Wednesday, July 29, 2009

Meletop wehh..

Artis-artis yang bakal meletop

Ari neh, show mime dari group teater aku.. dan aku pon telibat la jugak dalam mime neh.. nih penglibatan aku kedua dalam show mime untuk semester neh. Sebelum nih aku tolong senior-senior teater aku bwat promotion mime kat Central Market.. kat annex ker ape ntah namanya.. aku pon tak tau..

Masa tuh, aku bwat la freeze.. berdiri tegak macam patung.. pastuh, bwat la satu dua piece mime, sambil dibantu oleh kawan-kawan aku membagi-bagikan flyers pada orang yang lalu lalang. Memang cara nih dapat attract attention orang yang lalu lalang.. Ader budak tuh cakap kat bapak dia..

"Papa.. itu orang betol ker patung..."
"Patung..."
"Orang betol la.. tadi nampak tangan dia gerak.."

Sampai skang aku tak boleh lupa, aku da membuat mender yang memalukan tuh.. walopon macam agak malu, tapi aku nasihatkan diri aku, mender-mender nih cuma perkara yang terjadi dalam hari-hari yang berlalu..nih untuk jadikan aku berani la kononnya~ so tak der la malu sangat..

Untuk show kedua nih, aku dengan si ugly toad draft la jalan ceritanya.. Memula nak bwat stail sound effect, tapi dah konsep kene pkai alam sekitar, sempena debat alam sekitar tuh, kene la bwat ikut konsep..

Naseb baik si mamat tuh banyak idea.. menarik la jalan ceritanya, kemudian idea tuh di ditokok tambah lagi dek bebudak mimers yang lain.. Untuk yang mime kali neh, aku jadi pencerita.. jadi tak der la pakai makeup. (bagi la peluang kat junior-junior belakon)

Dan persembahan tuh mendapat sambutan yang sangat memberangsangkan dari semua pihak. Aku tengok Dato' Rektor aku tuh ashek tesengeh ajer tengok bebudak tuh bwat persembahan.. (mungkin sebab suara aku yang meriah kot???). MENTERI PON DATANG WOIITTT!!

Aku rasa puas hati sebab show kali nih berjaya dengan cemerlang. Aku tak sabar untuk show yang akan datang!!!!

Thursday, July 23, 2009

Pantun : Menanam lada di pinggir bibir


Memandangkan ari tuh aku moody yang teramat sangat, aku telah berjaya mengarang sebuah pantun agung untuk menjadi panduan dan nasihat pada diri aku sendiri.. semoga segala yang berlaku ada hikmahnya..


Mulut cabul elok dilado,

Mogo lopeh azab nerako,

Bilo dicadang memang mengado,

Disughuh buek macam cilako.


Poi KLIA naik limo,

Singgah kojap kek Melako,

Jangan nak menyial samo Panglimo,

Sok jiwo tersekso lako.


Poi sungai pikul jalo,

Tersangkut dokek pokok lado,

Nak besabar sampai bilo,

Ashek pedajal dek oghang mudo.


Bawak keto dalam ghibut,

Mulut sibuk mengunyah lado,

Kok tak nak jangan disobut,

Tibo maso mengado-ngado.


Tobeh lalang guno paghang,

Paghang tajam memang bahayo,

Sumo bondo nak ikut oghang,

Memang polik peghangai manusio.


Tanam lado pinggir bibir,

Bibir tobal meghah belako,

Kalo peghangai da macam tapir,

Elok duduk zoo melako.


" Apo salah den..? Tak pueh ati ko?"


p/s : pantun nih banyak perkataan lada sebab hati yang panas~


Monday, July 20, 2009

Lama dan disayangi

Aku pecaya korang mesti ada mender lama-lama yang ada kat umah korang kan? Ada yang bela kura-kura sejak tahun 70' an ada yang simpan beg lama, ada yang simpan keter dan macam-macam. Kali nih aku nak share sebahagian khazanah-khazanah lama kat rumah aku, and protected oleh pihak berkuasa sebagai warisan dunia.. walopon mender-mender nih tak kekal, tapi kita still sayang dan jaga mereka elok-elok.. JOM kita tengok!!!!

Nih adalah henpon aku.. Aku beli pakai DUIT sendri, beli masa nak masuk U dulu. Aku sayang henpon nih sebab ader message-message comel yang aku dapat dari kawan-kawan aku. So sayang la nak tukar baru, takut terdelete.

Henpon nih berkonsepkan bunga-bunga kerawang yang dilukis sendri dan ada gak yg dilukis oleh adik beradik dan kawan-kawan yang dipercayai. Harga henpon nih skang sangai tinggi nilainya pada aku, penah hilang 3 kali dan terakhir skali dijumpai oleh orang Putrajaya, dan aku, papa, kak ija pi jemput henpon aku nih kat Putrajaya.. Hebat tak?



