Monday, October 26, 2009

Barang Baek

Inisiatif menulis post kali nih terhasil daripada blog kerepektempe yang rangup. aku pon kene ada kenangan yang patut aku abadikan bersama-sama dengan blog nih..

Sebelum sampai ke point tuh.. aku nak cerita mengikut aturannya..

nih gambar pertama ditangkap dengan camera Sony W290
(nampak farid tengah bizi bwat keje, zik datang
melawat
dan jay tengah tido petang)


nih gambar tapak kaki mashin.. dia tengah lepak atas katil aku.

nih budak jawa yang kutip utang kat bilik aku

nih kaki aku.. masa tuh aku nak beli nasik untuk dinner

ini la menda yang nak ditunjukkan sebenarnya... hehehe..
semoga menjadi kenangan masa tua esok (da tua pon da..)
-click la untuk tengok dgn jelas-
nih link untuk ke sokabar

Kami daripada warga Senapang Patah
mengucapkan selamat
datang kepada DSC W290,
anda telah menjadi camera rasmi bagi blog ini.


Selamat menjalankan tugas!

Saturday, October 24, 2009

Sebaik-baik cahaya

Matahari naik dari kaki Bukit Keledang

Pagi-pagi lagi, aku da bangun kol 5.30 pagi.. walopon aku takut dengan bayangan citer PARANORMAL ACTIVITY yang menyelubungi minda aku sepanjang malam, aku gagahkan jugak untuk pegi ke toilet untuk bersiap2 ke Bukit Keledang yang letaknya dalam 40 minit perjalanan dari Universiti Teknologi PETRONAS. Masuk simpang ke kiri ke Taman Keledang Indah. Jalan terus, jumpa simpang empat, terus lagi, dan jumpa tempat orang letak kereta untuk mendaki.

Ader jalan-jalan rentas yang curam untuk pintas
ke atas bukit.
Kalo nak ikut jalan tar, boleh aja.

Dengan menaiki kereta MyV Farah, kami meninggalkan UTP dalam pukul 6.30 pagi. Kol 7 pagi kami dah mula mendaki.

Penat memang penat.. tapi memang seronok dapat panjat bukit. Dapat tengok pagi tuh ramai warga Ipoh dah ramai park kereta kat kawasan kaki Bukit Kledang. Ada yang tua, ada yang muda, budak umur 5 taun pon ader yang memanjat. Orang tua pakai tongkat pon sangat bersemangat memanjat. Anjing pon banyak yang memanjat jugak.

Dekat pintu masuk stesen seismologi Bukit Keledang

Kat situ ader disediakan tempat-tempat rehat, tempat untuk buat tai chi, dan toilet. Ader air terjun kecik kat situ. Tapi tak bleh mandi la.

Masa kami naik tuh, matahari dah mula naik. Jalan naik ke situ memang elok jer, sebab ader trek jalan tar untuk kenderaan 4 wheel drive naik ke puncak. Kat puncak tuh ada stesen pemancar radio dan TV. Kat lereng bukit tuh pon ader stesen seismologi, untuk ukur kekuatan gempa bumi/gegaran bumi.


Ish2.. Fizah pon nak tiru gaya aku jugak.. hahahaha..

Kami sampai kat puncak kecik Bukit Keledang dalam pukul 7.45 pagi. Fareez bersemangat nak panjat sampai ke puncak. Aku tak setuju sebab aku tau yang puncak tuh jauh lagi. Kami pon berenti sekejap kat satu kawasan yang cun untuk sarapan sambil melihat pemandangan Bandaraya Ipoh, Bandar Bunga Kertas.

Bandaraya Ipoh dari Bukit Keledang

Bila sampai puncak tuh matahari da naik tinggi kat ufuk timur. Daripada puncak bukit tuh, kitorang pon dapat menegok la kereta-kereta kecik yang bergerak pelahan, bangunan-bangunan macam alat mainan .. Cantik betol. Hutan Bukit Keledang tuh memang hutan simpan yang di lindungi. Cuaca nyaman pagi tuh betol-betol menenangkan. Aku dapat rasa rambut aku tumbuh 3 helai masa tuh, sebab dek rasa tenang tuh.

Farah dan Fareez berenti rehat untuk sarapan pagi..


Berjalan turun

Sebaik-baik cahaya yang menerangi kegelapan.
Mungkin takdir
kehidupan aku macam nih,
yang mempunyai bermacam
hikmah yang
aku sendiri belom banyak terokai mahupun
untuk diketahui..


