menyuluh tuh makno eh memburu~

dio pon besalam la ado duo pakcik sebayo umur ayah den. Pakcik yg golap2 muko eh tuh peghatian den, peh tuh cakap,

".. anak kau ko?"
"..yooo.."
"..dulu kocik nih yo.." sambil tangan eh tunjuk pagheh lutut.
".. da ghupo ayah ehh daaaa.." pakcik tuh sambung..

dalam ati den koba, apo x cakap bosa tapak tangan joooo pakcikk oiii...
den tengok muko abah den, sambil den tesongeh2 macam koghang busuk. Peh tuh toghuih poi balai. Oghang da bekumpul2 ghamai2 macam nak bepoghang. Yo la mano x eh, memasing pogang senapang kalo. Ado yang satu laras, ado yang duo laras. Ado senapang baghu, ado senapang lamo. Memasing ekshen dgn senapang memasing. Ado yang mudo, yang da tuo mengigil pon ado. Kesian atuk tuh.

Peh tuh ayah den pon masuk balai, poi chek senapang. Den apo laie. duduk la luar balai tuh, tersandar kek dinding balai tuh macam oghang lain. Yang lain tuh ado senapang, den x do senapang, tuh jo bezo eh. Sambil den menunggu tuh ado la pakcik tuo (SUMO EH DA TUOOO!!) tuh dok tersadai kek sebolah den.. terduduk deh.. ponek menunggu. Ado ko laras senapang tuh di halo an kek kaki den. Den anjak an kaki den ketopi. Peh tuh dikalih eh senapang tuh halo ko kepalo den. langsung laghi den. Bia la x do pelughu pon senapang tuh, tapi takut yo den. Macam orang nak jontik golang gotah kek muko kau, tapi x jontik.. aaa mcm tuh la perasaan ehh...

Lopeh tuh, ado pakcik tuh togur den,

" jang.. apo buek sini?..."
" tunggu abah, cik.."
" tukar namo ko ?? " dio tanyo dgn muko excited.
" x do... toman jo..."

Lopeh tuh abah den kluar. Memasing empunyo senapang pon tunggu la pulis tuh pulangkan lesen memasing. Lesen tuh kono approve dek pegawai pulis tetiap taun.. baru buleh balik. Lopeh tuh soghang pulis tuh datang panggil namo,

"Usop bin Ali"..

datang la soghang pakcik tuo terkotar2 datang kek pulis tuh,

" Pakcik, moh masuk.. Boss panggil.."

Comeh nampak eh muko pakcik tuh.. Limo boleh minit lopeh tuh, pakcik tuh kuar. Muko eh x pueh hati...


"Ado ko senapang den nak diamek eh!! Kobun den bukan x do, ado.. melambak2.. Sok kok x pueh hati bona, den tukar namo..."
".. Xpo la cik.. nanti tukar namo, lotak namo anak, tapi pakcik pogang la senapang tuh..." kato soghang pakcik tuh kek pakcik tuo menggelotar tuh..
"..X po.. da den koba an da kek pulis tuh.. diam deh" kato pakcik tuo menggelotar tuh sambil muko x pueh hati.

Lopeh tuh abah den dapek balik lesen senapang patah eh, da di renew.. suko ati eh. Peh tuh toghuih balik umah uwan. Gait manggih. Sebaldi la jugak manggih den gait dongan abah den.

"Ado yo hasil ehhh.." teh abah den.

"Da la tuh pa.. moh la balik.."

kitorang pon balek umah dengan manggih.. wan soh tggu makan lunch..

"Tggu la kojap makan lunch dulu haaaa.."
"X koso den do.. nak balek haa.. bebudak kek umah tuh x makan laie" abah den saut.

Sompek yo wan bagi boka pongat dian. Peh tuh den balek ke umah.

On da way balek tuh den cakap kek abah den..

"..kok poghang negoghi kito nih, x do la ghisau eh do yo, ghamai oghang kampung yg ado senapang."

"apo mondo poghang eh, kok diajak bepoghang dgn senapang nih mampuih den x nak do. pelughu eh kluar suleh suleh. oghang pkai M16 tuh sekali potir, melambak pelughu eh kluar.. kok ulur an kepalo kau, x sompek nak kolip mato dooo, da telontang.."

Toghuih tediam den.. Sebonar bnyk laie nak cito sempono petamo kali menulih kek blog nih.. tapi x po. len kali buleh cito.. yo x?

Assalamualaikum

Dengan ini.. saya, kaloi.. telah mengishtiharkan.. saya kebosanan.. dan telah terjerumus dalam kancah bloging.. pada ari nih.. semoga segala perkara yang dicheritakan disini, cuma mainan jari jemari ajer~

Wednesday, April 8, 2009

Mat Jamin



Nama : Encik Mat Jamin
Pekerjaan : Penyelia Pipe Jacking
Nama isteri : Jostina

Pengalaman : 8 Tahun

Anak : 2 Orang
Alamat : Semerah, Kerinchi, Indonesia.

Sunday, March 28, 2004

Yea ker?

Hari tuh entah kenapa, ustat aku tanya pasal result pekse aku.. aku bagi jer la tau.. peh tuh dia tanya pasal penglibatan aku kat sekolah.. masa tuh waktu rehat.. aku pon tertanya-tanya...

Dan pada minggu depannya, berlaku la satu benda yang aku sendri tak dapat nak katakan..