Ini Moto bapak aku. Dibeli masa along aku lahir. Umur 25 tahun.. bleh pi lagi ke pekan SEREMBAN dengan speed 50 km/j. Aku ader la maintain motor neh dulu.. tukar itu ini. Aku bwak moto nih ke sekolah stat dari fom 3 lagi (illigally). Sumbangan moto nih banyak tak terhingga, ramai orang yang blaja nak bawak moto guno moto nih.. termasuk la sepupu aku, adik beradik, kengkawan aku. Nih la satu-satunya "abang" aku kat umah..


Nih kerusi rotan.. walopon kerusi baru da ader.. tapi betapa sayangnya pada kerusi rotan nih, masih lagi dipelihara dengan pelbagai modifikasi.. Dah ujud sebelum aku lahir lagi.. dan aku tak tau bapa umur dia yg sebenar.. mak aku kata beli masa pindah rumah first kat Bukit Rokan Utara, so mgkin umur dia 25 ++ tahun gak. Kecik2 dulu aku suka melompat2 atas keusi nih.. Kerusi rotan nih penah jadi jerangkap samar sebab bnyk paku terjulur yang memerangkap baju korang kalo korang tak berhati2.. skang da ok daaa~~

Tak da barang yang dapat celen umur lesung batu umah aku. Di peroleh dari uwan aku. Dengar cerita lesung nih dipahat dari batu granit Nigeria dan ditempa dengan emas tulen dari Morocco dan di jual oleh pedagang Arab pada nenek moyang aku yang jadi pedagang masa zaman Melaka dulu. Tuh nampak tak yang kuning-kuning tuh dalam lesung tuh. Arrr.. emas la tuh.. tuh la bila mak aku masak gulai, sentiasa sodap..


Apa pun yang palinggggg lama dan berharaga..

..

..

..

..

..

..

..

..


nih la mak bapak aku.. umur pon lebey kurang jer.. (umur dirahsiakan atas faktor keselamatan aku). Bapak aku nih kejer sebagai pengurus serahan negeri sembilan, kat ibu pejabat pos negeri sembilan, ( posmen la tuh). mak aku keje sebagai penolong kanan satu kt sekolah rendah rahang (cikgu). Diorang nih ader 6 anak. Aku anak ketiga. Diorang nih la yang mendidik aku n adik beradik aku sejak dari kecik.. Aku doakan mereka nih kekal bahagia sampai la bercucu cicit nanti, dimurahkan rezeki dan kesihatan yang baik dan sentiasa diberi rahmat dan petunjuk daripada Allah.

Friday, July 17, 2009

Highway Kajang-Seremban

Aku nih da lama menegok highway yang diorang bwat kat area blakang umah aku neh. Highway nih akan menghubungkan Seremban dengan Kajang. Orang Kelumpo panggil LEKAS. Orang kampung aku panggil 'Copek' atau 'Dogheh' atau yang lagi machonya 'Moh'.

Aku penah la lalu highway nih dari Nilai ke Kajang, naik moto, masa nak ke Kolumpo. Lagi pun highway area Seremban blom siap. Jadi jom ar tengok aper yang menariknya.. jeng-jeng jeng~

Diorang tengah pasang jambatan merentangi sungai dan jalan Kuala Klawang-Seremban. Diorang guna besi nih untuk rolling the concrete beam yang diorang da siap buat kat construction site. Diorang bawak beam tuh ke jambatan tuh guna lori, then transfer guna kren kepada roller beam nih.. pastuh, concrete beam tuh dioarang rollll kan pada beam besi nih untuk sampai ke coloumn yang satu lagi.. paham tak? (aku nih cakap bebelit-belit kan?)

Dari atas Bukit Dragon Ball, aku dapat lihat keadaan construction site yang amat menghairahkan engineer-engineer muda seperti aku.. (grad pon blom, da gatai nak jadi engineer)












Sebelum dan selepas.. (aku nampak lebih kurang ajer samanyer.. tak banyak berubah lepas dekat nak 7 bulan)

Bukit nih penuh dengan batu granite. Jadi diorang letupkan.. (I guess~) sebab banyak nombor-nombor 4 angka yang diorang da siap tandakan untuk meletupkan bukit batu nih..

Dan ini lah 'pencolek angek' yang digunakan untuk
membuat lobang pada batu-batu granite neh, untuk diisi
dengan bahan letupan (aku rasa la.. mungkin diorang tak letup tapi
bwat lobang then, pecahkan guna bedoza)











Sebelum dan sesudah.. habih bukit nih ditolak eh.. ghato da jadi eh..


Tang sini, bleh nampak Masjid Paroi Jaya, Stadium Tuanku Abdul Rahman, Pusat Akuatik, Pusat perindustrian Pantai dan Seremban International Golf Club. Boleh gak nampak hotel hilton, dan spital Tuanku Jaafar.. (Pepotang shok duduk ateh bukit neh)


Ini la binatang yang bertanggungjawab menjahanamkan bukit-bukit area sini. Terima kasih encik bull. Diorang menggunakan teknik Back and fill. Mana ada bukit, diorang tarah.. lepas tuh isik kat mana gaung, lembah, curam dan yang sama waktu dengannya untuk memastikan tanah nih digunakan secara efficient.

