Monday, December 28, 2009

Pergi jenjalan jer

Awan berarak lalu menunjukkan kuasa suria yang terik..Angin sepoi-sepoi bahasa menghembus rambut yang panjang mengurai.. seekor lembu melintas menoleh pada aku.. lalu aku honk lembu tersebut. Lembu yang sememangnya lembu, membuat muka tak bersalah lalu menundukkan kepala dan berlalu ke tepi. (amacam?? ader gaya penulis novel abstract?)

Ari jumaat lepas aku pegi melawat sebuah taman haiwan kat Jalan Seremban-Kuala Klawang, menghala ke pekan Pantai. Tempat nih bawah kelolaan Jabatan Haiwan N. Sembilan. Cuma dalam 15 minit dari pusat bandar dan cuma 5 minit kalo drive dari rumah aku. Tempat nih menarik dan memang patut dikunjungi oleh penduduk Seremban yang nak berekreasi dan melapangkan minda. Kalo nak jogging pon boleh. Masuk free, cuma kene tulis nama aja.

Masa aku pegi tu pon, aku bawak kawan aku yang datang dari Kedah pegi melawat, sebab dia kata dia tak penah tengok burung ostrich. kesian. Kat sini ada beberapa haiwan yang menakjubkan seperti burung ostrich mata dua, unta leher panjang, merak kepala berjambul, rusa kaki empat, lembu perut besar, dan monyet ekor panjang. Tak da la banyak binatang macam kat zoo tuh. Tapi tempat dia memang menarik. Kalo bawak cucu atau anak-anak berjalan memang sesuai la.

rusa kaki empat sedang memenuhkan empat perutnya

landak duri banyak pon ada

model upahan bersama beruk ekor panjang

unta leher panjang yang tak berenti-renti makan

itik putih nih boleh terapung atas air! MENAJUBKAN!!!

anak rusa kaki empat nih sangat jinak..
dia nak ikut aku balik..
tapi pak gad tak kasi

ini salah seko rusa kaki empat yang jinak

Kalo ader kelapangan masa jom la naik kete ronda-ronda kat sini.. Kalo nak aku jadi pemandu pelancong bleh gak. Tapi kene la bayar sket.. muahahahahaha..

Monday, December 21, 2009

Ke Kolumpo dan Kajang

Fuh.. aku rasa macam da 3 minggu duduk kat umah ni dah, tapi sebenarnya baru seminggu lebey. Ari sabtu ari tuh, aku tron ke Kolumpo, tengok cerita Avatar kat pavilion dengan acap, mashin dan adik sedara dia.. Seronoknya.. Cerita Avatar memang best. Lepas tuh Mashin belanja makan subway. Dia belnja makan sandwich yang panjang dia satu kaki. Pergghh.. memang best. Terima kasih jugak pada acab sebab belanja aku tengok wayang. Pegi KL dalam kol 11 pagi, balik umah dalam kol 1030 malam. Naik bas jer.

aku makan menda nih.. muahahahaha

pemandangan kat pavi

Ahad plak aku gi Kajang. Tengok Senior atau bleh gak sebut sebagai cekgu teater aku. Nama dia Lutfi. Jumpa jugak abang Pot.. bukan POD (pocket oxford dictionary). Kami amek gambar2.. makan2.. da balik. ader gak teringin nak folo pegi ke alamanda. Tapi memandangkan instinct aku kata "jangan", so aku follow la "the force". Pergi naik kete bapak aku, ikut hiway LEKAS.

sebelah tiang nih la aku park kete

dengan abang put.. ehh silap.. abang pot!

nih poster cun dari kami..
(amaran! jangan buat poster kat kalender!)

bersama mr rahmat dan anaknya sarah

bersama pengantin.. doremon tuh bukan adik aku..

Tak sabar rasanya untuk tunggu hiway LEKAS siap, sebab hiway nih akan memudahkan aku untuk pegi KL!! dah la cepat, tak banyak keter. So, lepas nih tak payah nak bersesak-sesak kat hiway PLUS lagi daaa~ dan satu lagi advantage, tol masuk hiway tuh betol-betol blakang area umah aku.

Friday, December 18, 2009

Aper nak buat?

ketus mempunyai seni yang cukup menarik

Ari nih tak tau apa nak bwat.. tapi hari nih hari penting bg mama dan papa, sebab ulang taun anniversary depa yang ke... Semoga mereka bahagia sampai ke anak cucu..

Aku masih terlantar di rumah teres satu tingkat ini. Petang-petang ujan. Aku akan online pagi, petang dan malam untuk menghilangkan bosan. Tapi aku cuma melawat facebook, jobstreet, website SPA dan website politik aje.. Kalo bosan jugak, aku akan baca novel, atau komik. Buku kat umah aku nih memang banyak. Cuma aku nih bukan rajin baca, kecuali buku tuh betol-betol menarik.

