Sunday, January 31, 2010

Dunia baru

Hari nih dah genap sebulan aku keje kat seremban.. kat sebuah kompeni pembinaan yang baru nak tumbuh...

aku nak cerita nih pasal perasaan aku sebagai seorang budak (BUDAKKK KERRR???) yang baru keluar dari alam pembelajaran. Aku rasa sekarang aku kat tempat asing seperti di gurun gobi yang sejuk.. atau gurun atacama yang kering.. kat sini semuanya kasar.. semuanya besar dan semuanya DUEEEETTT...

Kat sini aku blaja pasal kehidupan.. masa aku praktikal dulu, aku rasa aku diberi tanggungjawab kecik.. jadi tak da la aku nampak benda-benda besar macam nih.. tapi kali nih, aku kene galas tanggungjawab yang besar dan berat kat bahu aku yang tegap neh (TEEGAPPPP KERRRRR???).

Tapi.. apa yang paling aku ingat sekali dalam hati nih, masa belajar kat sekolah dan universiti adalah tempoh yang amat menyeronokkan dan memberi seribu satu kenangan yang tak terhingga. Aku bernasib baik, sebab masa dulu, aku ader masuk aktiviti sampingan. Jadi takda la rasa terkilan sangat nak tinggal kan dunia remaja..

Aku sedang masuk ke fasa kesunyian alam. Fasa nih menyebabkan aku rasa aku sorang ajer kat dunia nih.. dan bumi berputar laju mengejar waktu. Dan aku masih lagi melihat dunia yang berganti siang malam tanpa henti. pergghh.. nak muntah aku.

Adakah ini sebenarnya tujuan hidup aku nih.. Keje seminggu 6 ari.. macam robot.. keje pagi petang malam.. nasib baik duduk umah sendri.. nasib baik ader tenet.. bleh chatting.. baca blog.. Kalo ader aper-apa masalah aku cerita kat family aku.. bapak aku la yang cuba memberi pandangan.. nasib baik mak aku pandai masak.. balik umah sonang ati bilo tengok lauk yang best..

Aku harap aku akan menjadi seorang manusia yang berjiwa kuat, matang, dan berfikiran terbuka demi merealisasikan impian yang diimpikan.. yea.. aku ada satu matlamat hidup yang pasti akan menjadi realiti satu ari nanti..

Pohon selasih permainan budak,
Berdaun sehelai dimakan kuda,
Bercerai kasih bertalak tidak,
Seribu tahun bertemu jua..

Friday, January 22, 2010

Aku nak mogok..


aku da 4 kali delete post yang nak aku publishkan.. sebab aku rasa malas plak nak share masalah peribadi kat blog aku yang macam pundung lama nenek aku dulu.. banyak sampah daripada benda yang berguna..

aper pun aku nak bagi tau.. aku sedang menaip.. fikiran aku tengah kosong tak tau nak tulis apa.. kekadang aku rasa aku nak terbang.. melayang diudara..

aku nak berehat, duduk kat air terjun, mandi, berenang dan bertenang.. hati aku perlukan pengubat.. jiwa nih da macam lautan api..

aku perlukan sesuatu yang menyebabkan otot muka aku aktif untuk tersenyum.. Tersenyum.. dan tersenyum.. tapi bukan mcm orang gila la yea..

tapi apa yang aku dapat buat skang? cuma duduk depan pc, update blog. merenung masa depan yang tak menentu..

Aku dah bwat keputusan!

Aku nak mogok.

Aku nak mogok..

Aku nak mogok...

Jangan mengalah!!

FIGHTINGGGG!!!


