Friday, December 4, 2009

Nih kerja perempuan ke keje laki?


YEAAA.. nih isu sensitip neh..

Nih aku nak tanya.. kalo bwat keje-keje masak, kemas rumah, jaga anak-anak nih keje sapa?

laki ker pompwan?

Isu nih ditimbulkan oleh kawan aku, dan ia menyebabkan aku terpikir sket... memandangkan aku nih lelaki.. mesti la aku rasa keje-keje tuh disesuaikan dengan pompwan..

Sebab apa? aku rasa korang pon tau sendri kan?

Bapak aku pun sama jugak.. kalo dia tengok mak aku sibuk bwat keje kat dapur, dia akan tolong. Tapi, sumer keje-keje dapur dan kemas rumah, tetap mak aku yang uruskan secara rasmi, walopon mak aku seorang yang bekerja.

Tapi kalo bab-bab maintenance, memang bapak aku yang jaga.. betolkan paip, atap bocor, kereta rosak.. takkan mak aku nak pi panjat atap rumah, kalo atap bocor kan? Sebab apa? sebab laki dan pompwan bebebeza.

Seperti mana kata lecturer aku (dia PEREMPUAN), kita jangan sibuk nak tegakkan gender equality. Sebab kita berbeza. Lelaki tak sama dengan perempuan. Dan tanggungjawab masing-masing tak sama. Tapi tak salah kalo kita bersama-sama melakukan sesuatu kerja sesama, tanpa ada diskriminasi.

Bersefahaman la dalam tugas masing-masing.. jangan sibuk kata lelaki MESTI bwat keje pompwan.. lelaki pon kene paham.. jangan pandai mengarah jer.. tolong la bini sekali sekala.. Allah telah menjadi lelaki dan perempuan tuh dengan tugas dan tanggungjawab yang berbeza.. jadi sama-sama la kita memahami satu sama lain.. jangan nak melenting tak tentu pasal...


“Dan orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan, dan melarang daripada berbuat kejahatan; dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan Rasul-Nya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.” (Surah At-Taubah, ayat 71)

Kesimpulan aku, biarlah perempuan dengan tugas rasminya sebegitu, dan lelaki sebegini, tapi tak salah kalo kedua-duanya bersama-sama dalam mengurus hal rumah tangga.. baru lah rumah tangga harmoni.

p/s :jangan marah yea.. nih pandangan aku JERRR~

11 tembakan:

  1. whatsername ( December 4, 2009 at 11:47 AM )

    zaman dulu2 mmg pompuan memasak laki bekerja.tp zmn skang,pompuan pun sama2 bekerja carik duit,apa salahnya laki pun sama2 memasak

    tapi kalau pompuan x memasak lgsg pun susah gak.dah jadi queen control plak.pada pendpt aku sama je pembahagian tugas zmn skarang.
    kalau both baru blk keje penat, laki baca newspaper goyang kaki dpn tv,suh bini buat kopi,jaga anak,tak adil gak kan sb both bekerja

    yg penting tolong menolong utk kurangkan beban msg2

  2. lalalala~ ( December 4, 2009 at 5:52 PM )

    i rasa lelaki should provide everythg to perempuan termasuk org gaji...bila ada org gaji... tukang kebun... pengasuh... takyah la lagi pening2 kepala buat kerja2 rumah... hihi..(cuak la tu)..just joking...
    kesimpulannya...nak mendirikan sesuatu yg baik...ilmu kena ada...kena sedar tanggungjwb memasing.. so this kind of issue takkan timbul.... hoho...

  3. aiEN ( December 4, 2009 at 9:54 PM )

    aku sokong panglima bukit putus! suke dengan opinion ko ni! :-)

    HIDOP KEROL!

  4. kemashady ( December 4, 2009 at 11:25 PM )

    uish...
    kerol..da ckp psl urus umah tangga..
    bagus2...
    sok2 nak kawin jmpt tau..
    psl keje 2 laki pompuan pon ble wat..xde mslh..

  5. Mysterious Lady ( December 5, 2009 at 1:36 AM )

    Aku sokong kerol jugak! Hidup berumah tangga kena ada tolak ansur & saling faham-memahami. Tak faham pun kena kasi faham jugak.

  6. Half ( December 5, 2009 at 8:26 AM )

    tapi kan nuar, mcmane dengan kes rozy bakar tu? boleh komen sikit? hhahahhahahahah

  7. suE ( December 7, 2009 at 5:51 PM )

    Ni kawan anda yg telah bersuarakan topic tersebut.

    Men's duty is to provide and the best educator of our children is the mother.

    Try listening to Abdul Raheem Green's talk on Does Islam Oppress Women? Try cari on YouTube.

  8. farid ( December 12, 2009 at 9:34 PM )

    nua baco buku ' Men are from Mars Women are from Venus ' baru dio buleh buek post neh...kalu x mampuih dio nak pham bezo jantino ni haa...

    ahaha

  9. Anwar Samad ( December 14, 2009 at 4:01 PM )

    sue- BAEEKKKK~~~

    farid - lain macam yo maksud kau tuh farid.. hahahahaha

  10. Anwar Samad ( December 14, 2009 at 4:02 PM )

    half- rozybakar adalah mitos dalam tts.. aku sendri tak kenal dia..

  11. syik s. ( December 14, 2009 at 10:58 PM )

    ok. balik umah ni, kau tolong mama buek kojo umah dongan dekna, timah ngan baby. jangan tau cakap "we are tired!" yo!