Dalam kol 8 kami tron balik. Sempat singgah sarapan kat Restoran Mee Rebus Ramli. Kemudian kami balik ke UTP. Aper pon aku mengucapkan terima kasih pada semua orang kerana sudi menemankan aku untuk ke sana. Walopon korang sibuk teramat, sudi meluangkan masa untuk bersama-sama bergembira. Hidup nih jangan la ashek nak bekerja jer 24 jam. Kene la ader riadah sket tol tak? Baru la hidup ceria.

Dunia nih luas dan mesti diteroka.. ecececece..

Thursday, October 22, 2009

Kualiti vs Kuantiti

yea.. kalo korang tanya kat memanapon, memang kita akan jawab kualiti yang paling penting.. skarang nih aku tengah memandu diri aku ke arah kualiti yang sejahtera. maksudnya kualiti kerja aku mesti sedap mata memandang dan juga sedap badan membuatnya.

Aku sebenarnya memerlukan momentum untuk membuat sesuatu benda dengan bersungguh-sungguh..

Berbalik pada kualiti dan kuantiti nih, aku nak cerita la sket dengan pengalaman aku bwat teater kat U aku, kat ipoh dan kat kolumpo. Bukan nak cakap apa. Berdasarkan pengamatan aku, aku suka membilang pada kuantiti, yang tak sepatutnya aku ukur. Berapa banyak show yang dah dibuat bukan la sesuatu yang perlu dibanggakan, tapi nilai, kualiti dan kepuasan bagi setiap show itu yang lebih penting.

Banyak menda yang boleh dicerita berkisar dengan kualiti dan kuantiti pasal idop aku nih, contohnya macam ibadat, FYP, duit, kektus, lukisan2 aku.. dan macam2 lagi.. jadi kalo nak panjang lebar cerita cuma akan memalukan diri aja. Baik diam.

Aper pon, aku kene kuatkan ati nih mengatakan rezeki setiap manusia telah ditakdirkan oleh Allah. Cuma kene berusaha dengan bersungguh-sungguh. Pastikan hasil kerja yang di buat bagus dan memuaskan. Jangan bwat ala kadar dan sambil lewa.

Bagi semua krew Shark attack.. korang memang best. Aku tak tau nak cakap apa.. Hati aku nih tak terkata.. haish~ kucing betol la..

Anyway korang semua telah melakukan yang terbaik. Dan aku bangga dapat bekerja dengan korang, walopon aku tau korang ader komitmen lain seperti nak study, nak keje, nak main game, n layan awek/balak.

Akhir kata.. pastikan kualiti diri semakin meningkat, bersama sama dengan produtiviti.

posting kali nih tak ada gambar.. malas nak letak.. nak tengok gambar? tekan kat sini..

Thursday, October 15, 2009

Mereka Hebat


Ari nih aku nak share satu menda yang aku suka.. aku minat...

Dari dulu sampai skang nih, aku memang suka diorang nih, sangat menarik.. hebat, puas.. bagus...

Siapa diorang? Namanya aku rasa korang tau kot. Diorang nih memang menjadi kegilaan ramai orang.. Sebab? sebab bakat yang diorang ada..

Kalo Korang nak tau lebey lanjut.. Jejooooomm~~

....

....

....

....

....





Johnny Depp - Pirate - perangai dia dalam cerita nih
macam haram jadah.. dia memang gila, dan memang menghiburkan.


Johnny Depp - Willy Wonka - Kau memang best dlm citer nih..
dia nih best, menghiburkan dan psiko... gigi ko memang cantik!


Johny Lever - Semua lakonan dia best. aku ashek
tergelak bila dia bwat muka


Jack Black - dia neh kalo berlakon, kaya dengan expression muka.
Badan dia sangat aktif bila berlakon. dia guna semua
ruang yang ada bila berinteraksi.


Aku paling suka dia nih.. Mr Carrie. Dia aktif.


Aku rasa aku da tengok cerita the Grinch nih
BERPULUH kali da kat rumah..

Kaya dengan facial expression, gilo, sangat menarik..
Aper pon Jim Carey mmg the Best!


Cita-cita aku bukan nak jadi pelakon.. jangan salah paham, tapi aku minat dgn depa semua nih.. lagipon ramai lagi pelakon yang aku minat, tapi x sempat nak carik gambar diorang.. kononnya bizi la..

paper pon jom tengok teater best kat kl sabtu dan ahad nih kat

TAMAN BUDAYA KUALA LUMPUR

aku berlakon dalam Teater Asylum. paper, tekan la click kat bawah tuh...


