Pagi itu selepas solat subuh, Dato Panglima Bukit Putus terus menjalankan rutin hariannya, iaitu tidurrr. Tambahan pulak pulak Dato Panglima tidor lewat pada malam sebelumnya kerana mengerjakan aktiviti mencantikkan blog, walaupun hasilnya lebey kurang ajer. Terima kasih diucapkan kepada sofware engineer, Dato Setia Diraja Syik atas bantuan anda. Tepat pukul 9pagi, alarm henpon prasejarah Dato Panglima berbunyi dengan meriahnya, mengejutkan Dato Panglima dari lena. Terus beliau mempersiapkan diri untuk ke Kolumpo. Sempat pulak beliau men-Google mapkan jalan-jalan yang bakal dilalui sebelum ke destinasi yg bakal dituju.
Walaupun JARANG-jarang bawak kereta, Dato Panglima meneruskan keberaniannya untuk memandu seorang diri ke Subang untuk memberi sokongan kepada Panglima Mashintoraman dan Panglima Nik dalam acara Perodua Eco-challange 2009 yang disertainya. Jalan ke kolumpo bukannya susah sgt, cuma kene ada instinct yg kuat dan keberanian yg terserlah. hehehehe. On da way ke kolumpon nih, mati enjin sekali jer..FUHH!!!. tuh pon masa nak amek tiket tol. Tuh la, blagak macam power la, nak capai ajer tiker sambil kete tgh begerak.. langsung mati enjin.. da la hampir2 nak telepas amek tiket..
"Selamat memandu Encik " kata toll gate girl tuh.
" Terima kasih... " kata Dato Panglima Bukit Putus dengan senyuman gaya panglimanya yang macho.
".. tak po, kojap laie mulo la.." kata Panglima Farid yang datang dari Taiping untuk memberikan sokongan pada Team UTP.
Bila Stat ajer race, bersorak la setiap kumpulan.. sangat seronok bersorak. Peraturan pertandingan ialah, mana kete yg bawak paling jauh (lebih kilometer) dengan minyak 1 Liter, dia la menang!! Dan lepas berpuluh lap (tak kira pun baper lap, sebab ashek bersorak ajer~) kereta MyV yang dipandu oleh team utp, tersengut-senggut. Makin kuatlah sorakkan penyokong UTP supaya pemandu berusaha lebih lagi untuk memandu kereta tuh. Dan masuk la kereta tuh dalam PITTnya. Gundah gulana lah hati Dato Panglima bila tengok team UTP terkandas pada awal pertandingan. Berdasarkan maklumat risikan, berlaku technical failure pada sistem enjin part P30Q-JJ11. Aper pon Dato Panglima mengucapkan TAHNIAH pada team UTP kerana usaha yang gigih dalam bertanding. Mereka da BUAT yang terbaek! Bukan senang-senang nak modify kereta bebbb!!!
Teringat lagi si Dato Panglima ketika bekerja di Kolumpo dulu, dia penah sesat sampai ke KESAS masa on da way nak tengok pertandingan teater intervasity kat Universiti Malaya ketika dulu. Berapi pungkuk naik moto tengah-tengah panas dulu. Tapi skang Dato Panglima naik MyV beb~ caya laaa~
Untuk cerita yang selanjutnya, kita bersambung lagi. Cerita pasneh pasal Dato Panglima Bukit Putus bersidang di Istana Melaka bersama menteri-menteri Pinang Sebatang sempena Kemucak reunion ex-Georgian di Melaka.
4 tembakan:
kegheto uitm to ayoh eden la y monggodam eh sehinggolah berjayo monang 2 kategori.. sapo sangko buleh monang bosa camtu.. sekian harap maklum la yo..
OOO.. patut laaa.. handalll!!!
tahniah la yo~
tahniah la yo, kpd team yg monang~~
amboi, breakfast KFC dato panglima pagi tuh yo~~padanla balik umah aituh x pandang lauk bawah tudung saji~~haha
manooo.. lopeh kau balek tuh den balun gulai ikan tuh... SODAP!
Post a Comment