Masa perhimpunan mingguan hari isnin, nama aku telah dipanggil ke pentas untuk menerima Anugerah Pelajar Contoh Bulan Mac.. aku terkejut.. aku rasa budak macm aku nih pon layak nak dapat anugerah tuh.. Aku dapat RM 50 ringgit dan sijil. Tapi sijil tuh sijil kosong ajer.. Ustat bagi tau aku, nanti dia kasi sijil yang penuh.. kalo korang nak tau.. tak silap aku, sebelum nih, tak penah ader anugerah pelajar contoh ikut bulan.. tetiba jer ader anugerah.. ntah aper la nak jadi neh...

Kengkawan aku sumer ucap tahniah kat aku.. sebenarnya ramai lagi yang layak.. tak per la.. mungkin tuh da rezeki aku.. yang penting, aku dapat melalui jalan yang halal.. tak da KABEL yea!

Aku ingat masa kecik-kecik dulu, makcik aku penah kata anak dia penah dapat anugerah pelajar contoh kat sekolah.. Jadi mak bapak aku tak payah la nak rendah diri, sebab aku pon da dapat anugerah tu..

Thursday, July 12, 2001

Leman Tungga : Cito 1

"Tangan angkek"
"Tangan jatuh"
"Sonang diri"
"Jago sedio"

Tuh la kojo Leman tetiap pagi selasa sampai jumaat mengarah an bebudak kelas beghatur sebolom masuk kelas tetiap pagi. Diulang la sampai bebudak sumo sonyap dan baris lughuih.

"Kau nak masuk kelas copek, elok la lughuih an baris tu ha.. kang datang cikgu Jenal, di tompek eh kang, tak menanah telingo kang..." teh Leman, ngingat an bebudak nih.

"Woi leman..budak kelas lain da msuk kelas da ha.. kau nak kito bebaris sampai bilo nih. Den da polak da nih ha... "

Da ado komplen da, sogho macam si Ali pendek. Da la pendek, duduk blakang. Mano nak nampak batang idung. Ghaso nak luti an yo kepalo budak ketot nih..

"Aaa.. moh la masuk.." teh Leman..

Bebaris la bebudak kelas Limo Gotah masuk kelas.. Yo la, duduk kek kampung nih, namo kelas pon nak kono guno hasil kampung yo, Gotah, Sawit, Koko, Kelapo.. nih sobab dek cikgu bosar eh la yang tak botol kepalo eh.. ado ko pokok sawit dio lotak namo kek kelas, skang bilo cikgu bosa baghu da masuk, heboh cikgu-cikgu nak tukar namo kelas, lotak namo buah..

Sayup-sayup nampak Cikgu Jamaliah yang tongah saghat mengandung tuh menjinjit beg itam, sambil tangan kiri eh bawak buku latihan. Kek bahu eh tuh tesandang kopai meghah menyalo.

"Leman... meh tolong cikgu nih.." sambil di bagi eh buku-buku latihan tuh untuk diagih agih kek bebudak nih. Nih latihan matematik ari rabu ari tuh.

Mencieh poluh kek dahi Leman bilo dapek buku latihan matematik tuh.. Beso la, kok da lomah buek matematik memang manjang bepoluh yo.. Dulu, jam oghang sibuk mengantar anak-anak poi tuishen, heboh la Leman kek apak eh nak poi tuishen matematik..

Tapi mandang an apak Leman nih kedokut taik idung masin, apak eh pulak yang beghiyo nak mengaja tuishen matematik kek si Leman nih.. Lompang lompung umah Leman bilo kelas tuishen Matematik bemulo.. Tuh dek gaghang eh abah Leman yang kedokut tuh..

"Bangun semuaaaaaa......" Leman bagi arahan.

Si Alep yang duduk leko tongah botolkan necktie yang mejelo panjang eh tuh, tesontak toghuih bagun macam askar. Mato eh tekobil kobil macam lombu lopeh kono halau.

"ASSSALAAAAMUALAIKUMM CEKKKGUUUUU~~" teh Leman.

"Waalaikum salam. Ari nih saya nak suruh lima orang baca sifir.. "

Bedoghau daghah Leman. Ado lak pop quiz pepagi nih...

"Aiii... cilako eh.. den tak hapal laie sipir tigo nih haaaa.. camno???" bisik Leman kek Amit.
"Sipir ompek ekau apal?"
"sipir ompek lagi la den tak hapal!!!!"
" Abih sipir apo yang kau hapal?"
"..sipir satu, sipir duo, sipir limo, sipir sepuluh..."
"tak pek den nak nolong eh tu do... besiap an yo la telingo capang kau tuh"

"Shahmi.. baca sifir enam," kato Cikgu J pado Shami.. budak jawo, tapi dio nih tak ponah nak mengaku jawo. Ntah apo nak dimalu an agak eh.

Dibaco la sipir onam tuh laju macam oghang hapal surah patihah tuh... tak sampai setongah minit, siap.. Kombang kompih idung Shahmi lopeh baco sipir, sambil tuh tangan eh mengibeh-ngibeh an necktie eh.. banggo la tuh~

"Sulaiman.. baca sifir tiga..." kato cikgu J kek Leman.

Buntang mato Leman.. Leman bangun dengan pelahan lahan.. mato eh melilau pandang oghang lain. Tangan eh mengkaih-kaih pensil kontot ateh mejo tuh. Muko eh da pucat da.. Napeh ditaghik dalam dalam..

"Cikgu... Leman da baca sipir lima minggu lepas.. " teh Shahmi sambil sogho sepaghuh menjoghit..

Sumo oghang sonyap...

"Ohh yea ker.. tak per tukar orang lain.."
Nasib baik si Jawo tuh ingat an kek cikgu, yang Leman da baco sipir limo minggu lopeh.

bersambung..