Sunday, March 28, 2004

Yea ker?

Hari tuh entah kenapa, ustat aku tanya pasal result pekse aku.. aku bagi jer la tau.. peh tuh dia tanya pasal penglibatan aku kat sekolah.. masa tuh waktu rehat.. aku pon tertanya-tanya...

Dan pada minggu depannya, berlaku la satu benda yang aku sendri tak dapat nak katakan..

Masa perhimpunan mingguan hari isnin, nama aku telah dipanggil ke pentas untuk menerima Anugerah Pelajar Contoh Bulan Mac.. aku terkejut.. aku rasa budak macm aku nih pon layak nak dapat anugerah tuh.. Aku dapat RM 50 ringgit dan sijil. Tapi sijil tuh sijil kosong ajer.. Ustat bagi tau aku, nanti dia kasi sijil yang penuh.. kalo korang nak tau.. tak silap aku, sebelum nih, tak penah ader anugerah pelajar contoh ikut bulan.. tetiba jer ader anugerah.. ntah aper la nak jadi neh...

Kengkawan aku sumer ucap tahniah kat aku.. sebenarnya ramai lagi yang layak.. tak per la.. mungkin tuh da rezeki aku.. yang penting, aku dapat melalui jalan yang halal.. tak da KABEL yea!

Aku ingat masa kecik-kecik dulu, makcik aku penah kata anak dia penah dapat anugerah pelajar contoh kat sekolah.. Jadi mak bapak aku tak payah la nak rendah diri, sebab aku pon da dapat anugerah tu..

Thursday, July 12, 2001

Leman Tungga : Cito 1

"Tangan angkek"
"Tangan jatuh"
"Sonang diri"
"Jago sedio"

Tuh la kojo Leman tetiap pagi selasa sampai jumaat mengarah an bebudak kelas beghatur sebolom masuk kelas tetiap pagi. Diulang la sampai bebudak sumo sonyap dan baris lughuih.

"Kau nak masuk kelas copek, elok la lughuih an baris tu ha.. kang datang cikgu Jenal, di tompek eh kang, tak menanah telingo kang..." teh Leman, ngingat an bebudak nih.

"Woi leman..budak kelas lain da msuk kelas da ha.. kau nak kito bebaris sampai bilo nih. Den da polak da nih ha... "

Da ado komplen da, sogho macam si Ali pendek. Da la pendek, duduk blakang. Mano nak nampak batang idung. Ghaso nak luti an yo kepalo budak ketot nih..

"Aaa.. moh la masuk.." teh Leman..

Bebaris la bebudak kelas Limo Gotah masuk kelas.. Yo la, duduk kek kampung nih, namo kelas pon nak kono guno hasil kampung yo, Gotah, Sawit, Koko, Kelapo.. nih sobab dek cikgu bosar eh la yang tak botol kepalo eh.. ado ko pokok sawit dio lotak namo kek kelas, skang bilo cikgu bosa baghu da masuk, heboh cikgu-cikgu nak tukar namo kelas, lotak namo buah..

Sayup-sayup nampak Cikgu Jamaliah yang tongah saghat mengandung tuh menjinjit beg itam, sambil tangan kiri eh bawak buku latihan. Kek bahu eh tuh tesandang kopai meghah menyalo.

"Leman... meh tolong cikgu nih.." sambil di bagi eh buku-buku latihan tuh untuk diagih agih kek bebudak nih. Nih latihan matematik ari rabu ari tuh.

Mencieh poluh kek dahi Leman bilo dapek buku latihan matematik tuh.. Beso la, kok da lomah buek matematik memang manjang bepoluh yo.. Dulu, jam oghang sibuk mengantar anak-anak poi tuishen, heboh la Leman kek apak eh nak poi tuishen matematik..

Tapi mandang an apak Leman nih kedokut taik idung masin, apak eh pulak yang beghiyo nak mengaja tuishen matematik kek si Leman nih.. Lompang lompung umah Leman bilo kelas tuishen Matematik bemulo.. Tuh dek gaghang eh abah Leman yang kedokut tuh..

"Bangun semuaaaaaa......" Leman bagi arahan.

Si Alep yang duduk leko tongah botolkan necktie yang mejelo panjang eh tuh, tesontak toghuih bagun macam askar. Mato eh tekobil kobil macam lombu lopeh kono halau.

"ASSSALAAAAMUALAIKUMM CEKKKGUUUUU~~" teh Leman.

"Waalaikum salam. Ari nih saya nak suruh lima orang baca sifir.. "

Bedoghau daghah Leman. Ado lak pop quiz pepagi nih...

