Monday, August 31, 2009
Pantun : Puasa
Kuih cekodok kuih keria,
Gulai ikan sambal berlada,
Bulan puasa bulan mulia,
Amal ibadat perlu berganda.
Terbang tinggi burung terkukur,
Dilastik budak jatuh terlentang,
Jangan culas untuk bersahur,
Bekal tenga pagi ke petang.
Pisang embun di atas para,
Hilang sebijik diambil hantu,
Jaga semua panca indera,
Pelihara sepanjang waktu.
Pergi ke Mekah naik kapal,
Berlayar bila terbit fajar,
Ibadat wajib jangan ditinggal,
Ibadat sunat perlu dikejar.
Kobau bejomo tongah paneh,
Duduk berkubang dalam payo,
Jangan makan sampai ongeh,
Nanti terawih tak tedayo.
Saturday, August 29, 2009
Pantun : Taksub
Ari tuh aku terbaca pasal kempen pilihanraya kat Afghanistan nih. Tapi bukan nak cerita pasal pilihan raya, tapi pasal satu puak Syiah Ismailiyah yang sangat taksub pada pemimpin mereka dan sanggup buat apa saja atas arahan pemimpin mereka nih.. BUNUH DIRI PON MEREKA SANGGUP! Jadi aku harap aku sendri takkan terjerumus dalam kancah KETAKSUBAN nih untuk masa nih dan masa akan datang.. Buka minda buka jiwa, yang hitam tetap hitam, yang putih tetap putih..
Rimbun tumbuh si pohon buluh,
Tinggi lagi si pohon duku,
Sudah terang lagi bersuluh,
Tapi hati tetap kaku.
Mudik ke hulu mencari ikan,
Dapat haruan pikul ke bahu,
Disuruh makan, dia makan,
Bunuh diri pon dia mahu.
Buah langsat di atas peti,
Duku ranum di atas para,
Bila tertutup pintu hati,
Barang yang salah tidak dikira.
Dagang rempah dari Jawa,
Jual nasi di Batu Pahat,
Bila taksub kuasai jiwa,
Hati diisi dengan kesumat.
Jamu pahit mesti ditelan,
Baru cantik seperti ratu,
Moga Tuhan tunjukkan jalan,
Lembutkan hati yang membatu.
Sempenan bulan kemerdekaan ini, aku harap kita tidak begitu taksub dengan mana-mana ideologi sehingga kita semua berpecah belah..
SELAMAT MENYAMBUT
HARI KEMERDEKAAN!!!
p/s : nih pantun murah jer~
Tuesday, August 25, 2009
Langgar Lari
Malam tuh masa tengah bwat report (padahal tengah chatting), ader la kawan aku send message pasal ader kawan aku nih eksiden, dan dia kata kawan aku tuh perlukan pertolongan.
Tak tau la masa tuh, aku tengah mabuk makan cempedak goreng ker, atau aku memang selalu macam nih, aku dengan kurang sedar telah menalipon kawan aku yang eksiden tuh. Da 5 kali ringging, dia pon angkat tepon. Nasib baik. Dia kata dia tak cedera teruk, cuma luka-luka aja. Aku pulak sibuk tanya motor dia macam mana. Dia kata tayar depan remuk, dan tak leh nak gerak. Dia kata dia naik embulan ke spital. Ader orang kampung da tolong.
Aku dan 4 orang kawan aku lagi pon terus begegas ke spital tempat dia dimasukkan tuh. Nak melawat la.. Bila da dekat nak 45 minit perjalanan termasuk sesat, jumpa la spitalnya.
Bila sampai, kawan aku pon tanya la pasal kawan aku tuh pada nurse kat kaunter..
".. kawan saya ader masuk sini tadi, eksiden moto, nama dia S, nak melawat dia boleh tak?"
pastuh nurse tuh balas..
"Oooo.. yang langgar babi tuh ker? Dia da balik da, setengah jam tadi."
Kalo nih cerita komik, aku rasa kitorang da jatuh terhumban kebelakang da.. tak pon ader peluh besar kat belakang kepala.. Buah tangan yang kitorang bawak tuh, kitorang pulun sebelum sempat bukak pintu kete. Sempat jugak la bergambar dengan ambulan sekejap. (gambar tak der, sebab aku pkai henpon amek gambar, tak reti nak transfer gambar ke pc)
Begitulah cerita tragis kawan aku yang kene langgar lari dek babi yang melintas jalan.. Kesian dia, semoga dia cepat sembuh..