Skang nih Jalan Seremban Kula Pilah pon da nak siap. Gembira la buda-budak yang tak suka ikut bukit putus yang berbelit-belit tuh, macam ader kawan aku yang duduk kat Batu kikir tuh~ (umah eh kek tengkek, tapi malu nak sobut namo kampung eh.. TENGKEK~)

Seremban Inner RingRoad pon tengah under contruction, jadi pasnih bleh la Seremban jadi Bandaraya yea..

itu jer la.. aku pon x der idea nak cakap aper..


p/s :Tok Mat, kok ado peruntukan lobih, bino la menaro pandang tinjau macam kek Melako tuh.. ese suko kuk ado menaro...


Tuesday, July 14, 2009

Poi sekolah la, pemalehhh!!!

Aku masih kat umah nih.. umah yang sunyi tetiap pagi... tetiap ari, rutin aku sama.. (malas nak cerita..) dan membosankan... (sebab aku yang bwat mender neh bosan)

Aper yang menarik pada setiap ari, aku selalu dengar anak jiran aku kene marah dengan mak dia.. aku rasa anak dia sorang ajer kot.. Tetiap pagi kol 12.. mesti da ader suara pompwan menjerit..

ilustrasi pelukis gambar jiran belakang rumah yang garang

"Den sughuh kau poi sekolah, kau maleh.. lopeh tuh buek sepah dalam ghumah.. kau den cubit kang...."

pastuh senyap...

"HAAA!! Melalak.. tuh yo la yang kau tau... "

lepas tuh senyap...
lepas tuh sambung balik...

" nih den sughuh kau komeh an bembaghang nih, kau tak buek.. nih sepo sughuh memandai cabut an bondo nih.... pasang balik"

lepas tuh senyap lagi...
pastuh aku dengar orang tumbuk lesung batu..

"TUNG TANG TUNG TANG TUNG TANG"

Bakal ibu ibu dinasihati tidak menggunakan lesung batu
pada manusia, terutama pada anak-anak dan SUAMI.

Aku harap mak dia tumbuk lada, dan bukan guna lesung batu tuh untuk tumbuk anak dia...
Akhirnya petang tuh kompem la yang mak dia tumbuk lada dan bukan anak dia, sebab aku dengar mak dia marah anak dia lagi..

"kocik an sikit tibi tuh.. memokak yo..."

Tetiap ari.. mender yang sama.. garang betol emak dia nih.. suara dia nyaring.. aku rasa mak dia kalo ajak lawan musabaqah nih mesti menang.. tak pun ajak jadi peraih undi.. mesti tinggi bayaran dia...

Akak kalo bayar lobih, lagi tinggi sogho akak...
akak dah beso prektis kek umah

Aper pon cuti kali nih aku da bejaya menghabiskan satu novel yang seronok dan menyeronokkan.. bukan senang nak soh aku baca novel.. citer pasal minah nih namanya Steph Landry yang nak jadi popular untuk memikat ati mamat ensem kat sekolah dia, Mark yang da ader makwe, Lauren Moffat..

Steph ader kawan baik namanya Becca dan Jason, tak suka bercampur dengan budak-budak sekolah, jadi diorang nih low profile la.. Berpandukan sebuah buku, dia ikut la nasihat dan menjadi budak yang popular dalam masa yang singkat.. tapi akhirnya dia sedar, dia tak cinta kat Mark tuhh.. dan dia sedar, dia neh suka kat Jason (walopon aku da dapat agak dari awal, tapi jalan citer dia DAMN good!).

So skang aku tengah baca buku pasal orang mati laki plak.. aku TERPAKSA membaca novel nih memandangkan aku dah khatam berbelas kali semua komik shinchan simpanan aku, dan da rasa jemu.. dan MUAK!!! jadi aku beralih pada novel-novel akak-akak aku..

Kalo hafal quran lagi berpaedah.. nih shin chan.. apo nak jadi...

Nih ajer la post aku kali neh.. oh ya.. skang nih aku masih dengar mak dia tumbuk lesung batu lagi.. rajin betol.. da kol 10 malam pon tumbuk lesung lagi..

p/s : aku tak kenal mak dan anak jiran aku nih...

Sunday, July 12, 2009

Ekspedisi ke Pulau Tinggi

Golap-golap laie da kuar umah

Perancangan ke Pulau Tinggi neh dirancang sejak sekian lama selepas kejayaan ekspedisi ke Pulau Redang. Group kitorang neh terdiri daripada Farid, Anwar, Mashin, Nik, Acap, Zik, Jay dan Faiz. Tapi memandangkan ada sebab-sebab yang tak dapat dielakkan, cuma Farid, Anwar, Acap, Jay dan Mashin ajer yang pegi ke Pulau Tinggi. Asalnya kami merancang untuk ke Pulau Sipadan, tapi sobab dek budget tak cukup, jadi kitorang pon mengubah plan, pegi tempat yg lebih dekat dan murah.