"Aiii... cilako eh.. den tak hapal laie sipir tigo nih haaaa.. camno???" bisik Leman kek Amit.
"Sipir ompek ekau apal?"
"sipir ompek lagi la den tak hapal!!!!"
" Abih sipir apo yang kau hapal?"
"..sipir satu, sipir duo, sipir limo, sipir sepuluh..."
"tak pek den nak nolong eh tu do... besiap an yo la telingo capang kau tuh"

"Shahmi.. baca sifir enam," kato Cikgu J pado Shami.. budak jawo, tapi dio nih tak ponah nak mengaku jawo. Ntah apo nak dimalu an agak eh.

Dibaco la sipir onam tuh laju macam oghang hapal surah patihah tuh... tak sampai setongah minit, siap.. Kombang kompih idung Shahmi lopeh baco sipir, sambil tuh tangan eh mengibeh-ngibeh an necktie eh.. banggo la tuh~

"Sulaiman.. baca sifir tiga..." kato cikgu J kek Leman.

Buntang mato Leman.. Leman bangun dengan pelahan lahan.. mato eh melilau pandang oghang lain. Tangan eh mengkaih-kaih pensil kontot ateh mejo tuh. Muko eh da pucat da.. Napeh ditaghik dalam dalam..

"Cikgu... Leman da baca sipir lima minggu lepas.. " teh Shahmi sambil sogho sepaghuh menjoghit..

Sumo oghang sonyap...

"Ohh yea ker.. tak per tukar orang lain.."
Nasib baik si Jawo tuh ingat an kek cikgu, yang Leman da baco sipir limo minggu lopeh.

bersambung..

Monday, January 22, 1996

Sekolah Baru

"Blaja gheghajin, sini bebudak eh pepandai.." kata mak aku masa aku pindah ke sekolah baru, selepas bapak aku dapat tukar ke Kuala Pilah.

Sekolah aku yang baru ialah, Sekolah Kebangsaan Kuala Pilah.

Bila aku masuk jer sekolah tuh, aku dapat rasa aura pandai yang jelas dirasai. SEBAB, semua budak kat situ pakai necktie. Masa sekolah sebelum neh, pengawas ajer yang pakai necktie. Kat sini sumerang bleh pkai necktie. Necktie merah, ader lambang sekolah.

Aku masuk kelas 3 Mawar. Cikgu kelas aku sangat la garang. Macam singa bunting. Memang masa tuh dia tengah preganant pun. Aku tak berapa suka dia sebab dia suka buat congak, setiap kali masuk kelas. Congak ader 10 soalan matematik, kene jawab secara terus, sebab soalan diberi secara lisan. Cikgu aku suka pkai bedak sejuk, dan bedak tuh kuat baunya.. bagi aku, kalo terbau bedak sejuk tuh, aku akan dapat rasa aura membunuh... SIFIR, CONGAK, SIFIR, CONGAK!

Masa nih, kawan aku panggil nama aku A. Berbeza daripada sebelum nih, kawan sekolah aku panggil aku dengan nama K. kawan pertama aku kat situ, adalah, hmm.. x per la, tak yah bg tau nama. Aku dengar kawan baru aku neh berak dalam seluar masa darjah 1. Kesian dia.. Sebab dia membawa imej pelajar yang penah berak dalam seluar..

Sekolah baru nih sangat LAIN.. memandangkan sekolah nih boleh dikatakan menjadi tumpuan pada setiap penduduk pekan Kuala Pilah, jadi ia menjadi sangat lain. Dan tiap pagi aku akan dengar cerita dari radio yang diulang lebih seribu kali. Cerita Akik dan Ekok.. Sebuah cerita radio yang SANGAT bosan~


Sunday, January 22, 1995

Darjah Dua

Pagi-pagi lagi, dalam perjalanan ke sekolah, mak aku dah kasi warning kat aku, supaya jangan amek sebarang jawatan.. termasuk ketua darjah. SEBAB, tahun lepas, aku dapat no 14.. jadi Syafiq dapat jadi ketua darjah. Dan Farah Aini jadi penolong nya.

Aku teruskan kehidupan aku macam biasa. Cuma kali nih aku lagi berani, sebab aku dapat menguasai MAIN LONGKANG!.. ader longkang besar kat sekolah, dan aku bleh berlari atas longkang curam yang hampir 45 darjah tuh, dalam jarak 50 meter tanpa jatuh. terima kasih pada Uda, Fuad, Ramli, dan Ubaidah sebab ajar aku. Uda nih ashek nak menangis ajer. Selalu ader taik idung kering dalam idung. Geli aku. Tapi dia baik. Bapak dia keje penoreh getah.

