Saturday, May 8, 2010

Dunia Kau.. Dunia Aku..


ini dunia kau? bukan dunia aku?

sebenarnya hidup nih kita kene sedar.. cuma sementara.. ianya adalah bekalan.. tuh sumerang tau.. tapi berapa ramai yang SEDAR dengan hakikat nih?

yea.. mari kita becerita sikit..

bayangkan sorang nih petani yang dah diberi sebidang tanah. dia memilih untuk tanam ubi.. kalau lah dia gunakan semua tanah dia tuh nak tanam ubi.. mesti hasilnya banyak. itu pon kalo dia buat bersungguh-sungguh la. dan hasilnya tuh bukan stakat boleh menampung diri dia.. tapi untuk keluarga dia dah cukup untuk improve taraf hidup dia sendiri.

TAPI! cuba bayangkan petani tuh tak buat apa.. duduk aja tengok tanah dia yang subur tuh. kalo nak tanam pun ala kadar jer.. cukup untuk makan sendiri. cukup untuk alas perut sendiri. hari-hari petani tuh duduk melangsit kat bangsal dia.. tengok langit.. aman.. damai... kalo lapar, turun dari bangsal.. cabut ubi.. rebus, makan. pastuh sambung melangsit sampai malam. dan kehidupan dia takkan berubah sampai bila pun.

kehidupan kita, bergantung pada usaha kita sendiri.. orang sekeliling sebagai pemangkin.. mungkin untuk merosakkan kita.. mungkin untuk membantu kita dalam berjaya dalam kehidupan. kita pilih jalan kita sendiri. tentu korang penah dengar firman Allah, yang lebih kurang macam nih bunyi dia, "takkan berubah nasib satu bangsa kalo dia tak mau berubah sendiri"

jadi semua bergantung pada usaha.

aku dari dulu ditanam satu semangat untuk berjasa untuk keluarga. bila dah besar sikit.. kene ader perasaan untuk berjasa pada bangsa.. bila dah besar sikit lagi, rupanya kita kene bukan stakat kene berjasa pada keluarga dan bangsa.. tapi agama kita.

berbalik pada jasa kepada keluarga. kita kene balas jasa yang dah ditabur pada kita. sebab apa? sbab merekalah kita masih bernafas sampai sekarang. kalo tak, masa kita nih baby lagi, kita dah duduk dalam tong sampah, dah ader kat depan masjid, mungkin dah ader dalam tanah kot.

untung tak kita yang masih hidup atas muka bumi nih? dapat baca blog aku yang menawan hati nih? untunggg... sebab masih ader yang sayang pada kita. tak mau ker kita menyumbang SIKIT daripda tenaga kita untuk berjasa pada mereka yang sayang pada kita? walaupun mereka tak maukan jasa dibalas dan cuma dia mahukan kejayaan daripada kita supaya kita senang dimasa depan. itu aja..

memang agak STRESSSS.. SUSAHHHHH.. PAYAHHHHHH.. MENCABARRR dalam menjalani kehidupan nih.. kehidupan yang penuh dengan cabaran.. keindahan.. percintaan.. kasih sayang.. persahabatan... dan macam-macam lagi..

nasihat aku, jadikan nasihat orang sekeliling tuh sebagai panduan, bukak mata... pandang sekeliling.. tengok apa yang berlaku kat sekeliling.. fikirkan apa yang akan jadi kat kita 10 tahun akan datang.. renungkan yea.. setiap tindakan kita bakal merubah masa depan kita..

itu sahaja.. berusahalah tanam sebnayak mungkn ubi kat tanah yang ada.. supaya kelak kita dapat hasil yang menggembirakan. bukan untuk diri sendiri aja, tapi untuk pihak disekeliling kita, sebab itulah kita dilahirkan kat dunia ini.. sebab dunia ni bukan dunia kau... bukan dunia aku.. tapi dunia kita bersama..




p/s: cerita mulan memang best

2 tembakan:

  1. adek ko yg comel ( May 8, 2010 at 8:00 PM )

    hehe.ni ke sbb ko nak suh den bce.yolah den arap kito sumo xlupo diri.ingat Allah,ingat family sumo.syg adekbrdk den.hehe

    den pon suko cito mulan!

    i'm fa mulan~!

  2. FatimahSamad ( May 8, 2010 at 10:37 PM )

    mcm reply utk post den yoo