Saturday, July 4, 2009

Pantun : Masa

Memandangkan aku neh semakin malas kat rumah neh, aku bwatkan pantun nih khas untuk diri aku sendiri.. hahahahaha


Rumpun buluh tumbuhnya rapat,
Pokoknya tinggi, sejuk dan redup,
Ada masa elok dimanfaat,
kelak menyesal seumur hidup.

Tumbuh tinggi pohon ketapang,
Daunnya lebat, dahannya teguh,
Ingat sibuk ketika lapang,
Kerja yang ada jangan ditangguh.

Petang petang mereneh halia,
Untuk diminum bujang dan dara,
Tepati masa amalan mulia,
Orang senang, hati gembira.

Bungkus nasi dengan palas,
Disusun elok di atas meja,
Buang segera sifat malas,
Lekas bangkit, terus bekerja.

Pergi ke pekan membeli laksa,
Rasanya masin, kuahnya jalang,
bila manusia hargai masa,
Negara maju rakyat cemerlang.

Friday, July 3, 2009

Nak gi camping

Nih gambar kat Pulau Redang masa gi sana taun 2007

Aku tak sabar giler nak gi camping dengan rumate and hosemate aku, farid, mashin, jay, dengan acap. Kitorang nak pegi camping kat Pulau Tinggi. Nih memang style komando, diulangi komando, bukan komodo. kitorang akan makan sesimple yang buleh dan akan mengembara di alam yang tidak pernah dijejaki. Acap pon kata nak tangkap beruang kat pulau tuh., so dia bawak perangkap kaki beruang (jangan mashin yang masuk perangkap sudahh~).

Snorkeling, jungle trecking, hiking dan mandi air terjun bersama kengkawankat pulau tuh (macam survivor lak). Pulau tinggi nih letaknya kat Johor, area Mersing dan dekat dengan Pulau Tioman.

Preparation rasanya dah 50%, tinggal nak beli makanan ajer kot. So, sabtu nih para general akan berkumpul di kolumpo dan stay umah General Mashin untuk mendapat taklimat dan tactical strategy untuk ke sana. Pegi naik kete mashin. Kami mungkin akan bertolak awal pagi, dalam kol 4 pagi kot, sebab da kene sampai kat sana, dalam kol 10.30 AM. Kol 11 AM da nak naik speed boat ke pulau.

Heharap kepuasan kali nih setanding dengan kepuasan masa pegi kat Pulau Redang dua taun lepas. Semoga segalanya berjalan lancar....


Semoga Allah Selamatkan Kami
Daripada H1N1 dan daripada segala musibah yang melanda.
Ya Rabb, lancarkanlah perjalanan kami.


Wednesday, July 1, 2009

Aku dan Golf

"Er.. Dato' Sri, projek ternak lipan kat Johor tuh macam mana?"
"Ouh.. tuh I da kensel kan, ganti dengan projek ternak lintah darat "


Aku nih tak tau la aper nak jadi. Ashek main ajer duduk umah nih. Naseb baik ader projek nak dibuat sket nih ha.. terguna jugak la masa yang ada. Aku skang tengah edit video untuk group teater aku. Aku memang suka keje edit mengedit video nih, sebab ia memerlukan daya kreativiti dan imiginasi yang kuat..
Cheeyyyy~

Nak keje, tinggal baper minggu sangat la lagi nak bukak semester baru. So, duduk ajer la kat rumah aku yang sunyi nih sensorang. Entah kenapa, makin lama pengurusan masa aku nih makin teruk. Mungkin sebab kat U dah terlalu sebok, so kat umah nak rehat puas-puas..
CHEYYYYY sekali lagi~~

Sebelum nih aku penah bekerja. Dulu lepas SPM aku penah jadi caddy golf dengan waiter. Bukan caddy yang pkai serban, tapi pakai topi. Aku caddy kelas 3 ajer. Tak reti apa-apa pasal golf. So kalo boss kata kasi iron 3 maksudnya ko kasik la kayu golf yang besi no 3. Kalo wood 4, kasi la kayu golf yang KAYU no 4. Kalo da kat area green tuh, ko jangan la jadi lembu, kasi la putter. Kalo tak silap aku, kalo nak pukul bola tuh jauh, ko kene la pkai la golf club yang berat. So bola bleh pegi jauh. Kalo memula nak pukul bola tuh tak silap pkai driver.

