Thursday, November 5, 2009

Tragedi keripap

Ari nih aku beli keripap. Setiap kali aku beli keripap, aku teringat kisah yang tragis berlaku masa aku form 2 kat Sekolah Menengah Tuanku Muhammad, Kuala Pilah.

Aku kenal DIA sejak form 1, penglibatan gengster-gengster (tak gengster pon, cuma budak nakal aja) sekolah. DIA kawan kepada Aino, budak yang sebaya dengan aku, badan gempal, kat bawah biji mata belah kanan dia ada bintik itam kecik. Nama DIA,

MANIMANAN

" Aku bukan Manimanan.. "

Sama umur dengan aku, rendah-rendah, rambut ikal, selalu comot. Dia nih suka cari gaduh dengan aku. Dan biasanya aku tak melawan. Dalam banyak-banyak orang, aku aja dia suka nak carik point.

Masa aku sekolah dulu, aku suka bawak bekal pegi sekolah. Jadi telah ditakdirkan Tuhan, hari tuh aku membawa bekal karipap ke sekolah. Dan masa rehat, aku pon menjamu selera dengan kawan aku kat tepi padang sekolah. Seronok betol bekelah tepi padang bawah pokok angsana gergasi kat situ.. angin sepoi-sepoi bahasa..

Kat Tuanku Muhammad School ader dua batang pokok
besar depan tempat parking, tempat aku selalu lepak waktu rehat.

Tengah sedap menjamah keripap, tetiba aku dapat rasa aura membunuh kat sebelah aku.

YAA!!! MANIMANANNNN sudah datang...

Aku dapat rasa angin bertiup kencang menerbangkan rumput rumput kering kat tepi padang tuh.. Manimanan nih nak carik gaduh la nih.

Manimanan datang dekat dengan aku dan membeliakkan mata dia.. (memang satu hal Manimanan nih, dia suka buat mata terbeliak untuk menakutkan musuh). Kebiasaannya aku lari, atau buat tak tau. Tapi kali nih aku terpaksa berdepan dengan si bedebah nih.

"Ekau nak apo?" aku tanya. Di Kuala Pilah, semua org paham loghat nih.
Dia tak membalas, dia membeliakkan mata dia lebih besar. (Aku da rasa dia nih macam binatang atas pokok yang kat dalam discovery channel pulak).

Dia semakin rapat dengan aku. Aku tak tau nak buat apa. Aku takut berakhir dengan tumbuk menumbuk jer kang, yang pasti aku akan kalah free-free ajer.

Aku dulu penah bergaduh, kecik-kecik lagi la.. ader kalah, ader menang..

Aku bepikir panjang, sambil merenung tupaware aku.. Aku kene bertindak.. Masa semakin genting!!!!

Dengan satu tindakan berani, aku amek keripap yang aku da makan separuh tuh, aku teros benamkan kat mata kiri dia. Pastuh aku cabut lari.

Bila aku toleh blakang, dia tengah terpiat-piat sebab pedih mata. Padan muka. Tuh la.. da nak beliak mata dengan aku sapa sroh.

Sejak dari ari tuh, Manimanan da tak berani kacau aku. Sebab taun depannya aku da pindah Seremban..

Mintak maaf yea Manimanan..

Moral kepada cerita ini, korang jangan carik gaduh pada orang yg tengah makan keripap.

Keripap merupakan sesuatu paling bermakna bagi aku dan bapak aku.

12 tembakan:

  1. k e r e p e k t e m p e ( November 6, 2009 at 12:19 AM )

    suka manimanan belakon.. lawak gila

    kes karipap ko ni ada serupa dgn cerita aku time kecik2 dulu hahaha..

  2. penJelaJahJuJur ( November 6, 2009 at 12:27 AM )

    berdasarkan gaya penceritaan dan luahan emosi yang lantang..
    aku saspek ko terer wat karipap pusing aa aku rase..

    nak sket. tq

  3. penJelaJahJuJur ( November 6, 2009 at 12:27 AM )
    This comment has been removed by the author.
  4. aiEN ( November 6, 2009 at 1:26 AM )

    hahahha.. aku bace cite ni dr awal ingat kan ape la kesudahan cite manimanan ni.. ingat kan gengster kuala pilah yg dh berjaye, pastu ko nk share cite kat blog ni..
    rupe2 nye jgn gado ngan org yg tgh mkn karipap.. huhuhu.. lawak betol ko nih kerol..

    aku pon sgt2 menghargai karipap!! sukeee.. :-)

  5. [ acabond ] ( November 6, 2009 at 9:52 AM )

    tringat makcik jual karipap dan nasik lemak kat tingkap asrama dulu....

  6. timah ( November 6, 2009 at 8:56 PM )

    erk...

    apo yg b'makno eh?
    sal den xtauuuuu....!!!!!!

  7. siti otai ( November 7, 2009 at 12:05 AM )

    haha..lawak2..
    lopeh ni da x buleh kacau kerol makan da..
    seb bek den x kacau ko mkan mee kek umah kau time rayo arituh..

    seb baek la maso tuh ekau bwk karipap..ko tongak mkn mee..
    ko cucuk mato budak tuh ngan garpu..
    x jd manimanan la dio..
    jd kasim solamat..

  8. Mysterious Lady ( November 7, 2009 at 2:15 AM )

    aku suke karipap sadin. tp susah nk cari karipap sadin yg betul2 memuaskn nafsu.

  9. Anwar Samad ( November 7, 2009 at 7:10 AM )

    kerepek tempe - nama dia jonny levis kalo x silap..

    penjelejah jujur - aku tak reti buat, reti makan aja...

    ain - nnt ko ajar la omputeh tuh makan keripap..

    acap - tuh bukan makcik.. tuh antu..

    timah - aih.. tanyo ayah kau..

    siti otai - kok tongah makan mee, den balut an mee tuh kek tongkuk eh..

    gadis misteri - aku suka keripap kentang jer... sadin tuh tak masuk la.. hehehehehehe...

  10. izzah ( November 8, 2009 at 9:37 PM )

    kerul, konon sadin x masuk dongan kau, sudahhla~~~ko mmg x ghoma makan ikan!! >.<

    den x sangko ko ade kisah trajis macam ni!hahaha

  11. OoizzioO ( November 15, 2009 at 7:53 PM )

    sian karipap tu

  12. Anwar Samad ( November 17, 2009 at 12:56 AM )

    ija - setiap org ado kisah tragik ehh..

    izzi - kesian kat inti keripap tuh..