Ahad - 5 July 2009

Mashin dengan Anwar bertolak dari Jeti Tanjung Leman

Jadi kami pon totapkan 5 hb July 2009 sebagai hari bermulanya ekspedisi kami ke sana. Awal - awal pagi lagi kami da bertolak dari Kuala Lumpur dengan kereta Waja Marshintoraman dengan dibantu oleh Farid selaku co-pilot. Aku, Jay, dengan Acap duduk blakang tolong merapu-rapu dalam kereta.

Perjalanan neh amek masa lebih kurang 6 jam dari Kuala Lumpur ke Jeti Tanjung Leman lalu ikut PLUS highway, amek exit kat tol air hitam dan lalu ikut jalan Kluang - Jemaluang, dan gi ikut jalan Mersing - Kota Tinggi. Ader la signboard menuju ke arah Pulau Tinggi dengan Pulau Sibu tuh. Senang ajer. Tak sesat la. Kok sosek jugak, tak dapek den nak nolong eh.

Tongah prepare kemah

Sampai jeti Tanjung Leman, kami naik speed boat ke Pulau Tinggi. Speed boat kene book dulu sebelum sampai sana. Pulau tuh memang tinggi. Dari jauh da bleh nampak Puncak bukit dia. Orang cakap macam topi cina. Ye la kot. ader rupa sikit-sikit. Boat tuh punya la laju, pejalanan yang dijangka 40 minit, menjadi beh kurang 25minit ajer. Melambung-lambung kitorang yang duduk dalam bot tuh. Tapi best dan aku suka.

Bila sampai kat Pulau kitorang siap-siapkan tapak kemah. Kami buat kemah kat depan Tinggi Island Resort, sebab kami ader deal boat untuk sampai ke sini. Jadi diorang kasik la tapak kemah skali termasuk facilities macam air, api dan jamban. Kemah kitorang letaknya betol-betol depan MARINE PARK!!! PERGGHHHH!!

Banggo dapek koghek kayu api bosa..

Bila siap ajer kemah dan kumpul kayu api, angin laut makin kuat. Tetiba ajer ribut topan datang. Dah la masa tuh kitorang tengah masak untuk lunch. Da la kelam kabut memperkukuh khemah supaya tak terbang. Para Jeneral suma buat kerja sedaya upaya untuk memastikan keadaan stabil. Masa nih aku terbayang macam dalam game Company of Heroes. Memang genting betol. Da la ujan lebat macam nak runtuh langit, angin dia.. pergghhh... kuat nak mampos. Tapi berkat kekentalan para general, dapat la kami makan dalam keadaan menggigil-gigil sejuk macam orang desperate nak makan dadah.

Nih la namo eh bulan toghang malam

Abes lunch, kitorang main kad dalam kemah sambil bedoa ujan berenti. Aku main sampai tetido. Kemah ader bocor siket. Siap bebudak neh bwat terusan Panama lagi dalam tuh yang akhirnya telah meragut nyawa henpon Jay. Kesian Jay. Ujan tak berenti sampai la malam, baru dapat bwat unggun api. Angin Barat masih bertiup, dan bawak rintik-rintik gerimis ujan. Sejuk. Kitorang duduk keliling unggun api sambil bakar keledek manis dan makan bubur kacang ngan bubur pulut itam yang panas... Tambah pulak air tea panas, memang selesa. OSAH MEWAH EH BEBUDAK NEHHH!!!


Isnin - 6July 2009

Acap dengan Farid

Ari neh kami cadang nak round-round pulau dengan speed boat, sambil gi snorkeling kat area terumbu karang. Kol 9 kami bertolak dari jeti pulau dan gi snorkeling kat certain area yang ader coral. Sambil snorkeling sambil tengok coral, dan ikan-ikan dalam air. Walopon coralnya tak setanding Pulau Redang, tapi masih cantik dan kualitinya LEBIH CEMERLANG dari Pulau Pangkor yang coralnya dipijak-pijak pelawat yang pergi snorkeling kat kawasan tuh. Aku pon heran, kat Pangkor tuh pun orang panggil snorkeling, aku rasa tuh lebih kepada walking.

Ikan-ikan kat area nih kurang jinak. Dia malu-malu ikan. Susah nak dapat bagi makan secara dekat. Macam-macam ikan aku jumpa. Tapi tak tau nama. Ikan panjang, pendek, buncit, kempis, belang-belang, muncung panjang, pendek belang, pendek pondan pon ada (ikan pondan nih aku beri nama Megan Fox). Coralnya banyak yang besar-besar. Warnanya banyak yang cokelat, perang, itam dan kurang yang bewarana cerah.. Tapi banyak variasi dari segi rupa dan bentuk.

Kami meronda-ronda pulau tuh sambil singgah kat beberapa gua yang terbentuk akibat hakisan laut disepanjang pulau Tinggi. Aku kira, lebih dari 20 bijik gua yang ada kat sekeliling Pulau Tinggi nih. Kalo korang nih geologist, sesuai la datang sini. Banyak jenis rock formation yang terbentuk hasil dari sedimentation, dan metamorphisme process like rock foliation yang bleh dilihat. Aku jamin pueh hati.

