Saturday, November 24, 2012
Bila masa berlalu
Bila masa berlalu, kita semakin hampir ke titik akhir sesuatu perkara, contoh macam dah nak bersalin ka, nak abis waktu kerja ka, nak abis homework ka, habis zaman bujang ka atau mungkin habis masa hidup di dunia ni...
Aku rasa masa berlalu begitu cepat, tapi sebnarnya sama aja, cuma banyak membazir masa, tu yang rasa cepat tu..
Aku bakal mengakhiri zaman bujang aku ni, dan aku rasa baru saja habis belajar dan banyak benda yang berlaku berlalu begitu cepat. Banyak benda lain yang aku rasa patut aku buat, dan aku masih belum buat. Tapi yealah, nak buat semua, nak travel ke semua tempat memang takkan penah puas dan sempat. Jadi patutlah aku buat perkara yang lagi penting berbanding perkara yang lain.
Majlis di Kedah bakal didakan pada 22 Dec, manakala di pihak lelaki 29 Dec.. Aku harap masa tu bukan hari pilihan raya dan cuaca baik pada waktu itu. Diharap majlis kami berjalan lancar. Kawan2 semua dijemput hadir... :)
Monday, August 6, 2012
Cobaaan...
Macam-macam.. bila hidup saja di dunia ni, kalau tak ditimpa dugaan dan cabaran, kita tak akan kuat untuk menghadapi dugaan yang lebih besar. Bukan kah sejak kita lahir lagi, kita diuji dengan pelbgai jenis ujian dan halangan. Bukan setakat ujian di tadika, peperiksaan upsr, pmr dan spm aja, tapi untuk membesar dari bayi kepada kanak-kanak dan remaja terus ke alam dewasa itu sendiri mempunyai dugaan tersendiri. Nak pandai naik basikal, kene jatuh dulu, nak pandai main counter strike kene head shot bnyk kali dulu, nak pandai masak, lauk rasa mesti mcam haram dulu.. haa.. dari situ lah kita balaja untuk perbaiki diri...
Ingat lagi boss (Operation Manager) di kompeni lama dulu ada kata,
"lu aaa.. kalau saya bagi saya punya position sama lu, lu lasa lu boleh handle ka itu ploblem?? sume olang tala bole kasi jump telus jadi bos kalo tala mula dali bawah... lu punya position ini kita anggap sebagai plepalesion. Kalo sula pandai, kita kasi naik"... amanat terakhir sebelum dia resign sebab tak tahan kene tiau dgn general manager (kottt)...
Betol jugak kan? Tuhan tak akan bagi ujian kat kita kalau kita tak mampu nak mengharunginya. Ini janji Tuhan pada kita. Tapi bukan makna tuhan tak kan bagi kita ujian, cuma tuhan akan beri pendedahan pada kita dengan ujian kecil sebelum mendapat ujian yang lebih besar...
Gambar kat bawah ni tak da kene mengena dengan apa yang aku cerita kat atas...

Ho Chi Minh, April 2012
Ho Chi Minh, April 2012
Singapore, April 2012
Subscribe to:
Posts (Atom)