Aku bekerja kat Seremban International Golf Club. Ader 18 lubang. Beser main 9 lubang ajer. Dalam 2 jam baru abes game. Selalu datang petang-petang ajer. Pagi-pagi beta nak tido yea tuan-tuan dan puan-puan sekalian. So kalo datang tempat keje, ko sebagai caddy, kene la duduk kat tempat menunggu caddy, (personally, aku panggil kandang, sebab memang rupa macam kandang). Aku pegi dengan kawan aku. Nama dia Acab, sebaya dengan aku. Bapak dia yang suggest kami keje kat situ. Kalo bos-bos (panggilan bagi orang yang main golf) datang, dia akan berenti depan kandang caddy nih, dan panggil caddy feveret memasing.

".. Amidd.. lets go..." kata sorang bos kepada sorang caddy sebaya dengan bapak aku.
" Yesss, " Amedd yang shok main dam pun pegi la berlari-lari keriangan mendapatkan bosnya.

Selalunya, aku dengan acab akan jadi orang paling last. Kitorang nih sisa la. Paling tak best kalo dapat beg golf yang style lama. BERATTT!! kalo yang jenis baru tuh, ringan sket. Kalo boss baik ati, dia kasi troli, tarik jer beg golf tuh.

"Atok dulu kojo motong gotah, tu yang kuek mukul bola nih ha,
longan
kogheh macam bosi "

Mata kene bagus. KO KENE CARIK bola golf, kalo bola bos ko ilang la. Bola GOLF maksud aku. Aku penah sekali bekerja masa spek aku patah. terbelah dua kat tengah-tengah. MACAM ORANG BODOH!! Ashek betolkan spek ajer. Bos aku pon tengok aku semacam jer.

Penah dulu sorang bos cakap macam nih kat aku..

"..Wa ingat lu cina.. haiya..."
".. I'm Malay sir. Kong Xi fat choy sir.." tipu jer.. bodo sangat la aku nak mengarut-ngarut depan apek tu.

Bos-bos nih bukan semuanya handal main. Ader yang eksyen jer lebey. MAin macam haram. Nampak aku budak baru, sengaja la nak cerita projek juta-juta dengan aku. Macam la aku minat sangat nak tau. da la pukul bola ashek masuk semak.

" Today i have no luck la.." kata bos ompong tuh sambil tengok kat aku.
" Tangan kau tuh kocik- kocik tak bebodong... tuh jadi macam nih..." aku kata dalam ati.

Pastuh salahkan aku tak jumpa bola. Bloody hompong.

"Ekau arap an gayo yo lobih, tapi bola ashek masuk somak yoo.. tangan tak bebodung ko? " kata abang baju merah.

Aku kesian kat acab sebab dia selalu dapat beg berat. Da la badan dia kecik. Nak wat macam mana. Da rezeki dia. Sekali game, aku bleh dapat RM 15. Ok la kan. 2 jam ajer. Badan je kene kuat panjat bukit, turun bukit, masuk semak carik bola.

Aper pon tuh ader la pengalaman beharga bagi aku sebagai seorang pelajar. Ingat la, susah nak carik makan dow.. Belajar lagi senang. Tuh sebab mak bapak kita neh sanggup bwat aper saja untuk kita semua supaya boleh bejaya dalam idup. Antar gi UK, US, USJ, blaja tingi-tinggi. Bila dapat keje elok-elok, senang la masa depan. So, aper yang PENTINGGG????? Ilmu yea kawan-kawan... bukan kerjasama.. kuah3~

Nih golf club bapak aku.. sepupu aku kasi. Tak penah guna pun. Tapi bapak aku bwat penggait rembutan, ketuk tikus, dan cemat anak2 dia yang degil. (ko pecaya la aper aku cakap)

Friday, June 26, 2009

Tunggu Bas

Pada ari tuh, aku ada appointment penting kat Kolumpo. Meeting dengan orang jabatan kerajaan kol 2 petang. Bila da kol 10 am, aku cepat-cepat siap. Kol 12 aku jangka mesti da sampai Terminal One, dan naik bas. Mesti sampai Kolumpo kol 1, untuk lunch dengan member sebelum gi meeting.

Jadi aku siap-siap mandi, dan teros jalan kaki ke bus stop. Fail berisik dokumen penting aku jinjit. Mata ashek pandang jam. Dari rumah sampai ke bus stop dalam 20minit berjalan, lebeh kurang 1.5 km. Penat!!!