On the way nak pau durian orang kampung

Akhir sekali, kami singgah kat sebuah pekan di Pulau tinggi tuh. Namanya, Tanjung Balang. Sini ader la kedai runcit, Masjid, sekolah rendah, menengah dan rumah-rumah orang kampung yang agak ramai. Sempat la berbual dengan cikgu-cikgu sekolah dan orang kampung yang ader dok lalu lalang kat pondok depan sekolah masa tuh.

Pas setengah jam singgah, kami pon cabut, balik markas. Bila balik, kami masak dan makan tengahari. Lauk ayam dengan sambal udang, style komando. Pergghhh.. da la panas, lapar plak tuh.. masing-masing makan macam tak ingat dunia. Yea la, da penat, lapar... semua yang tak sedap jadi sedap.

Petang tuh kami makan durian kat rumah tokey durian. Dekat jer rumah dia dia dengan markas kitorang. Makan la puas-puas. Lepas tuh dia syorkan kami ikut orang kampung pergi kutip durian kat kebun blakang pada esok ari. So, kami setuju. Kami balik kemah dan sambung aktiviti pantai. Main bola tampar, main air laut, buat istana pasir, dan berehat-rehat sambil makan buah limau bali yang disedekahkan oleh orang kampung. BEST!!!!

"KOBULUR KO KORANG??"

Lewat petang tuh angin barat bertiup balik. Nampak macam kencang. Pulau Sibu yang letak bertentangan dengan Pulau Kitorang tuh nampak macam da lebat ajer ujan. Tanah besar tuh aku rasa da banjir entah apa. Gelap sangat. Angin yang bertiup pun kuat, dan bawak gerimis. Kitorang bersiap-siap dengan kemah, supaya tak tiup dek angin.

Bila rasa angin dah reda, kami pon mengambil keputusan untuk membina empangan kat kawasan empangan lama yang da lama pecah. Banyak tenaga disumbangkan untuk membina empangan tuh, namun, kuasa air yang mengalir tak dapat mengalahkan kuasa pelajar-pelajar engineering yang mentah dengan hanya gunakan tulang empat kerat, parang, shovel, dan baldi. Hampeh punyo ompang.

Para general yang sedang berjuang ateh pulau

Malam tuh Mashin, Acap dengan Farid gi jenjalan kat jeti, aku dengan Jay plak sambung bwat kompleks istana pasir aku. Penat jugak mencangkung sambil bwat monumen-monumen macam tembok besau china, piramid puak aztec, piramid giza, istana alhamra dan penyu gergasi.. hehehehehe... lewat malam lepas supper baru kitorang tido.

Jay dengan Anwar besamo kompleks istano takeshi

Selasa - 7 July 2009

Esoknya pas solat subuh, aku pon lepak luar, tidor kat pangkin, malas nak tido dalam kemah. Bila kol 9 aku tejaga dan nampak seorang tua yang lalu depan kemah aku. da tak terdaya sesangat nampaknya. Jalan pun terbongkok bongkok. dia ajak pegi ikut ke kebun durian dia. Apa lagi.. cecepat la kami bersiap. dan folo dia. Dia kata nak ke darat... aku rasa familiar sangat bila dia kata macam tuh sebab wan aku pon menggunakan istilah yang sama.

Dia bawak la kitorang gi kebun duriannya. Dia neh da tua, umur 86 tahun. nampak macam tak terdayo ajer. Bila dia da setart panjat bukit blakang tuh.. masyaAllah.. macam bulldozer.. kuat nak mampos. giler la. Aku tabik dia lapan kali. Kebun dia letak paling ujungggggg sekali. kat kaki bukit tinggi tuh. Pokok durian? Banyakkkkk... Buah durian? Banyakkkkkkkkkkk^3

Kitorang makan sampai semput. Ado yang sampai terkeluar pongat dian kek idung eh. Pakcik tuh atau nama glemernya PAK TAM, kata, kawasan kebun dia nih dulunya dibukak dek bapaknya. Orang mula membukak kawasan nih sebelum zaman jepun lagi. Diorang tanam padi huma dan pokok buah-buahan. Jadi sekarang tinggal dia la mengusahakan kebun dia yang sepuluh ekar tuh. kesiaaaan...

Nih akibat dari tak cukup makan.. ntah apo ntah

Lepas sejam menyeksa perut, kitorang pon tron balik ke kemah. Masa nak naik tuh penat macam haram, masa turun pon macam haram gak. Ashek tegelicik ajer. Dapat la jugak aku saksikan beberapa aksi betik jatuh. Betik-betik nih terjatuh pun sebab dek memikul guni yang penuh durian. Kesian betik-betik neh. HAHAHAHAHAHA (Jangan marah yea.. gurau ajer). Yea la, bukit dia curam. Korang bayangkan la macam mana atok tua yang umur dia da dekat nak 86 tahun turun naik bukit tinggi tuh sambil bawak durian sebakul. Aku rasa muda-muda dulu Pak Tam nih kalo diaajak belari, kalah watson nyambek agaknya.