Doakan kejayaan teater aku nih..

X : kau daripada bwat post yang tak tentu arah nih, baik kau concentrate kat report kau..
Y : ala.. aku pon nak rilek-rilek gak.. sambil menulis.. aku tak men game, aku bwat la blog..
X : Sukati ko la...


Tuesday, October 13, 2009

Aku bukan budak malas..

Kalo kita dalam satu kumpulan, kene bergerak
bersama supaya kita jadi lebih kuat, macam
Avatar Aang, Katara dan Sokka
..

Da masuk minggu kedua aku gi ber-teater tour kat perak nih. Ujung minggu ari tuh kat utp, pastuh kat ipoh, sabtu ahad depan nih kat kolumpo.. terlalu banyak benda aku belajar daripada orang-orang sekeliling aku semasa proses berteater tuh.. Pekara-pekara yang memerlukan pemahaman sikap manusia, nilai-nilai kehidupan dan penghayatan pada dunia dan akhirat.. walopon aku sedar aku nih bukan baik sangat.. tapi aku berusaha untuk memperbaiki diri sendiri.

belajar nih memang sunyi kalo tak da aktiviti sampingan, terutama kalo ko nih jenis bukan yang suka menelan isik-isik buku.. aku bukan pemalas.. cuma kurang rajin untuk membaca buku.. aku suka kalo bertukar idea dalam kelas, daripada mendengar dan angguk pastuh habes kelas (aper kaitannya?).

Walaupon kau nampak tenang,
tapi hati ini siapa yang tau..

baru-baru nih banyak sangat mender berlaku kat aku.. macam-macam.. benda yang melibatkan kerugian dari segi DuET! Malas nak cerita, bwat sakit ati jer.. yang pasti, CAMERA aku da rosak! dugaan betol.

Kerja-kerja belajar aku nih banyak yang due dalam minggu teatre tour aku. Masa sangat suntuk. Aku betol kene bahagi masa elok-elok supaya keje tak makin berlambak.. dan pada masa yang sama, dapat rehat puas-puas. Tapi apa yang dirancang ashek tak jadi ajer.. beser la manusia.. (ada masa, ashek update blog aja.. mana taknya~)


Sebenarnya mak bapak aku da suruh aku berenti teater semester akhir nih.. Nak bwat macam mana. Takkan aku nak berlakon jadi orang sakit jantung depan rumate aku ari-ari macam masa aku foundation dulu (sblum terlibat dengan teater).


Aper pon aku berterima kasih pada famili aku, walau aper pon diorang tetap menyokong minat aku nih. Terima kasih jugak kepada 'kawan' aku yang sangat supportive dan memahami keadaan aku dalam menghadapi final sem nih. Dia siap datang dua kali untuk tengok show aku kat UTP dan Ipoh. Aku sangat menghargai sokongan anda semua.

Aku pas teater nih, nak gi air terjun dan mandi puas-puas..
sem nih sem akhir aku untuk bermain-main puas-puas..

If you guys do not know where to spend ur time for this coming Deepavali holiday, come and watch my theatre group performance in Taman Budaya Kuala Lumpur on Saturday and Sunday. Further details, you may visit HERE. Rugi la kalo kami da penat berlatih, cuma kerusi aja yang menonton.. Budak bawah 12 tahun FREE aja.. jom la.. Cerita memang best dan kelakar..


Friday, October 9, 2009

Orang gila pegi ke Ipoh

" kalo Tuan bijak bestari mana saya di gambar ini..
HAHAHAHAHA terserlah.. "

Auuuuuummm.... (bunyi jerung darat)

Mari menonton teater kat Ipoh, cerita Asylum dan Medley of Mime

di


Taman Budaya Perak, Ipoh


10 dan 11 Oktober 2009

(Sabtu & Ahad)

Jam 9 malam


Tiket RM 10*

(budak bawah 12 taun free aja)


Sinopsis..

Asylum
Berkisah tentang sekumpulan orang gila nak bwat teater. Teater berkenaan dengan isu-isu masyarakat skang nih la.. Dibarisi pelakon-pelakon Tronoh Theatre Shop Universiti Teknologi PETRONAS. Diarahkan oleh Aini, pemenang artis harapan terbaik Festival Teater Perak (FTP) 2007. Skrip oleh Dr Shark, teater nih menang tempat ketiga untuk FTP 2007.