On da way ke sana, aku nampak macam-macam kat area taman perumahan aku. Ader orang tebas rumput, potong pelepah pokok kelapa, turap jalan, pasang sign board baru dan lenlain.

"Nih sumer aktiviti untuk tambah keyakinan rakyat.. kalo tak, mampuih kalah next election"

Sampai ajer kat bus stop yang letaknya depan klinik kerajaan, aku nampak ader atuk tuh tertinjau-tinjau ke arah jalan. Aku rasa dia menunggu bas. Bila da dekat ajer dengan bus stop tuh, aku tengok pakcik tuh blah, sambil tertoleh-toleh ke belakang. Aku da tak sedap ati. Takut-takut bas tak berenti kat sini. Sebab first time aku tunggu bas kat bus stop tuh. Gatal nak mencuba.

Aku pon tunggu. Pakcik tuh da blah da.. sambil jalan, dia toleh keblakang, tengok kot-kot ader bas lalu (agaknya la). Kesian pakcik tuh. da la tua, kaki tertempang-tempang. Lima minit pas tuh ader la makcik tuh dengan anaknya datang ke bus stop tuh, dari klinik. Aku berdiri depan bus stop. Mata ashek pandang jam. Kaki bergoyang. Nak cepat.

Aku da nampak bas dari jauh. aku tahan dengan tangan kiri. Bas tu tak berenti.

"Aaaa.. bodoh.. aaa bodoh...." kata makcik tuh (sebenarnya makcik tuh tak cakap aper.. aku ajer yang selalu pikir melampau. Kesian makcik tuh).

"Paranoid " kata akak aku satu masa dulu.

Aku tunggu lagi.

Ader teksi lalu. Aku tahan dengan tangan kanan. Tapi tak berenti.
"HAHAHAHAHAHA.. loser..." kata makcik tuh, dari bisikan ati seorang paranoid. Aku panas. Bukan pada makcik tuh. Tapi pada bas dan teksi tuh.

Aku tunggu lagi.

Ader nyonya tengah lintas jalan dari klinik, untuk ke bus stop tempat aku tunggu. Aku nak tengok luck dia. Sampai ajer dia kat tempat aku berdiri, ader teksi lalu. Dia angkat tangan sekali ajer, terus teksi tuh berenti. Aku nak tumpang, tapi da penuh.

Aku tunggu lagi.

Jam da 11.30. Aku kene cepat. Kol 12 da kene naik bas kat Terminal One. 10 minit pas tuh sampai satu lagi bas. Aku tahan.

TAK BERENTI PONNNN!!!!

aku rasa makcik tuh da tergolek berguling-guling da tengok bertapa tak bertuahnya aku. Kalo ader tin kosong maun kene baling. Tapi makcik tuh bwat aper? dia tak tahan bas, teksi pon.. tunggu orang agaknya.

Mulut da kumat kamit, mintak tolong Tuhan. Tinggal 10 minit sebelum kol 12. Bila sampai ajer satu teksi buruk. Terus aku tahan dengan sepenuh hati (maksudnya angkat tangan sambil membuat facial expression yang sepatutnya). Alhamdulillah. Ader satu seat kosong. Dapat naik. Aku pandang makcik tuh dengan penuh kasihan.

"Saya mintak maaf yea makcik.." aku kata dalam ati.

Thursday, June 25, 2009

Transformers

"Pikkk"

Mata aku terbukak. tadi tuh bunyi mata terbukak la.. sebab mata tuh melekat. Aku tengok jam kol 3 pagi. Lampu bilik tak tutup lagi. Pastuh aku terpandang bekas air nescafe yang kawan aku hadiahkan kat aku. Aku teringat tindakan bijak aku sebelum aku tidor tadi membancuh dua peket nescafe merah dalam bekas merah tuh.

"sodap nih.. sodap nih.. sodap neh..."

aku pun meneguk air tuh sampai abes. Buntang mato. Apo nak buek? Aku pun duduk kat birai katil, termenung. Jauuuuuhh.. Pastuh cuba untuk tido.

"X BULEH!!!!"

Pastuh aku teringat aku da buat sesuatu yang best sebelum tido..

"Aaaa..."