Atas bukit tuh, dapat la kitorang nampak laut sikit. Cantiknya, hanya Tuhan ajer yang tau. Aku rasa kalo macam ini lah kita da kata cantik macam syurga, kalo syurga yang betul tuh cantik macam mana la agaknya kan?? entah la..

Kol 11 pagi, aku, Acap, Farid, gi snorkeling kat Marine Park yang letaknya depan khemah kitorang tuh. memang sesuai snorkeling waktu tuh, sebab laut tenang. Setenang air di tasik. Aku jumpa IKAN BESAR ORANG!!!! cuakkkkk nak mampos. Naseb baik ikan tuh tak serang aku!!! Pastuh aku jumpa Nemo yang banyak kat sarang dia. Aku pon tanggalkan life jacket aku, and menyelam dekat sket dengan Nemo-nemo tuh. Diorang bila nampak aku dekat, diorang teros kuar dari sarang diorang dan terus ubah AGGRASIVE STAND!!! Aku cuak, tros timbul balik. Paper pon aku puas sebab dapat tengok Nemo dekat-dekat. CUTEEENYERRR NEMOOO!!!

Mashin ngan Jay kek Air terjun Pulau tinggi

Dalam kol 3 petang aku, Acap, Shin, Jay gi jungle trecking kat utan. Kitorang nak gi mandi air terjun. Jalan dia agak susah sket la, sebab curam, kene pegang tali yang disediakan. Tapi bila sampai sana, puas ati. Dapat jumpa air tejun cantik tengah utan. Air dia sejuk and SANGAT DALAM!!! Aku mandi dengan shin ajer. Yang lain jadi penonton ajer sambil tepuk tangan melihat ikan duyung jantan berenang. Acap yang bawak snorkel pun tak mandi. Kitorang semua letih tercungap-cungap sebab mendaki bukit yang tinggi termat la sangat.

Baghu naik tanggo dah ongeh

Malam tuh lepas dinner, kami bwat la aktiviti sampingan,borak-borak, main kad, sambil melihat keindahan alam. Malam tuh bulan mengambang penuh, air laut berombak tenang, dan langit sangat cerah, ternampak la bintang-bintang yang bekerdipan. Terasa tenang dan nyaman. Ya Rabb.. indah sungguh alam ciptaan mu.

Rabu - 8July 2009

Kami besiap-siap balek. Naik boat kol 10.25 pagi. Lepas amek-amek gambar area Tanjung Leman, kitorang teroskan pejalanan ke Johor Bahru and round-round siket. Singgah la kejap kat Danga Bay yang orang kata popular tuh.. pemandangan cantik dan menarik, dan banyak mainan untuk di cuba macam roller coster mini, ketapi put-put, keter langar-langar, dan macam-macam agi.

Pas puas jenjalan, kitorang pekena lak ikan bakar kat kedai ikan bakar. Memandangkan kitorang da pekena murtabak jumbo singapore kat Larkin, kitorang pon tersadai la kat kerusi sambil mengenangkan perut yang malang tuhh. Naseb baik ader peserta jemputan, Min dengan Aiman. Kalo diorang tak der, aku rasa ikan bakar tuh da duduk meraung dalam bakul sampah da. tapi paling best jus buah durian belanda yang dijual. MEMANG BEST. Dia letak Potongan durian belanda atas ais kisar dengan air gula dan limau. PERGGGHHH!!!! kene cubab beb~

Pas mentedarah kat JB, kitorang gi Muar jumpa kawan MAshin yang merupakan seorang Assistance Comissioner. Giler la Mashin neh... dia punya PR sampai polis pun dia bleh bwat kawan. Da la habes durian orang tua tuh dia sapu.. Memang lawak tol. Aku ashek tido ajer dalam kete. Bila celik mata da sampai tol sungai besi. Alhamdulillah. Selamat da semua.

Caping kali neh agak murah dan menyeronokkan. Charge boat untuk pegi-balik, round2 pulau dengan facilities sumer dalam RM800 utuk kami berlima. Ok la tuh. Kalo ramai orang, bleh jimat lagi kot. Aperpon, camping kitorang kali nih memang PUAS!!! itu ajer kata-kata yang dapat aku kata. Nak cakap lebey-lebey kang korang kata shok sendri.. betol tak? Semoga pengembaraan kali ini menambahkan ilmu, pengetahuan dan kematangan kita semua dalam menempuh hari-hari mendatang, bukan cuma untuk bersuka ria sahaja. Ececececece...

You can ask me for further information regarding trip to this island atau korang bleh search sendri kat google pasal Pulau Tinggi. Aper pun bagi aku, banyak aktiviti yang bleh korang bwat kat sini terutamanya bila sampai musim durian neh.