TAK AMAN LA HIDUP KO WAHAI WILD BOAR!!!! GRRRRR!!!
Friday, August 21, 2009
Minggu akhir sebelum Ramadhan
Minggu neh bizi yang teramat sangat. Aper pun minggu neh, adalah minggu cabaran.. cabaran dengan macam-macam task, cabaran dengan perasaan yang perasan. Ada projek final year nak kene selesaikan, assignment, teater, dan teater.. naseb baik tader awek lagi.. kalo tak~~
Kelas urban utilities yang best.. neh gambar classmate aku neyh.. khusyuk
dengar ceramah dari lecturer.. (aku lak sibuk amek gambar)
dengar ceramah dari lecturer.. (aku lak sibuk amek gambar)
Projek aku macam biasa la, bergelumang dengan air taik.. seminggu neh, aku bwat keje sorang-sorang ajer. Supervisor aku expect aku ada sorang lagi yang akan membantu aku. Tapi.. hurmm tak per la.. Result experiment, tak memberangsangkan.. cuma penat ajer dapat.. aku da berusaha sebaik mungkin da.. tapi nak wat caner.. nama pon projek taik.. taik la yang dapat agaknya.. (tunggu nak kene marah la pasneh.. GET READY!!!!)
Ada pertandingan teater yang dianjurkan oleh grup teater kitorang.. ader 4 cerita dipentaskan.. Dan aku belakon watak sampingan dalam salah satu teater tuh.. tapi aku da menghancurkan seluruh show tuh, sebab aku tak hapal skrip.. Aku SANGAT malu sebenarnya. Tapi aku dapat anugerah la plak.. PELIK.. Syukur ajer la, sebab da ader orang nak kasik.. Terima kasih yea Encik Mohammad, selaku main sponser. Aper pun aku mintak maaf la yea kengkawan.. aku da menghancurkan cerita korang sumer.. nak terjun bangunan pon tak dapat selesaikan aper aper masalah...
Hadiah daripada kategori orang paling teruk berlakon..
neh kurma neh agaknya nak mintak
aku bersihkan ati agaknya..
neh kurma neh agaknya nak mintak
aku bersihkan ati agaknya..
Kepada famili tercinta...
den bona eh nak balik nia ha.. tapi dek beseghabut eh kojo tak selosai.. den kono la pospon dulu.. minggu dopan ado cuti medeka, kok takdo aral melintang, den balik.. jangan ghindu bona kek den...
Akhir sekali aku nak kasik pantun segera yang hampeh, hehehehe..
Gajah apreka kulit eh golap,
Badan eh bosa, pandai beghonang,
Mintak ampun dan mintak maap,
Silap yang lopeh jangan dikonang.
Selamat Beposo!
Badan eh bosa, pandai beghonang,
Mintak ampun dan mintak maap,
Silap yang lopeh jangan dikonang.
Selamat Beposo!
Monday, August 17, 2009
Kombo Pear
Kombo pear.. atau convo fair, aper yang menarik kali neh? Aku rasa tak der apa pun yang menarik nak share, cuma minggu nih agak sibuk sikit memandangkan banyak menda datang serentak.. projek air taik, esemen HRM, ader show mime plak untuk convo dinner.. tapi segalanya da selesai da, kecuali projek air taik tuh, tak siap-siap lagi dek banyak sangat cengkemeneh nak dibuat..
Projek HRM, aku segrup dgn Fareez, dan Farah.. Segalanya berjalan lancar, naseb baik la aku sempat bwat walopun dah dekat nak last minet..
PROJEK AIR TAIK aku neh aku tak tau la apa nak jadik.. da seminggu bwat procedure, tapi masih kelompong sana sini.. da seminggu turun naik opis supervisor aku.. tanya sana sini.. dan keharaman dan keprobleman turut menjelma sana sini.. (sebab salah aku laa~)..
"..Nih tak der kene mengena dengan posting kali neh, sajer jer nak
promote henpon baru.. hehehehe.. jangan marah yea auntie Rozie~.."
promote henpon baru.. hehehehe.. jangan marah yea auntie Rozie~.."
Ari petama kombo pear tuh, aku dan kengkawan aku membalun ayam golek 3 ekor.. makan la sampai nak terkuar daging ayam kat idung..