Aku terus amek sudu, bukak peti es, makan la mender yang aku buat bertungkus lumus sebelum aku tidur malam tuh... dadih.. aku buat dadih segera ajer.. tambah air, tambah bahan A biar sampai mendidih, kacau, tambah bahan B biar sampai mendidih, kacau, letak pewarna, kacau, letak dalam bekas, bia sejuk dlm peti es.

Lepas lepak-lepak atas katil, aku baca la shin chan. Shin chan nih da bebelas kali aku ulang, da masih lagi nak baca. da naik hapal da. kalo la aku rajin baca quran macam nih, kan ker elok. betol tak?

Da kol 10.30, aku pon pegi la ikut kengkawan aku gi Jusco Seremban 2, nak tengok citer Transformers. Nih betol-betol aku tunggu neh. Nak tengok robot bertumbuk. Sampai JJ kol 1130. Bebudak nih da tunggu da kat sana. Jadi kitorang pun makan la kat kedai White coffee. Aku order white coffee dengan nasik lemak sebakul (diorang hidang dalam bakul). Aku rasa air white coffee dia tak buleh celen air white coffee yang aku minum kat kedai Amith dengan kedai Sithick kat Tronoh. Rasanya diorang kene menuntut dulu dengan mamak-mamak nih dulu sebelum bukak kedai. Rasanya buleh tahan. tapi tak buleh celen masakan mak aku..

Yang paling best bila nak amek order. Orang yang tukang amek order tuh, agaknya orang Myanmar, tak pun Laos. Dia cakap memang ader style la.. style dia cakap memang best, macam mana dia cakap, susah nak cerita. kalo dia tulis, pun ader style. bebudak nih di "ketupatnya" orang tuh tak henti-henti. kesian diaorang.

Pas menetedarah, kami pun jalan-jalan. Pegi main game kat arcade. situ kitorang main drum la, basketball, lumba keter, dan keter kebal. Pastuh aku tengok budak nih berkaroke Jamban. Ntah apo lagu eh dinyanyi dek bebudak nih, aku pun tak tau.

Pas tuh, kami pon tengok la wayang. Citer Transfomers. Buleh la tahan citernya, tapi masih tak menyebabkan aku untuk berasa ghairah. AKU MASIH SUKA CERITA STAR WARS EPISODE 3. Tom yang duduk sebelah aku tuh, aku tau dia ghairah tengok cerita transformers SEBAB,

1. Dia pakai baju transformers
2. Masa tengok wayang dia tergelak-gelak
3. kaki dia bergerak2 macam orang nak tunggu bas kat bus stop.

tapi paling ghairah si opiq, ntah apo ntah. Ashek tergolak yo. Orang tuh buat muka sket da tergelak. Kalo dia tengok teater aku, aku rasa dia buleh muntah darah agaknya.

Pas tengok wayang, kitorang pegi Pakson. Jumpa Anis Haha (nih aku ajer yang gelar dia, maaf yea anis). Sebab kalo dia gelak ader style jugak. Pas tuh teman dia buka puasa (insaf sket di sini yea~) kat Man Tomyam. Pas jer makan, teman la bebudak nih menganyam ketupat, teman ajer, bukan tolong. tuh la.. da kenyam buat ketupat. Da agak nak sebesen ketupat teranyam, aku ajak la diorang balek.

Sampai umah, aku mandi, pastuh tidor.. tidur kol 10.. ganti balik tidur aku yang terganggu pagi tadi. itu ajer ceritanya.. nak cerita lebey2 tak buleh.. aku sibuk macam menteri skang nehh... sebab aku nak ke...

KOLUMPO!!!!
KOLUMPO BEBB!!!
KOLUMMPOOOOOOOO!!!!

BABAI!!!!

(post neh tak der gambar sebab TIMAH (adik aku) pinjam kamera bawak pi Rembau~)

Wednesday, June 24, 2009

My Town : Seremban

Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia.

Seremban Development

This city was developed since 1870 due to mining activity that attracted the Arab, Chinese and Malay to this area. The city development was well arranged by the city planner (British colonial and todays local authority). Previously, people used sampan, and cart as the option of transportation in Sungai Ujong area (Seremban). Nowaday intense developement can be seen since year 2005 where we can observe many projects have come to Seremban especially landscaping development that give Seremban with a new face. The Seremban Lake Garden has become more beutiful and more trees have been planted around the city.

As we can observe that Seremban is centered in term of city arrangement where we can see many row of shops were built in many layers from one to the others. This arrangement subjected to the old Seremban town. This town has become denser and surrounded by the residential area that blocked the town developement from expanding outward from the town center.

