Saturday, January 22, 1994

Ketua Darjah 1 Merah

Aku masuk sekolah rendah, kat Sekolah Kebangsaan Dato' Abdullah, kat area Gemencheh Lama. Sekolah pun lama..

Aku dilantik jadi ketua darjah oleh Cikgu Hayati. Mak aku tempah name tag aku. Warna Nametag tuh warna ijau, bawah tuh ader tulis Ketua Darjah.. Tempah kat cikgu Badar. Penolong aku namanya Farah Aini, budak itam manis, ader dua tocang panjang. Taik lalat kat tepi mulut. Suka pakai blouse.

Walopon da darjah satu, aku baca buku pon tergagap-gagap. Syafiq, sorang budak kelas aku sangat la handal membaca... dan dia sangat pandai.. tapi aku tak kesah sangat pasal mender karut marut neh... Ader sorang budak lagi kat kelas tuh, dia sangat kesian.. dan aku dah membulinya..

Kat sekolah aku selalu ader penjual yang datang jual macam-macam alat mainan. Ader jual pembaris, pelekat, dan ala bantu menulis khat. Aku selalu mintak kat mak aku untuk beli itu ini. Mak aku tak layan sangat. Penah aku mintak set pembaris nih, tapi mak aku tak nak beli. Aku terus boikot. Tak nak cakap, sampai la mak aku pujuk, kasi dwet untuk beli. Aku suka ati.

1 tembakan:

  1. timah ( August 28, 2009 at 1:16 PM )

    woo abang..jahat gak ko nie..den ingat ko xdola prangai cam kitorang doo~