Jay dongan acap ateh speed boat ke Pulau Tinggi.

Friday, July 10, 2009

Da balik umah

Alhamdulillah, aku da selamat balek umah da dari Ekspedisi camping ke Pulau Tinggi selam 4 ari kat atas pulau tuh. Sronok, memang seronok sebab dapat besama-sama dengan kengkawan aku selama 4 ari tuh. Kalo ader masa, aku postkan la review pasal pengembaraan aku ke sana.. Bukan aper.. badan pon masih agi gatal-gatal sebab gigit dek agas..

Dan skarang aku tengah berkira kira sama ada nak balik UTP awal ker atau tak? Projek aku neh tak siap agi.. report tak sentuh lagi, paper, journal tak abes baca agi.. yang penting banyak mender nak kene settlekan. Bila balik awal, rasa malas plak.. rasa nak cuti lagi kat umah.. haih~ tak per, ari neh kene decide bebetol!!! HEI HO HEI HO!!!!

Wednesday, July 8, 2009

Pantun : Jimat

Nih pantun untuk mengingatkan aku yang semakin boros berbelanja.

Balik kampung bolo lipan,
Lipan bagho makan tauhu,
Ado duit disimpan-simpan,
Besok susah sepo yang tahu.

Poi dusun memikul bajo,
Bajo ditabur ke pokok halio,
Bukan kedokut nak bebelanjo,
Biar behemah amalan mulio.

Naik kapal ke neghoghi Chino,
Hajat di hati nak bekelano,
Duit menggunung pun tak guno,
Kok hati susah, jiwo merano.

Panjek gunung nak jumpo rajo,
Ghodah somak, ghodah payo,
Elok rancang bilo belanjo,
Dwet habeh, sok temonung yo.

Zaman darurat zaman derito,
Takdo nasik, ubi disosah,
Ado harto bersyukur kito,
Mano tedayo, tolong yang susah.

Saturday, July 4, 2009

Pantun : Masa

Memandangkan aku neh semakin malas kat rumah neh, aku bwatkan pantun nih khas untuk diri aku sendiri.. hahahahaha


Rumpun buluh tumbuhnya rapat,
Pokoknya tinggi, sejuk dan redup,
Ada masa elok dimanfaat,
kelak menyesal seumur hidup.

Tumbuh tinggi pohon ketapang,
Daunnya lebat, dahannya teguh,
Ingat sibuk ketika lapang,
Kerja yang ada jangan ditangguh.

Petang petang mereneh halia,
Untuk diminum bujang dan dara,
Tepati masa amalan mulia,
Orang senang, hati gembira.

Bungkus nasi dengan palas,
Disusun elok di atas meja,
Buang segera sifat malas,
Lekas bangkit, terus bekerja.

Pergi ke pekan membeli laksa,
Rasanya masin, kuahnya jalang,
bila manusia hargai masa,
Negara maju rakyat cemerlang.

Friday, July 3, 2009

Nak gi camping

Nih gambar kat Pulau Redang masa gi sana taun 2007

Aku tak sabar giler nak gi camping dengan rumate and hosemate aku, farid, mashin, jay, dengan acap. Kitorang nak pegi camping kat Pulau Tinggi. Nih memang style komando, diulangi komando, bukan komodo. kitorang akan makan sesimple yang buleh dan akan mengembara di alam yang tidak pernah dijejaki. Acap pon kata nak tangkap beruang kat pulau tuh., so dia bawak perangkap kaki beruang (jangan mashin yang masuk perangkap sudahh~).

Snorkeling, jungle trecking, hiking dan mandi air terjun bersama kengkawankat pulau tuh (macam survivor lak). Pulau tinggi nih letaknya kat Johor, area Mersing dan dekat dengan Pulau Tioman.

Preparation rasanya dah 50%, tinggal nak beli makanan ajer kot. So, sabtu nih para general akan berkumpul di kolumpo dan stay umah General Mashin untuk mendapat taklimat dan tactical strategy untuk ke sana. Pegi naik kete mashin. Kami mungkin akan bertolak awal pagi, dalam kol 4 pagi kot, sebab da kene sampai kat sana, dalam kol 10.30 AM. Kol 11 AM da nak naik speed boat ke pulau.

Heharap kepuasan kali nih setanding dengan kepuasan masa pegi kat Pulau Redang dua taun lepas. Semoga segalanya berjalan lancar....


Semoga Allah Selamatkan Kami
Daripada H1N1 dan daripada segala musibah yang melanda.
Ya Rabb, lancarkanlah perjalanan kami.