Saturday, January 16, 2010

Kektus saya (iii)


grafted cactus.. atas tuh aku tak tau apa nama dia.
tapi yang bwah tuh daripada jenis oppuntia.

stakat nih, ini jer grafted cactus yang menjadi


pergghhh... aku suka ati giler nehh.. pokok kektus aku yang aku kacuk dah menjadi. Dulu masa aku fom 1, aku try la nak kawinkan kektus nih, tapi ashek tak jadi jer. ntah kenapa. sebab teknik tak betol agaknya. so entah napa, dua minggu lepas, aku pegi la search kat google caner nak grafting cactus. so aku jumpa la beberapa website. dan ini sangat membantu. anyway, grafting cactus nih banyak kelebihan dia selain mempercepatkan pertubuhan kektus, dia akan menghasilkan kektus yang berkualiti dan bentuk yang unik. try la usha kat website kat SINI. kalo korang berminat dan perlukan tunjuk ajar, aku bleh jer bagi bimbingan dan nasihat yea.. ngehehehehehe..


skang dalam meja aku ader beberapa jenis kektus masih dalam proses ekspermen lagi untuk dikawinkan.. heharap, menjadilah..

Friday, January 15, 2010

Leman Tungga : Cito 2



Bilo tibo waktu rehat, Leman pun bawak la boka mee hun yang di bungkuih dek omak eh daghi umah..

"Bawak mee hun lagi ker?"
"Si jawo tuh da datang laieeeee, " teh leman dalam ati eh..

Budak seko nih beso mengecak yo kojo eh.. buleh dikatokan dio nih tak ponah nak bebelanjo kek kantin apotah laie membawak bokal ke sekolah, abih sumo bokal kengkawan dibalun eh.. Memang osah kepiting eh. Duit belanjo eh habih disosah kek kodai game jo.

"Aah.. meh la skali.." gamit dek Leman sambil bukak bokal tuppaware merah eh.
"Ari nih den bawak sudu..." teh si jawo tuh.. "Den ghaso dapek ghaso kau bawak meehun ari nih.. tuh yang siap bawak sudu tuh."

Leman meghunung muko Shami yang bulat tuh.
"Aiyooo.. osah botol.. siap da sudu eh nak melahap meehun den.. " bisik Leman dalam ati sanubari eh.

Makan la budak beduo tuh sesamo topi longkang dopan kelas diorang... Kek sekolah nih memang beso makan topi longkang.. longkang tak basah do, tak po..

Shami mulo menyuap meehun kemulut lopeh jo Leman merasmikan meehun eh..

Leman nengok si jawo nih macam limo aghi tak makan.. kombang kompih lubang idung eh yang macam pelopah kelapo tuh sambil melantak mihun.. kekadang tecokik sobab banyak bona mihun di sumbek an ke mulut.. Bulat mato eh menahan podih kek anak tokak. Dicapai eh bokal air Leman, langsung digogok eh...

"Nasib baik tak mati," teh Leman kek kawan eh tuh.
tesonggeh Shami sambil memulang an bokal air Leman yang da belumat dengan minyak mihun kek bibir bokeh air tuh. Leman yang tenampak ado sebutir siso mehun melokek kek bokal air tuh, teghuih dijontik eh siso mihun tuh, langsung tekono kek gambut kerinting si Shami tuh. Shami tak perasan. Dio leko menyuap mihun ke mulut.

Sayup sayup nampak si Jenal belolah datang ke arah mereko beduo..

"Nih soghang laie.. Diorang ingat yang den neh bawak bokal nak memonuh an tempolok anak oghang yo agak eh..." bisik Leman dalam ati.

"Abih laaa me hun den..." bisik ati Leman lagi.

"Nak meehun Jenal??" Leman mempelawo si Jenal.
"aaaa... Buleh yooo..Haa.. ensot la sikit.. den nak duduk nih.." balas Jenal.
"Nak poi mengoca tak?" tanyo si Jenal
"Kek mano? Ompang ko?"
"Mano lak laie? Kan situ yo tompek eh.."
"Bilo?"
"Pagi sok kol lapan, bwak tangguk bosa kau tuh samo.. kumpul kek umah den.."

Leman mandang balik kek muko Jenal yang tongah ngunyah meehun. Dengan mulut besemumeh tuh jenal menyuap lagi meehun kemulut. Belago-lago sudu dio dengan sudu si Shami dalam bokeh meehun yang sompit tuh.