Fuad budak yang putih-putih.. selalu semput. Aku tak tau semput tuh apa, tapi bila nampak dia tercungap-cungap, aku nampak dia guna satu alat tuh, dia sedut.. Ubaidah pulak orang dari bandar. Selalu pakai kemas kemas. dan selalu bawak mainan yang pelik-pelik ke sekolah. Dia nih kaya. Tapi pendek. Kesian. Bila ingat Ramli, seorang budak yang macho kat kelas aku, aku ingat burger Ramlee yang aku suka makan. Kulit dia pon macam burger lepas kene goreng.

Ari tuh masa kelas aku buat bising, Cikgu Fauziah masuk kelas, dan pukul budak-budak yang main-main dalam kelas. Aku sempat menyorok belakang almari. Tapi kawan aku kantoi kan aku, dan aku kene hempuk dengan buku kat bahu aku. Cikgu fauziah kata dia nak mengadu kat mak aku. Bagus.. on da way balik, mak aku marah aku.. Rasa macam nak bwat vodoo ajer kat cikgu tuh..

Saturday, May 28, 1994

Laksa

Setiap hari mak aku akan belikan makanan untuk aku waktu rehat.. tetiap kali rehat aku akan dapat makanan free ajer.. lagi pon mak aku bagi aku dwet belanja 30 sen jer tetiap ari.. dua posen aku simpan dalam teko, seposen aku belanja beli gula-gula.. kekadang aku pau akak-akak aku punya gula-gula.. sebab diorang suka beli gegula kat kedai nyonya kat depan tadika kemas aku dulu.

Hari nih nasib aku tak berapa bertuah, lepas aja aku beli laksa, aku tergelincir, pastuh tergolek. Laksa aku tumpah semua.. Aku rasa kesian kat laksa tuh sebab tak sempat aku telan... aku rasa nak menangis sebab lapar. Aku tak sampai ati nak bagi tau mak aku yang laksa aku da tumpah.. jadi aku balik ke kelas, sambil menahan perot yang lapar.. Pasneh aku kene hati-hati!


Wednesday, February 16, 1994

Mintak dwet tuh..

Aku ada kawan, nama dia Leman. Dia anak makcik tukang sapu sekolah aku, nama dia Cik Milah.. Hari tuh aku pegi beli keripap kat kantin.. Keripap tuh harganya dua posen. Aku bagi makcik kantin tuh dua posen. Leman datang ke kantin, dia pon nak beli keripap. Dia beli sebiji keripap. Dia kasi 50 sen. Aku nampak makcik tuh amek dwet yang aku kasik, lepastuh dia kasi kat leman. Lepas tuh dia amek seposen lagi, dan bagi kat leman..

Lepas tuh leman amek dwet tuh, dia simpan dalam poket. Aku tanya leman..

"Leman, tadi tuh dua posen tuh dwet den.. acik kentin tuh bagi kek kau yoo.. mintak balik dwet den.."

Leman budak yang sopan dan lemah lembut.. dia balas.. "tak boleh kerol.. nih dwet aku dah.."

"mintak la balik..." aku merengek..

Dia berkeras tak nak kasi.. Aku geram, dan cuba raba poket dia..
Dia tepis.. dan terus memecut lari..

Aku cuba kejar.. tapi tak terdaya... budak tuh lari macam pelesit..

Aku terus amek keripap dalam poket aku, dan sambung makan...

Balik tuh aku bagi tau mak aku.. dan macam bese.. mak aku marah aku..

Saturday, January 22, 1994

Ketua Darjah 1 Merah

Aku masuk sekolah rendah, kat Sekolah Kebangsaan Dato' Abdullah, kat area Gemencheh Lama. Sekolah pun lama..

Aku dilantik jadi ketua darjah oleh Cikgu Hayati. Mak aku tempah name tag aku. Warna Nametag tuh warna ijau, bawah tuh ader tulis Ketua Darjah.. Tempah kat cikgu Badar. Penolong aku namanya Farah Aini, budak itam manis, ader dua tocang panjang. Taik lalat kat tepi mulut. Suka pakai blouse.

Walopon da darjah satu, aku baca buku pon tergagap-gagap. Syafiq, sorang budak kelas aku sangat la handal membaca... dan dia sangat pandai.. tapi aku tak kesah sangat pasal mender karut marut neh... Ader sorang budak lagi kat kelas tuh, dia sangat kesian.. dan aku dah membulinya..

Kat sekolah aku selalu ader penjual yang datang jual macam-macam alat mainan. Ader jual pembaris, pelekat, dan ala bantu menulis khat. Aku selalu mintak kat mak aku untuk beli itu ini. Mak aku tak layan sangat. Penah aku mintak set pembaris nih, tapi mak aku tak nak beli. Aku terus boikot. Tak nak cakap, sampai la mak aku pujuk, kasi dwet untuk beli. Aku suka ati.