Esoknya tuh, ader show mime. aku pon tak tau.. bagi aku, rasa biasa jer, tak der la teruk, tak der la cemerlang sangat.. aku rasa macam so~ so~ aja.. aku lagi prefer mime sebelum nih yang guna sound effect, tapi memandangkan direjek, tak jadi la.. paper pun, tiap mender yang berlaku, mesti ader hikmahnya kan?
dan last sekali untuk malam penutup kombo pear ni, aku gi jenjalan la dengan kengkawan aku.. aku dapat adiah~~ jeng jeng jeng~~
"Hai.. Nama caya cin chan.. caya budak baek.. pakai topi cebab gambut caya belum tumbuh.. hihihihi.. "
HAAA~~ walopon seumur hidup aku tak penah menyimpan, membeli dan memiliki mender alah nih, heharap famili aku tak gelakkan aku.. HAHAHAHAHAHA.. <-- gelakkan diri sendri pulak~
JANGAN MENMAIN SAMO TOK PANGLIMO YOOO!!! Den pon mudo laie~
Friday, August 14, 2009
Bermulanya Episode Tahi
AMARAN : Pada yang tak suka mender-mender berkaitan najis manusia, jangan la baca post aku kali nih..
Aku sekang tengah mula menyambung projek mengkaji air taik daripada semester lepas sebagai projek tahun akhir aku. Objektif projek aku, macam mana nak remove/reduce sulfide daripada wastewater. Mengkaji tahi pada semester lepas menyebabkan aku hilang kewarasan akal dan kehilangan helaian rambut yang banyak. Ini gara-gara tahi..
Hari-hari adalah hari bersama taik.. Pegi loji taik, angkat air taik, ukur air taik, uji air taik, dan buang taik.. kalo setakat terpalit ke muka tuh aku da rasa biasa da.. da macam rintik-rintik hujan yang membasahi muka. Kalo kaki termasuk dalam kolam taik tuh, da macam pegi bendang.. aku da malas da nak layan..
" Sebelum dan selepas experiment aku.. aihh.. nih la experiment yang paling menyiksakan.."
Aku sekang tengah mula menyambung projek mengkaji air taik daripada semester lepas sebagai projek tahun akhir aku. Objektif projek aku, macam mana nak remove/reduce sulfide daripada wastewater. Mengkaji tahi pada semester lepas menyebabkan aku hilang kewarasan akal dan kehilangan helaian rambut yang banyak. Ini gara-gara tahi..
Hari-hari adalah hari bersama taik.. Pegi loji taik, angkat air taik, ukur air taik, uji air taik, dan buang taik.. kalo setakat terpalit ke muka tuh aku da rasa biasa da.. da macam rintik-rintik hujan yang membasahi muka. Kalo kaki termasuk dalam kolam taik tuh, da macam pegi bendang.. aku da malas da nak layan..
Dan setiap pagi aku akan bekejar ke lab untuk melihat perkembangan makhluk yang mendiami reaktor aku.. makhluk yang memakan taik... Dan aku sebenarnya rasa sangat tertekan, tanya la rumate aku..
Semester lepas, aku rasa aku sendri dah bosan dengan taik, dek setiap hari menonton air tahi seperti menonton tv..
Semester lepas, aku rasa aku sendri dah bosan dengan taik, dek setiap hari menonton air tahi seperti menonton tv..
Aper pon hidup aku, sikit sebanyak ada la effected dengan projek nih.. aku da makin yakin bila becakap pasal taik.. dan bleh la kira paham sikit-sikit pasal wastewater treatment nehh~
Dan aku pon da berenti makan char kue teow sebab... ermmm..... tak payah la aku cerita..
Aperpon semoga aku dapat mengharungi projek nih dengan jayanya.. dan moga sentiasa gembira dan tersenyum setiap ari semasa membancuh air taik untuk dikaji..

Monday, August 10, 2009
Menanam Kektus
Memandangkan atuk kesayangan korang semua, Dato Panglima Bukit Putus terlalu sibuk daripada meluangkan masa untuk menulis, En. Kaloi meminta Auntie menulis bagi pihaknya..
Ari nih Auntie Rozy ingin mengajar rakan-rakan sekalian untuk menanam kektus.. terutama peminat-peminat kektus yang berada di dalam dan diluar negara.
Menanam kektus, kaktus atau cactus nih memerlukan keazaman yang tinggi yea rakan-rakan sekalian, kerana durinya tajam-tajam. Mula mula dulu, masa masih kurang arif dalam dunia pengkaktusan, habis satu badan Aunty Rozy kene duri. Tapi skang duri kektus pon tak berani nak singgah kat kulit aunty Rozy, kerana terlalu kebal (read as tebal).