"Buleh kot" teh Leman, dengan nada kompem.

Bilo Leman nengok bokal eh, mehun da habeh..
Leman sonyum yo kek si Jawo tuh.. dalam ati Leman, " Naseb baek kau selamat an den pagi tadi.. kalo tidak, da den cokik an leher kau.."

..bersambung laieeee...


Monday, January 11, 2010

Kisah Solat Jumaat

Dulu aku ingat lagi masa aku kecik-kecik.. aku masa tuh dalam umur 5 tahun kot. Tak pun 6 tahun.. tetiap ari jumaat aku tengok bapak aku gi semayang jumaat. aku nak ikut, tapi bapak aku tak kasik. kata aku nih kecik lagi.

Lepas tak bapa lama, aku rasa entah bila, bapak aku kasi ikut gi semayang jumaat. excited la aku. memang seronok bila pegi kali petama ke masjid. jumpa ramai orang. tok guru yang ajar aku ngaji pon aku ader nampak semayang sama kat situ. ramai kengkawan ayah aku kat situ.

aku suka tengok bila khatib baca khutbah, camner cara dia pegang tongkat, bagi khutbah. ader dua imam bertugas kat masjid tuh. ader sorang tuh imam yang suka menangis. pantang la ader isu sket dalam khutbah, dia menangis sedey. tak da la meraung beb.. sebak dalam dada jer..

bila balik, aku gi cari kayu penyapu tros jadi khatib. bertenggek la aku atas bendul umah. baca entah apa-apa yang aku try nak tiru khatib tadi. beestt..

aku gi semayang jumaat sesama dengan bapak aku sampai aku form 2. so, bila nak semayang aku dok sebelah dia. aku takda la nak main sep tiang ker, lari-lari ker, bising-bising ker. dok jer diam macam patung. bila dah balik semayang, bapak aku tanya, apa khatib tuh cakap. tuh la pengalaman aku semayang jumaat.

skarang nih bila tengok, anak-anak yang gi semayang jumaat, bisingnya... yea la, mesti bapak memasing tak da, diorang gi keje. so, tak dapat nak pantau anak-anak. kalo ader pun, bapak semayang saf depan, anak-anak solat saf belakang. kalo anak jadi musang pun bapak dia tak tau. yang dia tau anak dia budak baik.

didikan dan asuhan seorang bapak nih memang penting, supaya anak dia jadi 'orang' bila da besar nanti. takda la jadi 'musang'. jadi nasihat aku pada pada diri aku dan kengkawan aku yang bakal jadi bapak, didik anak-anak sebaik-baiknya dengan disiplin. supaya dia menjadi lebih baik dari kita. doakan jugak bila da besar nanti kita tak kene sembelih atau kene bunuh dengan anak-anak kita, macam kes kat gemencheh ari tuh. Good luck para bapa muda.

Thursday, January 7, 2010

Budak baik

Hi.. nama saya Shin Chan edisi melayu. Dan ari nih saya nak bagi tau apa saya bwat kat umah..

pagi-pagi saya bangun tido..


lepas tuh saya tengok cermin..


lepas tuh saya baca sokabar kat intenet

sebelum sarapan saya workout dulu

lepas sarapan saya baring-baring macam tenggiling


pastuh saya tengok tibi.. tengok jer.. tak pasang pun..

saya basuh pinggan.. habis basah tangan saya...

petang pulak saya berlatih main golf dalam bilik..
susah betol

saya akan siram pokok kektus bila ada kelapangan masa


saya juga suka membaca sambil bebaring

melukis dan mewarna adalah kegemaran saya

membaca komik juga hobi saya pada waktu malam


saya juga akan tido awal

memang saya tak tau nak bwat apa.. jadi saya tuliskan la benda-benda pelik.. saya da mengantuk.. saya nak tido dulu yeaa~~