Wednesday, July 8, 2009

Pantun : Jimat

Nih pantun untuk mengingatkan aku yang semakin boros berbelanja.

Balik kampung bolo lipan,
Lipan bagho makan tauhu,
Ado duit disimpan-simpan,
Besok susah sepo yang tahu.

Poi dusun memikul bajo,
Bajo ditabur ke pokok halio,
Bukan kedokut nak bebelanjo,
Biar behemah amalan mulio.

Naik kapal ke neghoghi Chino,
Hajat di hati nak bekelano,
Duit menggunung pun tak guno,
Kok hati susah, jiwo merano.

Panjek gunung nak jumpo rajo,
Ghodah somak, ghodah payo,
Elok rancang bilo belanjo,
Dwet habeh, sok temonung yo.

Zaman darurat zaman derito,
Takdo nasik, ubi disosah,
Ado harto bersyukur kito,
Mano tedayo, tolong yang susah.

3 tembakan:

  1. FizFai ( July 10, 2009 at 4:00 PM )

    Berenang-renang ke kedai Pak Abu,
    Untuk membeli ikan paten,
    Ingat pesanan ayah dan ibu,
    Tak ada 10000 tak boleh kawen.

    Gila ah... terer tak aku buat pantun??? hahaha...

  2. Kaloi ( July 13, 2009 at 5:51 PM )

    bukan 10 ribu cik adik oi.. 20 ribuu~~ hahahahahahaha

  3. farid ( August 8, 2009 at 10:47 AM )

    heh3...