Wednesday, July 1, 2009

Aku dan Golf

"Er.. Dato' Sri, projek ternak lipan kat Johor tuh macam mana?"
"Ouh.. tuh I da kensel kan, ganti dengan projek ternak lintah darat "


Aku nih tak tau la aper nak jadi. Ashek main ajer duduk umah nih. Naseb baik ader projek nak dibuat sket nih ha.. terguna jugak la masa yang ada. Aku skang tengah edit video untuk group teater aku. Aku memang suka keje edit mengedit video nih, sebab ia memerlukan daya kreativiti dan imiginasi yang kuat..
Cheeyyyy~

Nak keje, tinggal baper minggu sangat la lagi nak bukak semester baru. So, duduk ajer la kat rumah aku yang sunyi nih sensorang. Entah kenapa, makin lama pengurusan masa aku nih makin teruk. Mungkin sebab kat U dah terlalu sebok, so kat umah nak rehat puas-puas..
CHEYYYYY sekali lagi~~

Sebelum nih aku penah bekerja. Dulu lepas SPM aku penah jadi caddy golf dengan waiter. Bukan caddy yang pkai serban, tapi pakai topi. Aku caddy kelas 3 ajer. Tak reti apa-apa pasal golf. So kalo boss kata kasi iron 3 maksudnya ko kasik la kayu golf yang besi no 3. Kalo wood 4, kasi la kayu golf yang KAYU no 4. Kalo da kat area green tuh, ko jangan la jadi lembu, kasi la putter. Kalo tak silap aku, kalo nak pukul bola tuh jauh, ko kene la pkai la golf club yang berat. So bola bleh pegi jauh. Kalo memula nak pukul bola tuh tak silap pkai driver.

Aku bekerja kat Seremban International Golf Club. Ader 18 lubang. Beser main 9 lubang ajer. Dalam 2 jam baru abes game. Selalu datang petang-petang ajer. Pagi-pagi beta nak tido yea tuan-tuan dan puan-puan sekalian. So kalo datang tempat keje, ko sebagai caddy, kene la duduk kat tempat menunggu caddy, (personally, aku panggil kandang, sebab memang rupa macam kandang). Aku pegi dengan kawan aku. Nama dia Acab, sebaya dengan aku. Bapak dia yang suggest kami keje kat situ. Kalo bos-bos (panggilan bagi orang yang main golf) datang, dia akan berenti depan kandang caddy nih, dan panggil caddy feveret memasing.

".. Amidd.. lets go..." kata sorang bos kepada sorang caddy sebaya dengan bapak aku.
" Yesss, " Amedd yang shok main dam pun pegi la berlari-lari keriangan mendapatkan bosnya.

Selalunya, aku dengan acab akan jadi orang paling last. Kitorang nih sisa la. Paling tak best kalo dapat beg golf yang style lama. BERATTT!! kalo yang jenis baru tuh, ringan sket. Kalo boss baik ati, dia kasi troli, tarik jer beg golf tuh.

"Atok dulu kojo motong gotah, tu yang kuek mukul bola nih ha,
longan
kogheh macam bosi "

Mata kene bagus. KO KENE CARIK bola golf, kalo bola bos ko ilang la. Bola GOLF maksud aku. Aku penah sekali bekerja masa spek aku patah. terbelah dua kat tengah-tengah. MACAM ORANG BODOH!! Ashek betolkan spek ajer. Bos aku pon tengok aku semacam jer.

Penah dulu sorang bos cakap macam nih kat aku..

"..Wa ingat lu cina.. haiya..."
".. I'm Malay sir. Kong Xi fat choy sir.." tipu jer.. bodo sangat la aku nak mengarut-ngarut depan apek tu.

Bos-bos nih bukan semuanya handal main. Ader yang eksyen jer lebey. MAin macam haram. Nampak aku budak baru, sengaja la nak cerita projek juta-juta dengan aku. Macam la aku minat sangat nak tau. da la pukul bola ashek masuk semak.

" Today i have no luck la.." kata bos ompong tuh sambil tengok kat aku.
" Tangan kau tuh kocik- kocik tak bebodong... tuh jadi macam nih..." aku kata dalam ati.

Pastuh salahkan aku tak jumpa bola. Bloody hompong.

"Ekau arap an gayo yo lobih, tapi bola ashek masuk somak yoo.. tangan tak bebodung ko? " kata abang baju merah.

Aku kesian kat acab sebab dia selalu dapat beg berat. Da la badan dia kecik. Nak wat macam mana. Da rezeki dia. Sekali game, aku bleh dapat RM 15. Ok la kan. 2 jam ajer. Badan je kene kuat panjat bukit, turun bukit, masuk semak carik bola.

Aper pon tuh ader la pengalaman beharga bagi aku sebagai seorang pelajar. Ingat la, susah nak carik makan dow.. Belajar lagi senang. Tuh sebab mak bapak kita neh sanggup bwat aper saja untuk kita semua supaya boleh bejaya dalam idup. Antar gi UK, US, USJ, blaja tingi-tinggi. Bila dapat keje elok-elok, senang la masa depan. So, aper yang PENTINGGG????? Ilmu yea kawan-kawan... bukan kerjasama.. kuah3~

Nih golf club bapak aku.. sepupu aku kasi. Tak penah guna pun. Tapi bapak aku bwat penggait rembutan, ketuk tikus, dan cemat anak2 dia yang degil. (ko pecaya la aper aku cakap)