Saturday, October 24, 2009

Sebaik-baik cahaya

Matahari naik dari kaki Bukit Keledang

Pagi-pagi lagi, aku da bangun kol 5.30 pagi.. walopon aku takut dengan bayangan citer PARANORMAL ACTIVITY yang menyelubungi minda aku sepanjang malam, aku gagahkan jugak untuk pegi ke toilet untuk bersiap2 ke Bukit Keledang yang letaknya dalam 40 minit perjalanan dari Universiti Teknologi PETRONAS. Masuk simpang ke kiri ke Taman Keledang Indah. Jalan terus, jumpa simpang empat, terus lagi, dan jumpa tempat orang letak kereta untuk mendaki.

Ader jalan-jalan rentas yang curam untuk pintas
ke atas bukit.
Kalo nak ikut jalan tar, boleh aja.

Dengan menaiki kereta MyV Farah, kami meninggalkan UTP dalam pukul 6.30 pagi. Kol 7 pagi kami dah mula mendaki.

Penat memang penat.. tapi memang seronok dapat panjat bukit. Dapat tengok pagi tuh ramai warga Ipoh dah ramai park kereta kat kawasan kaki Bukit Kledang. Ada yang tua, ada yang muda, budak umur 5 taun pon ader yang memanjat. Orang tua pakai tongkat pon sangat bersemangat memanjat. Anjing pon banyak yang memanjat jugak.

Dekat pintu masuk stesen seismologi Bukit Keledang

Kat situ ader disediakan tempat-tempat rehat, tempat untuk buat tai chi, dan toilet. Ader air terjun kecik kat situ. Tapi tak bleh mandi la.

Masa kami naik tuh, matahari dah mula naik. Jalan naik ke situ memang elok jer, sebab ader trek jalan tar untuk kenderaan 4 wheel drive naik ke puncak. Kat puncak tuh ada stesen pemancar radio dan TV. Kat lereng bukit tuh pon ader stesen seismologi, untuk ukur kekuatan gempa bumi/gegaran bumi.


Ish2.. Fizah pon nak tiru gaya aku jugak.. hahahaha..

Kami sampai kat puncak kecik Bukit Keledang dalam pukul 7.45 pagi. Fareez bersemangat nak panjat sampai ke puncak. Aku tak setuju sebab aku tau yang puncak tuh jauh lagi. Kami pon berenti sekejap kat satu kawasan yang cun untuk sarapan sambil melihat pemandangan Bandaraya Ipoh, Bandar Bunga Kertas.

Bandaraya Ipoh dari Bukit Keledang

Bila sampai puncak tuh matahari da naik tinggi kat ufuk timur. Daripada puncak bukit tuh, kitorang pon dapat menegok la kereta-kereta kecik yang bergerak pelahan, bangunan-bangunan macam alat mainan .. Cantik betol. Hutan Bukit Keledang tuh memang hutan simpan yang di lindungi. Cuaca nyaman pagi tuh betol-betol menenangkan. Aku dapat rasa rambut aku tumbuh 3 helai masa tuh, sebab dek rasa tenang tuh.

Farah dan Fareez berenti rehat untuk sarapan pagi..


Berjalan turun

Sebaik-baik cahaya yang menerangi kegelapan.
Mungkin takdir
kehidupan aku macam nih,
yang mempunyai bermacam
hikmah yang
aku sendiri belom banyak terokai mahupun
untuk diketahui..


Dalam kol 8 kami tron balik. Sempat singgah sarapan kat Restoran Mee Rebus Ramli. Kemudian kami balik ke UTP. Aper pon aku mengucapkan terima kasih pada semua orang kerana sudi menemankan aku untuk ke sana. Walopon korang sibuk teramat, sudi meluangkan masa untuk bersama-sama bergembira. Hidup nih jangan la ashek nak bekerja jer 24 jam. Kene la ader riadah sket tol tak? Baru la hidup ceria.

Dunia nih luas dan mesti diteroka.. ecececece..

12 tembakan:

  1. whatsername ( October 24, 2009 at 8:11 PM )

    tq sb bwk

  2. Keyrol Anwar ( October 24, 2009 at 8:11 PM )

    alalalala.
    comel nye nuar.rambut tumbuh 3 helai~
    dunia ini luas dan mesti diterokai bersama org tersayang...cececec~

  3. lalalala~ ( October 24, 2009 at 9:33 PM )

    awesome~

  4. ben ( October 24, 2009 at 10:46 PM )

    naik spi highest peak lah, 7km only climbing.hehehehehhehe

  5. timah ( October 24, 2009 at 11:15 PM )

    uuuuu..

    dunia da maju..
    abang pon da maju...
    meow....~~~~^O^

    hahahahaha!!!!

  6. Anonymous ( October 25, 2009 at 11:55 PM )

    wah...seronoknye mendaki...
    aku rndu la nk bc post ko dlm bahoso nogori...

  7. Anwar Samad ( October 26, 2009 at 1:02 PM )

    whatsername - temekasih sebab drive kete untuk kami.. hehehehehe..

    keyrol - yea..

    lalalala - asam?

    ben - ambo tak dayo.. lg pon aku nak tgk matahari naik jer..

    timah - mesti la maju.. takkan makin mundur

    kema - kalo ko rindu, baca la post2 sebelum nih, aku dah postkan cerita bersiri Leman Tunggal. try tgk.. hehehehehe..

  8. Asyraf Maskan ( October 26, 2009 at 2:39 PM )

    bestkan pagi2 hirup udara segar
    angin bertiup menyikat atau tidak menyikat rambut~
    tapi nua, gaya cekak pinggang rozy bakar tu mmg popular skrg... ramai yg dah cuba tiru. tahniah

  9. Anwar Samad ( October 26, 2009 at 9:24 PM )

    sapa rozybakar tuh cap.. gua x kenal.. auty rozy aku kenall

  10. Anonymous ( October 28, 2009 at 12:54 AM )

    kerol...mane nak cr cite leman tunggal 2? bg link

  11. syik s. ( November 1, 2009 at 2:18 AM )

    kaki kau tepong cam dekna.. wek!

  12. Anonymous ( November 2, 2009 at 7:13 PM )

    hey als.den sekeh ko krg.jgn nak libatkn den.grrr..