As the government realize that the old town cannot afford more new development, new suburban area or satelite city is developed by the local authority to support the Seremban development. New well arranged sub-urban city has been built like Senawang, Seremban 2, and Seremban 3 that transfered the current development from the old town of Seremban to this area.

Public Transport

Development come with the expansion of transportation system. As the Keretapi Tanah Melayu introduced the Komuter services from Seremban to Kuala Lumpur, people has more alternative to travel from Seremban to Kuala Lumpur and other city outside Negeri Sembilan. It give more job opportunity for the Seremban citizens to work in Klang Valley while at the same time live in Seremban. The railway station is very strategic because located near Terminal One bus station and both station is connected with shaded padestrian walkway and an underpass. This station also located in front of a shopping mall and the state post office.

Beside rail system, bus system is another alternative to travel in Seremban. We can see now Terminal One, has become the bus terminal for local bus transit (within Negeri Sembilan) while the local authority has transfered the intercity bus services to Terminal 2 to give comfortable to the user. Intermediate bus is provided to connect between both terminal which located not more than 500 meter to each others. Seremban - Kuala Lumpur bus services is a good alternative for traveller who come from Kuala Lumpur to visit Seremban. You can take LRT from KL Sentral to Pasar Seni and walk for about 50 meters from the LRT station to reach the Seremban-Kuala Lumpur bus hub. It is much more easier than travel by Komuter from Kuala Lumpur to Seremban because many people in Klang Valley choose Komuter as the main mode of trasportation. Usually train coming from Kuala Lumpur will be congested with people. Meanwhile, if you travel from Seremban to Kuala Lumpur, there are plenty of seat and it is much comfortable.

Road

The road development increses rapidly in Seremban especially when the Government approved the construction of Seremban Ring Road. After the construction of Seremban Ring Road, I observed that the objective to reduce traffic congestion give a very minimum impact especially in Jalan Dato' Muda Linggi near Seremban Center Point. There still need of police traffic to catter the congestion problem, but the traffic condition is much better than before. Personally I can say that the construction of Seremban Ring Road actually has give more opportunity for Seremban development in connecting sub-urban area with the city center.

New Project

The latest project that come to Seremban is the expansion of Komuter route from Seremban to Sungai Gadut that give a new alternative to the users especially in Senawang to travel to Seremban. The construction is alligned with the rapid development that can be seen in Senawang area. Beside that a new highway connecting Seremban to Kajang is in way toward completion. This highway called LEKAS not just connecting Seremban to Kajang, but it also provide short cut for those who travel from Paroi to Seremban town. People can avoid traffic congestion on the way to the Seremban town by using this highway. Beside that a new road which is nearly completed is the Bukit Putus Highway that connect Kuala Pilah to Seremban, give more comfortable to the road user, replacing the old road which becoming congested.

Improvement

For improvement proposal, I would like to suggest the local authority to provide Park and Ride hub in certain area in Seremban to promote public transportation. As I see, the opportunity of public transportation (especially bus) in this city is very high, so why not the local authority grab this opportunity to improve the system. By building a park and ride hub, the user just park their car in an area like in Stadium Paroi and use bus to travel to the town. Frequent bus service also needed to catter the congested bus especially in peak hour (morning, afternoon).

Promoting public transportation in Seremban is needed to create a livable city which is one of the main objective in any city in the world. By using public transportation and the improvement of padestrian facilities, Seremban can move one step foward in urban development planning align with other city like Melbourne in Australia. Inter-modal activity that promote the user to use more than one mode of transportation is a solution for congestion in the city. But, the service should be good and adequate to meet the users demand.

As a town that located near the Kuala Lumpur International Airport (KLIA), it is a good opportunity for the local government to improve transportation system in order to attract the tourist to come to this city. This town can give another option for the investor to invest and put new business opportunity as so many facilities and transportation link available.

And as the citizen of Seremban, I am very happy and proud to see the development in Seremban, but at the same time hoping that the local authority to improve the existing facilities and maintain it to make it more efficient. The clenlines of the city should be maintain and put more trees around the city to create a peaceful surounding.


