Monday, August 10, 2009

Menanam Kektus

Memandangkan atuk kesayangan korang semua, Dato Panglima Bukit Putus terlalu sibuk daripada meluangkan masa untuk menulis, En. Kaloi meminta Auntie menulis bagi pihaknya..

Ari nih Auntie Rozy ingin mengajar rakan-rakan sekalian untuk menanam kektus.. terutama peminat-peminat kektus yang berada di dalam dan diluar negara.

Menanam kektus, kaktus atau cactus nih memerlukan keazaman yang tinggi yea rakan-rakan sekalian, kerana durinya tajam-tajam. Mula mula dulu, masa masih kurang arif dalam dunia pengkaktusan, habis satu badan Aunty Rozy kene duri. Tapi skang duri kektus pon tak berani nak singgah kat kulit aunty Rozy, kerana terlalu kebal (read as tebal).

Memandangkan Auntie Rozy da berpengalaman selama lebih spuluh taun dalam menanam kektus nih, diharap rakan-rakan jangan meniru aksi ini tanpa pengawasan dari orang yang lebih tua..

Kali ini, Auntie nak tunjuk macam mana nak buat Taman Kektus!

"Pasu nih, autie sebat dari mak auntie.. "

Mula-mula dapatkan sebuah pasu bulat.. pasu nih boleh didapati dari kedai pasu atau tapak semaian yang terdekat.. kemudian, isi pasu dengan tanah (isi 1/4 tanah dari ketinggian pasu) yang sesuai untuk kektus. JANGAN guna tanah liat yea.. nanti air bertakung, dan menyebabkan akar kektus korang reput.. pastuh mati..

"Letakkan pasu-pasu kecik dalam pasu tuuu.."

kemudian, letakkan pasu kektus korang, dalam pasu, kemudian isi pasu dengan tanah tuh sampai penuh (3/4 dari ketinggian pasu..)

"Isi la pasu tuh dengan tanah.."

kemudian tarik pasu kecik tuh tadi, dan isi dengan kektus kesayangan korang~

Tapi macam mana nak keluarkan daripada pasu tuh? korang boleh gunakan teknik yang Auntie blajar daripada pondan mana ntah yang tunjuk teknik menanam kektus dalam tv ( tapi Aunty Rozy bukan pondan yeaa~~ harap maklum...). Caranya, amek sokabar, then lipat-lipat jadi macam kat bawah tuh, then lilit kektus kesayangan korang tuh, pastuh baru tarik pelahan-lahan.. jadi tangan adik-adik semua terselamat laaa...

"Baru la tangan tak kene duri~ "


"Da siap lubang, boleh la isik dengan kektus yeaa~"


"..Tadaaa.. da siap da.."

"Nih antara taman kaktus auntie yang da sihat.."



OK.. selamat mencuba~~ Auntie nak pergi basuh kain kejap... kalo nak tengok kektus-ketus Auntie, datang la ke sini~~ http://senapangpatahkaloi.blogspot.com/2009/06/kaktus-saya.html

6 tembakan:

  1. syik s. ( August 10, 2009 at 1:31 PM )

    ahjumma!kakus ni perlukan baja tak?

  2. Anonymous ( August 10, 2009 at 8:40 PM )

    hahahaha....sapo plak auntie rozie nie...

  3. izzahsamad ( August 13, 2009 at 2:21 PM )

    woi kers!


    eh silap auntie~

    nak tanyo neh!lopeh siap kektus tuh, x payah komehkan ko tompek projek?

    arituh den balik umah, ado serpihan kektus kek tompek paip!!!kono tapak kaki den yg gojes neh!!eessyyy!!!

    mama pon cakap, lopeh auntie siapkn taman mini tuh, dio biarkan yo pasu2 sume telepok kek situ~omma yang komehkan~huiiissyy!!!

    jadi, den mintak ko nasihatkan auntie tuh buek kojo senereh sket yo~keke


    sekian~


    p/s:seb bek den x bakar kelambu, walo maghah kek nyamuk~wahaha

  4. Kaloi ( August 13, 2009 at 11:52 PM )

    (ayooo... kantoi)

    autie lupa la nak kemas~~ sori ek? nanti auntie kasi pampasan~

  5. syik s. ( August 14, 2009 at 9:38 PM )

    sian tapak kaki ija yang gojes

    *simpati*

  6. izzahsamad ( August 19, 2009 at 2:52 PM )

    kers:

    ado pampasan?bilo gak eh berkuatkuasa nih?bilo bulih mulo tuntut eh?haha

    als:
    timo kaseh atas simpati yang ditunjukkan~episode baru F.O, ade hantu!!!!