Memandangkan Auntie Rozy da berpengalaman selama lebih spuluh taun dalam menanam kektus nih, diharap rakan-rakan jangan meniru aksi ini tanpa pengawasan dari orang yang lebih tua..
Mula-mula dapatkan sebuah pasu bulat.. pasu nih boleh didapati dari kedai pasu atau tapak semaian yang terdekat.. kemudian, isi pasu dengan tanah (isi 1/4 tanah dari ketinggian pasu) yang sesuai untuk kektus. JANGAN guna tanah liat yea.. nanti air bertakung, dan menyebabkan akar kektus korang reput.. pastuh mati..
kemudian, letakkan pasu kektus korang, dalam pasu, kemudian isi pasu dengan tanah tuh sampai penuh (3/4 dari ketinggian pasu..)
kemudian tarik pasu kecik tuh tadi, dan isi dengan kektus kesayangan korang~
Tapi macam mana nak keluarkan daripada pasu tuh? korang boleh gunakan teknik yang Auntie blajar daripada pondan mana ntah yang tunjuk teknik menanam kektus dalam tv ( tapi Aunty Rozy bukan pondan yeaa~~ harap maklum...). Caranya, amek sokabar, then lipat-lipat jadi macam kat bawah tuh, then lilit kektus kesayangan korang tuh, pastuh baru tarik pelahan-lahan.. jadi tangan adik-adik semua terselamat laaa...

Kali ini, Auntie nak tunjuk macam mana nak buat Taman Kektus!

"Nih antara taman kaktus auntie yang da sihat.."
OK.. selamat mencuba~~ Auntie nak pergi basuh kain kejap... kalo nak tengok kektus-ketus Auntie, datang la ke sini~~ http://senapangpatahkaloi.blogspot.com/2009/06/kaktus-saya.html
Tuesday, August 4, 2009
Selemo Babi
"Jejago!! ditebong dek minatang nih kang, payah pulak nnt."
Setakat nih selamo post neh ditulih, da ado lapan orang meninggal kek Malaysia dek selemo babi yang melampau da toghuk ehhhh tuh.. Kesian botol. Kito kono la bejago jago. Jago kesihatan elok-elok. Tak sepo yang dapek terkecuali daghi disoghang dek penyakit yang menular kek seluruh dunio neh.. Sumo ado probability untuk kono..
Mungkin ini ujian daghi tuhan yang nak menguji kesabaran hambo-hambo eh. Tapi sejauh mano kito besedio untuk menompuh ujian tuh, kito kono la kaji sendri.
Nih ado sikit nasihat dari Dato' Panglimo Bukit Putus,
Sentiaso basuh tangan tiap kali nak mentedaghah. Bebudak skang nih bukan kigho eh do, ghabo itu ini, colek idung, lopeh tuh capai kue apam ateh mejo, tolan.. Bukan dikigho eh do.. mano inti kacang, mano taik idung, tak dikesah eh do.. janji sodap. Patut eh, basuh tangan bosih-bosih.. baco bismillah, baghu makan..
Elak an sontuh muko, mulut dan idung dengan tangan. Yo la, virus tuh tersebar ikut angin, kok kono mondo tuh melokek kek muko, peh tuh kau ghabo, peh tuh makan kue keripap.. infected la sudah eh.. sepo yang ado jerawat tuh, ghonti an daghi memicit jerawat tuh.. kekadang tuh tangan eh tuh ghonyammm yo nak micit jerawat.. kek dalam bas pon nak micit jugak.. osah angin eh den..
Elak an daghi poi tompek-tompek ghamai oghang. Kau da tau selemo, batuk, jangan la gatal pulak nak poi shoping. Dengan selemo meleleh eh tuh, nak yo poi jenjalan lagi tuh.. Duduk la umah ontok-ontok kan elok.
Pakai la mask tuh selalu maso kuar jenjalan.. Nih la maso eh nak jimat lipstick atau fondation, atau ubek gigi.. Sumo buleh sembunyik balik mask..
Dan paling ultimate sekali, kok ghaso da domam tuh, poi jumpo doktor dogheh.. kau jangan da telontang ateh katil mengigil-gigil, banghu tehegeh-hegeh nak poi jumpo doktor.. ingat, kesihatan tak buleh nak dijual boli, jago la mano yang ado nih..
" Sekian nasihat daghi tok panglimo.. ado maso, jumpo laie~ " pics from tuya
Subscribe to:
Posts (Atom)