Friday, October 9, 2009

Orang gila pegi ke Ipoh

" kalo Tuan bijak bestari mana saya di gambar ini..
HAHAHAHAHA terserlah.. "

Auuuuuummm.... (bunyi jerung darat)

Mari menonton teater kat Ipoh, cerita Asylum dan Medley of Mime

di


Taman Budaya Perak, Ipoh


10 dan 11 Oktober 2009

(Sabtu & Ahad)

Jam 9 malam


Tiket RM 10*

(budak bawah 12 taun free aja)


Sinopsis..

Asylum
Berkisah tentang sekumpulan orang gila nak bwat teater. Teater berkenaan dengan isu-isu masyarakat skang nih la.. Dibarisi pelakon-pelakon Tronoh Theatre Shop Universiti Teknologi PETRONAS. Diarahkan oleh Aini, pemenang artis harapan terbaik Festival Teater Perak (FTP) 2007. Skrip oleh Dr Shark, teater nih menang tempat ketiga untuk FTP 2007.

Medley of Mime
Show mime oleh mimers UTP terkenal seperti Half, Sefa dan Ash. Keberbakatan mereka terserlah kerana sering dipelawan untuk mengadakan show mime kat Kuala Lumpur dan UTP. Korang kalo gi Perancis ker, UK ker, German, Belgium atau negara-negara Eropah aja bleh tengok Mime Show. Kalo kat Melesia nih nak jumpa Mime Show, tak tau kat mana.. Kat pavilion ada kot.. tuh pon untuk promote product kosmetik aja..

Teater Amal TTS
Kami menjalankan teater amal, dimana 30% daripada kutipan akan disumbangkan kepada Rumah Budi Mulia Nurul Huda, Chemor. Jadi Eloklah kita disamping berhibur, beramal jugak... baru ada keberkatan..

Tak tau kat mana taman budaya Ipoh?


senang aja cari.. kalo da jumpa Ipoh Parade (kalo dari arah Yik Fong la), amek round about pukul 9, then nampak la Taman Budaya Perak kat seberang jalan belah kanan. Kene la gi kat roundabout satu lagi untuk bwat U turn. Da sampai! bebetol sebelah Perpustakaan.

Jadi apa tunggu lagi, mai singgah~

kalo ada nak tengok review daripada cerita sebelum nih, mai dtg website nih..

4 tembakan:

  1. penJelaJahJuJur ( October 9, 2009 at 11:59 AM )

    berkilat.
    silau den
    haha

  2. teddybiegirl ( October 9, 2009 at 12:16 PM )

    erm..mano yg pling berkilat tu..hahahaa

  3. siti otai ( October 12, 2009 at 10:31 PM )

    haha..tayah cakap pon den nampak

  4. Kaloi ( October 16, 2009 at 12:02 AM )

    pejelajah - BETOL

    teddy - BETOL jugak

    siti - mmg ko tak tau jawapan eh.. hurm~