Selain kektus, aku suka pokok bunga kertas

Kalo nak tanya aktiviti aku, memang bosan. Tapi aku cuba pelbagaikan. Skrang nih aku tengah sibuk membela kektus aku sambil menjaga kebajikan pokok-pokok bunga mak aku. Semalam aku trim pokok-pokok bunga kertas tuh sampai kurus.. Sebab nak galakkan bunga. Lepas tuh aku baja dengan baja taik ayam.

Untuk kektus, aku baru beli baja khas berharga RM8. Dulu aku ader ura-ura nak jual kektus. Tapi memandangkan aku perlukan masa lama untuk menghasilkan jumlah yg besar, aku padamkan ajer hasrat tuh. Yang penting skang aku bela depa sampai depa gemuk dan gebu dan berbunga semula. Dan, aku cuba balik teknik grafting yang aku pernah cuba masa form 1 dulu. Aku akan try balik kali nih, harap-harap berjaya.

Itu aja stakat nih. bye~

Selamat Menyambut Awal Muharam 1431 Hijrah

Wednesday, December 16, 2009

Selamat Berkahwin dan Berteater

Sabtu 19 oktober nih ader dua kejadian penting bagi beberapa orang kawan aku...

Aku mengucapkan selamat berkahwin kepada senior grup teater aku, Encik Lutfi Othman yang akan kawin sabtu nih.. dia nih baik hati dan kelakar orangnya.. seronok dapat berkwan dengan dia.. InsyaAllah saya datang.. tapi tak tau nak pegi sabtu ke, atau ahad..

Semoga Abang Lut bahagia sampai anak cucuuuu...

Punyala susah nak cari gambar dia nih.. walopon terkenal dia sentiasa merendah diri..


Aku jugak mengucapkan selamat berteater pada Ash dan Hisham yang akan bwat persembahan mime kat Kuala Kangsar pada malam sabtu tu.. Aku yakin korang boleh bwat yang terbaik dan cemerlang.. mintak maaf la, mungkin aku tak dapat datang, lagipun.. ari tuh da tengok korang berlatih seminggu.. cukup la kan? Ash pon da muak tengok muka aku.. Jadi akhir kata pada mereka..

FEEL THE FORCE AND GOOD LUCK!
















Ash dan Hisham akan beraksi di Kuala Kangsar pada sabtu ini..

Monday, December 14, 2009

Selamat Tinggal..

Sekejap lagi aku akan tinggalkan UTP.. mungkin tinggalkan untuk selamanya..

ader rasa sedih.. sikit.. sebab..

tinggalkan tempat yang banyak mengajar aku tentang kehidupan..

tinggalkan rumate aku, mungkin dalam jangka masa yang panjang..

tinggalkan kawan-kawan aku.. entah bila jumpa lagi..

tinggalkan hostel aku.. yang sunyi..

aper pon pengalaman yang aku dapat, baik atau buruk, aku jadikan ia sebagai pengajaran dan panduan untuk menjadi insan yang lebih baik..

kawan memang sesuatu yang sangat bernilai pada aku.. terutama kawan yang baik macam dia.. dan dia.. aku doakan semoga mereka berjaya dalam kehidupan memasing..

jadi nih ada tiga rangkap pantun sempena perpisahan nih..

pulau pandan jauh ke tengah,
gunung daik bercabang tiga,
hancur badan dikandung tanah,
budi yang baik dikenang jua.

kalo ada jarum yang patah,
jangan disimpan di dalam peti,
kalau ada silap dan salah,
jangan disimpa didalam hati.

kalo ada sumur di ladang,
bleh hamba menumpang mandi,
kalo ada umur yang panjang,
boleh kita berjumpa lagi.

bye-bye...

MMmmuuuuuuuu~~~ (tiru cara ash menangis..)


-Anwar Samad.

Bye-bye Ipoh

aku rasa ari tuh adalah ari terakhir aku kat ipoh untuk taun nih. Aku gi antar skywalker ke ipoh.. untuk dibawa balik ke seremban.. korang tak kenal skywalker? huh.. aper la.. naseb baik aku ader gambar dia..

"..skywalker yang banyak menyumbang sepanjang
4tahun pembelajaran di UTP.
."

aku gi ke stesen Ipoh untuk antar skywalker.. dia naik kereta api.. mahal gak tiket dia.. lebey kurang RM80. tuh lebih murah berbanding antar naik pos malaysia. tapi kawan aku., jay dia antar moto balik terangganu pkai courier kat bagunan pos laju courier ipoh, betol-betol blakang pejabat pos ipoh tuh..

kalo korang nak tau.. kalo antar moto pkai poslaju, bleh guna student card, untuk dapat discount.. jadi gunakan student card anda sebaik-baiknya..

sempat lah aku gi amek2-amek gambar sekitar stesen tuh..