Medley of Mime
Show mime oleh mimers UTP terkenal seperti Half, Sefa dan Ash. Keberbakatan mereka terserlah kerana sering dipelawan untuk mengadakan show mime kat Kuala Lumpur dan UTP. Korang kalo gi Perancis ker, UK ker, German, Belgium atau negara-negara Eropah aja bleh tengok Mime Show. Kalo kat Melesia nih nak jumpa Mime Show, tak tau kat mana.. Kat pavilion ada kot.. tuh pon untuk promote product kosmetik aja..

Teater Amal TTS
Kami menjalankan teater amal, dimana 30% daripada kutipan akan disumbangkan kepada Rumah Budi Mulia Nurul Huda, Chemor. Jadi Eloklah kita disamping berhibur, beramal jugak... baru ada keberkatan..

Tak tau kat mana taman budaya Ipoh?


senang aja cari.. kalo da jumpa Ipoh Parade (kalo dari arah Yik Fong la), amek round about pukul 9, then nampak la Taman Budaya Perak kat seberang jalan belah kanan. Kene la gi kat roundabout satu lagi untuk bwat U turn. Da sampai! bebetol sebelah Perpustakaan.

Jadi apa tunggu lagi, mai singgah~

kalo ada nak tengok review daripada cerita sebelum nih, mai dtg website nih..

Wednesday, October 7, 2009

Apo namo eh?

"Namo den sebaik-baik cahayo.. tuh
sobab kepalo den
pon ado cahayo skang nih.. Apo nak koba?.."

Tadi baru abes presentation poster.. banyak menda yang nak kene betolkan.. aku tak harap sangat dapat masuk edx.. sebab banyak sangat menda nak dibuat nanti (kau ingat kau layak masuk??? Result macam haram, ko ader perasaan nak sebut pasal edx!).

Memang bizi la dua tiga ari neh, mano tak eh.. kono buek projek memacam laie. Nih FYP nih tak selosai laie nih ha.. Ado pulak nak kono buek ex
tra work (tuh la sepo soh gatal mulut nak buek extra). Mencieh poluh kek kepalo den nak memikir an. Pas tuh ado yo laie pasal teater nih. Walopon den tak buek apo-apo pon, tapi raso kono labertanggungjawab sket, nanyo orang sanun sini pasal progress.. kang macam jadi ahli lolap yo kang, apo pulak orang koba.

Tuh yo la.. Tak tau nak buek apo, walopon kojo melambak. Kok nak ditanyo apo mondo yang paling den risau, petamo.. skali ialah FYP den nih, mintak-mintak by this week selosai la sumo eh. Kedua, ialah teater tour nih. Heharap sumo bejalan lancar. Ketigo.. den tak ingat da..

Sem nih da lain bona raso eh. Da amek jarang eh main game, da tak poi mandi air terjun, da jarang-jarang gi swimming.. takda life lagi plak.. Tido tak bejago, makan tak tontu, kawan sendri pon tak di layan elok-elok. Mintak maaf la yo..

Akhir kata..

Semoga Allah, Tuhan sekalian alam, memudahkan segala urusan saya, keluarga saya, kawan saya, kawan-kawan saya, dan juga semua umat Islam.

p/s : Orang Bagan Pinang jangan lupo kuar mengundi ni nanti.. undi anda adalah penontu lancarnya pembangunan negaro..

Tuesday, October 6, 2009

Hepi Birthday Mr F


Hari nih birthday rumate aku. 6 Oktober 2009. Da semilan ribu tahun aku kenal dia.. sejak dari foundation duduk sesama (kecuali time intern), sampai la skang nih, semester paling akhir kat UTP neh. Aku da ditakdirkan berumate dengan dia, bukan dengan sengaja, kenal masa register bilik depan registration counter kat blok Metana. Aku kata kat akak yang register tuh,

"kak, kalo buleh saya nak rumate dengan orang Islam.. senang nak solat..."
"..aaa.. boleh.. nanti akak carikan..." kata akak tuh sambil check list nama..

Masa yang sama, Farid pun ikut register sebelah aku, masa tuh dia pakai songkok itam.. ingat lebai mana la plak nih..
Jadi aku tanya la dia, da ader rumate ker belom.. dia kata tak ada.. jadi aku pon mintak la nak join dia jadi rumate. Itu ajer la ceritanya.

