Monday, February 22, 1993

Pra Sekolah

Mak aku tak nak antar aku kat tadika kemas lagi. Mungkin sebab aku neh jahat kot. Entah la, aku rasa aku baik jer.. (perasan). Mak aku masukkan aku kat prasekolah. Pra sekolah tuh letak kat dalam area sekolah rendah. Tapi permainan yang ada kat tadika tuh LEBIH seronok, dan lebih banyak..

Bila ada kat sana, aku suka main ketapi kat longkang, main masak-masak kat bawah pokok bidara, main pasir, sep tiang dan macam-macam agi. Cikgu Bainun yang jaga pra sekolah tuh, dan kak Ano yang jaga makan minum kitorang.

Kat sini aku kenal Syafiq. Budak pandai baca buku tanpa tergagap-gagap. Kulit cerah, rambut kerinting, dan aktif berlari sana sini. Aper pon, masa masuk kat sini, lagi bnayak komplen mak aku dapat.. Komplen itu ini, menyebabkan mak aku pening kepala..

1 tembakan:

  1. syik s. ( September 1, 2009 at 10:59 AM )

    dan kau sangat comot dan busuk bilo balik sekolah. asek2 nak pogi kodai cino sakai kek dopan tu yoh!