Thursday, June 25, 2009

Transformers

"Pikkk"

Mata aku terbukak. tadi tuh bunyi mata terbukak la.. sebab mata tuh melekat. Aku tengok jam kol 3 pagi. Lampu bilik tak tutup lagi. Pastuh aku terpandang bekas air nescafe yang kawan aku hadiahkan kat aku. Aku teringat tindakan bijak aku sebelum aku tidor tadi membancuh dua peket nescafe merah dalam bekas merah tuh.

"sodap nih.. sodap nih.. sodap neh..."

aku pun meneguk air tuh sampai abes. Buntang mato. Apo nak buek? Aku pun duduk kat birai katil, termenung. Jauuuuuhh.. Pastuh cuba untuk tido.

"X BULEH!!!!"

Pastuh aku teringat aku da buat sesuatu yang best sebelum tido..

"Aaaa..."

Aku terus amek sudu, bukak peti es, makan la mender yang aku buat bertungkus lumus sebelum aku tidur malam tuh... dadih.. aku buat dadih segera ajer.. tambah air, tambah bahan A biar sampai mendidih, kacau, tambah bahan B biar sampai mendidih, kacau, letak pewarna, kacau, letak dalam bekas, bia sejuk dlm peti es.

Lepas lepak-lepak atas katil, aku baca la shin chan. Shin chan nih da bebelas kali aku ulang, da masih lagi nak baca. da naik hapal da. kalo la aku rajin baca quran macam nih, kan ker elok. betol tak?

Da kol 10.30, aku pon pegi la ikut kengkawan aku gi Jusco Seremban 2, nak tengok citer Transformers. Nih betol-betol aku tunggu neh. Nak tengok robot bertumbuk. Sampai JJ kol 1130. Bebudak nih da tunggu da kat sana. Jadi kitorang pun makan la kat kedai White coffee. Aku order white coffee dengan nasik lemak sebakul (diorang hidang dalam bakul). Aku rasa air white coffee dia tak buleh celen air white coffee yang aku minum kat kedai Amith dengan kedai Sithick kat Tronoh. Rasanya diorang kene menuntut dulu dengan mamak-mamak nih dulu sebelum bukak kedai. Rasanya buleh tahan. tapi tak buleh celen masakan mak aku..

Yang paling best bila nak amek order. Orang yang tukang amek order tuh, agaknya orang Myanmar, tak pun Laos. Dia cakap memang ader style la.. style dia cakap memang best, macam mana dia cakap, susah nak cerita. kalo dia tulis, pun ader style. bebudak nih di "ketupatnya" orang tuh tak henti-henti. kesian diaorang.

Pas menetedarah, kami pun jalan-jalan. Pegi main game kat arcade. situ kitorang main drum la, basketball, lumba keter, dan keter kebal. Pastuh aku tengok budak nih berkaroke Jamban. Ntah apo lagu eh dinyanyi dek bebudak nih, aku pun tak tau.

Pas tuh, kami pon tengok la wayang. Citer Transfomers. Buleh la tahan citernya, tapi masih tak menyebabkan aku untuk berasa ghairah. AKU MASIH SUKA CERITA STAR WARS EPISODE 3. Tom yang duduk sebelah aku tuh, aku tau dia ghairah tengok cerita transformers SEBAB,

1. Dia pakai baju transformers
2. Masa tengok wayang dia tergelak-gelak
3. kaki dia bergerak2 macam orang nak tunggu bas kat bus stop.

tapi paling ghairah si opiq, ntah apo ntah. Ashek tergolak yo. Orang tuh buat muka sket da tergelak. Kalo dia tengok teater aku, aku rasa dia buleh muntah darah agaknya.

Pas tengok wayang, kitorang pegi Pakson. Jumpa Anis Haha (nih aku ajer yang gelar dia, maaf yea anis). Sebab kalo dia gelak ader style jugak. Pas tuh teman dia buka puasa (insaf sket di sini yea~) kat Man Tomyam. Pas jer makan, teman la bebudak nih menganyam ketupat, teman ajer, bukan tolong. tuh la.. da kenyam buat ketupat. Da agak nak sebesen ketupat teranyam, aku ajak la diorang balek.

Sampai umah, aku mandi, pastuh tidor.. tidur kol 10.. ganti balik tidur aku yang terganggu pagi tadi. itu ajer ceritanya.. nak cerita lebey2 tak buleh.. aku sibuk macam menteri skang nehh... sebab aku nak ke...

KOLUMPO!!!!
KOLUMPO BEBB!!!
KOLUMMPOOOOOOOO!!!!

BABAI!!!!

(post neh tak der gambar sebab TIMAH (adik aku) pinjam kamera bawak pi Rembau~)

4 tembakan:

  1. Mysterious Lady ( June 25, 2009 at 12:08 PM )

    goli lak ai bukak mato ado bunyi pikk pulak

  2. .tMah ( June 25, 2009 at 4:14 PM )

    yolaaaaaaaaaaa...len kali xyah la bagi den bawak camera tuh..ckap yola xmau pinjamm...

  3. syik s. ( June 25, 2009 at 4:30 PM )

    tengok! tengok! kan timah manje den dah majuk!

  4. izzah ( June 29, 2009 at 2:29 PM )

    kerul neh memang tau!!ngado2 marahkan timah tuh!suh mama cemat karang!! >.<