"Farid dan budak paling manja dalam rumah
kitorang, Jay..
"

Sebagai seorang pelajar sekolah harian yang tak pernah duduk asrama, aku blaja banyak mender untuk berdikari kat utp neh, daripada si Farid nih la aku blaja.. aku tanya la dia macam mana kebiasaan yang dibuat dek budak asrama.. dan kekangkadang aku peratikan la si farid nih bwat rutin harian, basuh baju pon aku tengok dia..
Sumer nih dibuat supaya segala menda lebih teratur.. dan menjadikan aku berasa seronok duduk kat UTP.

Daripada farid la aku kenal kengkawan aku yang ada skang nih seperti Zik, Matshin, Fizah dan lain-lain..

Kitorang da menempuh hidup yang pelbagai kat UTP neh dengam bermacam kerenah manusia (termasuk kerenah aku). Pegi mandi air terjun, camping, jalan-jalan.. dan macam-macam lagi.. Jadi segala pekara yang dibuat bersama neh akan tetap menjadi kenangan manis..

Kalo nak cerita pasal farid neh, seploh hari seploh malam pon tak abes. Dia memang pandai orangnya.. cepat ajer tangkap aper yang lecturer ajar.. sangat supportive.. good listener.. sopan santun.. pelawak orangnya.. dan paling penting, penyimpan mohor besar aku yang paling aku percaya.. dan dia sangat memahami tindak tanduk aku... dia tengok ajer muka aku, dia da tau aku nak cerita sesuatu.. so, memang dia bleh baca la aper aku nak buat..

Dari kiri, Anwar, Acap, Jay, Faiz, Mashin, Farid, Nik masa annual dinner

Bergaduh? stakat nih tak penah la bercekak bertumbuk.. bertengkar pon tak ader.. masing-masing da besar.. jadi kene la professional dalam bertindak.. aku tak tau la, aper sebenarnya anggapan rumate aku nih pada aku, yang selalu merepek-repek, dan suka mengadu yang bukan-bukan.. aku rasa mungkin akulah orang yang paling membosankan kat dunia neh..

sebagai seorang pelajar yang bijak dan cemerlang dalam pelajaran, dan penah berkerja di German selama lapan bulan, aku yakin Farid akan menjadi seorang pekerja yang sangat cemerlang. Tapi stakat nih dia kata dia nak sambung master dulu...

Kalo korang nak tau dia neh single mingle lagi.. kalo korang nak ngorat, bagi la tau dia sendri.. ramai pompwan minat
dia nih tau.. dulu dia nih peminat Megan Fox.. bila dapat tau minah tuh sebenarnya jantan, skang da tak minat lagi da.. HAHAHAHAHAHAHAHA

Akhir kata,

"..Farid, semoga ko cemerlang dunia akhirat "

Anwar dan Farid masa gi Tasik Kenyir,
apo dibuek kek situ.. bia la rahsio..



..Anwar - August 2009

Friday, October 2, 2009

Orang Gila di MPH!


Ai nih ari show.. show yang besar ertinya pada aku.. kerana banyak sebab.. walopon banyk pekara yang kurang sedap berlaku sepanjang semester neh.. hal melibatkan hati dan perasaan, melibatkan pelajaran dan macam-macam lagi.. aku rasa nih cuma cabaran dalam hidup..yang perlu di-enjoy~


"Skang aku minum menda alah nih.. rasanya bleh tahan..
bagi aku teh nih rasanya lembut sikit.."


Aper pon, sem nih, sebagai sem terakhir, akan aku hirup seperti menghirup teh sabah yang baru aku beli kat Halida kelmarin. Akan aku selami seperti menyelam kat swimmingpool UTP. Hidup memang penuh cabaran. Kalo masa study nih, memang nih la cabarannya.


"Jadi saintis memang memerlukan cabaran..
nih gambar masa aku amek PhD kat University of Rembau.. "


Sebab aku penah kerja dulu, cabaran dia lain... tak sama dengan skarang.. skarang nih moderate levelnya lagi.. kalo time keje.. gugur rambut kau.. Nasib bek skang nih aku da lain sket.. up sikit dari dulu... sebab aku ader supporter sulit.. hehehehe...

"Aper yang dapat kau dapat masa belajar kat utp nih?
Kalo ko ashek nak kera sumbang aja.. tak guna gak..
kengkawan la jadi teman berhibur.."


Anyway.. sebagai seorang pelajar, aku harap segalanya dipermudahkan Allah..
Aper pon..


SAKSIKAN GENG ORANG GILA di MPH, UTP MALAM INI~
2 & 3 October
ASYLUM 9.00 Malam




"aku bukan aja bleh blakon teater, tapi blakon men gitar gak.."