Monday, June 22, 2009

Pengembaraan Panglima Bukit Putus (Episode 2)

Bawak kete ke Melaka dari Kolumpo selepas bepanas, bepeluh, terjerit-jerit macam pakcik gila menyebabkan Dato Panglima Bukit Putus berasa insaf sebentar. Insaf sebab mengeluarkan tenaga berlebihan tanpa sedar yang dia kene bawak kete ke MELAKA sorang-sorang. Untuk menghiburkan hati, bukak la radio omputeh.. sobab omputeh neh nyanyi eh laju-laju, tak paham bona.. so sodap la medonga eh~ nak ikut nyanyi tak ghoti.. jadi donga ajo la. kuk mengantuk, bukak tingkap, bia muko dilempar dek angin luar tuh.. bilo sodar-sodar ghambut da macam singo jantan, baghu la nak tutup tingkap.


Bilo bawak keto nih, Dato Panglimo pon bawak mengikut peraturan la.. kok speed limit kato 110, bawak la 110 km/j. Apo yang dibongih (marah) eh, oghang keto bosa nih goma mencucuk-cucuk keto Dato Panglimo. Padahal da tepampang speed limit koba 110 km/j, nak yo belumbo. Nih oghang-oghang yang suko bawak laju-laju nih oghang yang duduk seboghang tambak johor nun. kek neoghi eh x buleh nak bawak lelaju agak eh, takut maghah dek lee kuan you. Mulo lah nak lopeh gian kek sini.


Bilo sampai yo sempadan melako, dah ghaso aura MELAKO ke dalam darah Dato Panglimo Bukit Putus. Ghaso macam dalam cito dulu-dulu pulak. Mulo la Dato Panglimo bermonolog sensorang dalam keto mcm oghang gilo. Nampak dek acik keto sebolah, toghuih dio geleng palo.

" pedulik apo dek den, tak do den kacau kau do.. sampai ko nak tegeleng-geleng kepalo.." kata Dato Panglimo sensoghang dalam keto.

iyo la, dulu, Dato Panglimo nih ponah belakon dalam teater, tajuk eh, Jebat. tuh yang jadi tak tontu aghah tuuu. Sampai yo Dato Panglimo kek Bandar Melako, melilau (mato berkeliaran) la dio mencaghik mano lotak eh Banda Hilir, dulu sonang yo nak caghi, (8 taun lopeh), skang neh, nek moyang bebolit jalan eh. Nasib baik da study google map sebolom datang. Bilo dah jumpo, parking eh pulak yang susah nak caghik.. pusing punyo pusing, tak yo jumpo. Bilo x jumpo parking eh, poi la Dato Panglimo ke tompek yang paling banyak parking kek Bandar Hilir tuh. Mesjid. Semayang Asar kek MASJID SELAT MELAKA kek Pulau Melako. Cantik eh mesjid eh.. teghapung ateh laut, menghadap Selat Melako.

Da sudah tuh, Wa, salah soghang Mentoghi Pinang Sebatang, tepon Dato Panglimo untuk soh datang ke Hotel Mahkota. Sampai jo hotel, toghuih parking and naik ke bilik. apo perasaan Dato Panglimo ketiko tuh???

"PONEKKKKKK!!!!!"

lopeh mandi, diajak dek Mentoghi-mentoghi neh poi mencokik (makan) kek kodai makan De BALI kek dopan otel tuh. mahal yo makanan eh. termonung kojap bilo tengok ghogo eh. yo la, da beso makan mughah. tapi sobab bawak title Dato Panglimo Bukit Putus dalam persidangan nih, SOSAH ajo laaaa~ minum organic cherry yang tak bekonan dek anak tokak dengan nasik lomak lotak kari ayam yang buleh tahan ghaso eh.

lopeh jo melantak, poi excersice kaki pulak. Poi la ikut si Wa, Opik, Sya, Mia, Ain, Sharul, Kema. Yang jadi pulis eskot eh sepo lagi Dato Panglimo Bukit Putus, Arip, n Tom. Poi Jonker Walk. dan malam tuh da terlanggar la pantang BOSaR Dato Panglimo! Poi shopping! da cubo sonyum, tapi tak maun deh. KOTATT yo muko. Walaupon bembanghang yang dijual eh ntah apo bondo eh, tapi bebudak pompwan nih akan cakap macam nih,

"...eehh comel ehh kelopai (beg) nih..."
"..cantik ehh eh kasut nih haa.. ado bulu-bulu.. "
".. padan bona baju nia ha.. kok nak bawak ke mencester nun haa, elok bona.."

ditawap eh la Jonker walk tuh daghi ujung ke ujung. kaki Dato Panglimo da macam robot da.. jalan sendri jo. yang terseliuh aghi tuh ghaso macam nak tecabut. kok ado koting(kaki) lombu, ingat nak mintak koghek, operate, ganti kojap. yo la, yang blaja jadi doktor eh pun ghamai mengikut, buleh tolong bodah..
Ending eh, sobab x tedayo nak bejalan, naik la beca kek kodai makan. nak tambah an tenago. ponek bejalan (sebonar eh ponek tegolak tak beghonti-ghonti, kok buleh tukar jadi tenago letrek, buleh menyalo setaun lampu umah agak eh). lopeh tuh poi la amek gambar kojap kek dataran pahlawan. tak sompek bona nak amek gambar, sobab ado abang usrah tuh ashek mengeser (duduk dekat) jo kek topi tuh. da lewat bona agak eh. bebudak nih pulak ashek tegolak jo. dioghang ingat lagsuir agak eh, tuh yang datang nak topung tawar tuh. beghansur la memasing balek otel.. membuto.

ESOK PAGI eh, cadang nak poi beghondam kek swinmming pool. tapi x buleh. peraturan eh kono pakai baju mandi. Dato Panglimo pon tanyo la baju mandi cemno kek abang pulis pool tuh.

" yang pompwan kono la pkai swimming suit, tak boleh pkai tshirt... yang laki pkai suar pendek atas lutut, tak pun pakai spender " kato pulis jago kolam tuh

"..uiii aiii.. tak apo la.. "

nak buek cemno. Korang nak tengok Dato Panglimo pakai spenda kek kolam ronang? bek lupo an jo. tak sanggup Dato Panglimo nak bayang an do. Dato Panglimo pon kato dalam ati eh,

" Buek namo jo Hotel Mahkota. Tapi sistem eh tak mesra pelanggan. ado ko disughuh eh den bogel, kek sini. dio ingat nih kek kelifornia agak eh? kok oghang Islam nak mandi dalam pool nih, sumo kono bogel? tak kempunan den doh nak mandi kek kolam kau nih. simpan yo la air kolam kau buek basuh jenazah kau bilo mati besok..." aihhh kogheh bunyi eh tuh.

Dato Panglimo pun bekomeh cecopek. kol 11 toghuih cek out, poi mentedaghah kek Mahkota parade. BOSAR yo tompek eh. peh makan, poi ZOO Melako. menziarah boghuk, gajah, tapir, zirapah. SOMPEK yo daftar namo sebagai PELIMIH kek konter SPR kek dalam zoo tuh. sok kok ado pelihan rayo kocik kek somban, buleh la mengundi!

Baghu jalan kojap, da lolah memasing, bekuah ketiak ghaso eh. langsung naik ketapi. suko ati memasing. paling suko ati bilo dapek tengok gajah. gajah tuh macam kono sumpah pulak. ashek kedopan, kebelakang, kedopan, kebelakang.. apo kono eh ntah. Lopeh tu tengok PERSEMBAHAN orang utan kat zoo melaka pon best gak, pandai oghang utan tuh, (apo namo eh ntah, Marlina agak eh). cukup trening diboghi dek tuan eh. Burung kakak tuo tuh pon pandai. TAHNIAH kek pelatih-pelatih zoo!

da nak kol 430 baru betolak balik. tapi memang pueh ati sobab dapek jenjalan dengan kengkawan lamo. kuek botol tali eh. suko bejumpo. tegolak macam nak ghuntuh umah. ado yo bondo nak dibuek cito. Dato Panglimo dalam ati eh nak mintak maap la kek kengkawan kok ado salah silap. muko eh kengkadang tuh kotat yo tuh bukan apo, memang macam tuh. dio bek bepantang bershoping. poi Pavilion kek kelumpo pon menyampah bona ghaso eh, walaupon jalan satu floor ajo. lagi pun Dato Panglimo nih kaki eh sakit, terseliuh tuh tak baik bona laie. kok kuek kaki tuh, menaro taming sari tuh dipanjek eh.

tuh jo la pengembaraan Dato Panglimo Bukit Putus yang memang menyeronokkan bilo dialami berbanding diceritokan. Akhir kato,

"kok nak membuto yo, baik tuksah nak melancung..."

patut disomat dalam ati sanubari setiap insan. Semogo ado lagi gathering macam neh pado maso akan datang.