"Platfom keretapi Ipoh"


"..stesen keretapi Ipoh.."




"..pokok Ipoh, lambang pekan Ipoh.."


semoga jumpa lagi Ipoh.. tempat jatuh lagi dikenang...

p/s : timekasih farah aini sbb tumpangkan aku balik ke utp...

Wednesday, December 9, 2009

Osah paneh ehh..

PPPPaneh... atok memang paneh... mano tak ehh.. kok orang tipon atok, kalo dah namo eh dalam bilik, memang tak dapek nak becakap.. kono belolah keluar dulu, baru dapek donga sogho orang..

manjang takdo line jo kek bilik ni ha.. bayang an la kok ado hal ponting, anak cucu nak tipon ko, kan ko payah.. uwan kau memang bongih bilo telipon atok.. manjang putuih yooo..

tiang pemancar eh, tinggi tak ngingat.. tapi line eh, nak dapek satu bar pon payah.. bukan atok tak bayar.. gegonap bulan bayar..

tapi tak po.. atok dah nak beghambuih da.. nasib la sesepo yang nak duk sini.. kok takdo line tuh, jangan la bongih.. mondo beso yo..

kok nak telipon kono ikut caro kawan atok ni..

"kok tak betenggek topi tingkap..
memang tak dapek nak becakap..
"

apo pun, dalam umah nih, atok dongan kawan atok yo yang tahan dan setio pado line tipon nih.. kau bayang an laa.. kengkawan atok yang lain, sumo tukar line, dek tak tahan eh..

haaa.. apo laie... tok ananda.. tolong la tetengok an masalah orang kampung ni ha.. tetokan ghaso eh..

Monday, December 7, 2009

Bukit Keledang Ipoh

Da tiga kali aku naik. Kali nih, awal sket dapat naik. Kol 615 bertolak dari UTP. Sampai sana bleh nampak lampu-lampu dari bandaraya Ipoh masih menyala. Mega matahari baru nak kuar. Cuaca pagi tuh sangat cerah dan dapat tengok keindahan alam ciptaan Allah.

Sesiapa yang datang Ipoh, boleh la melawat bukit nih.. Panjatnya 45 minit aja (tak sampai puncak, cuma kat hill side yang ada nice view aja). Elok datang awal-awal pagi atau lewat petang.

Lepas habis balaja nih, tak tau lagi bila boleh panjat bukit bertuah nih..




















Bagi orang-orang Ipoh, jaga la kebersihan Bukit nih elok-elok yea..

Friday, December 4, 2009

Nih kerja perempuan ke keje laki?


YEAAA.. nih isu sensitip neh..

Nih aku nak tanya.. kalo bwat keje-keje masak, kemas rumah, jaga anak-anak nih keje sapa?

laki ker pompwan?

Isu nih ditimbulkan oleh kawan aku, dan ia menyebabkan aku terpikir sket... memandangkan aku nih lelaki.. mesti la aku rasa keje-keje tuh disesuaikan dengan pompwan..

Sebab apa? aku rasa korang pon tau sendri kan?

Bapak aku pun sama jugak.. kalo dia tengok mak aku sibuk bwat keje kat dapur, dia akan tolong. Tapi, sumer keje-keje dapur dan kemas rumah, tetap mak aku yang uruskan secara rasmi, walopon mak aku seorang yang bekerja.

Tapi kalo bab-bab maintenance, memang bapak aku yang jaga.. betolkan paip, atap bocor, kereta rosak.. takkan mak aku nak pi panjat atap rumah, kalo atap bocor kan? Sebab apa? sebab laki dan pompwan bebebeza.

Seperti mana kata lecturer aku (dia PEREMPUAN), kita jangan sibuk nak tegakkan gender equality. Sebab kita berbeza. Lelaki tak sama dengan perempuan. Dan tanggungjawab masing-masing tak sama. Tapi tak salah kalo kita bersama-sama melakukan sesuatu kerja sesama, tanpa ada diskriminasi.

Bersefahaman la dalam tugas masing-masing.. jangan sibuk kata lelaki MESTI bwat keje pompwan.. lelaki pon kene paham.. jangan pandai mengarah jer.. tolong la bini sekali sekala.. Allah telah menjadi lelaki dan perempuan tuh dengan tugas dan tanggungjawab yang berbeza.. jadi sama-sama la kita memahami satu sama lain.. jangan nak melenting tak tentu pasal...


“Dan orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan, dan melarang daripada berbuat kejahatan; dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan Rasul-Nya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.” (Surah At-Taubah, ayat 71)

Kesimpulan aku, biarlah perempuan dengan tugas rasminya sebegitu, dan lelaki sebegini, tapi tak salah kalo kedua-duanya bersama-sama dalam mengurus hal rumah tangga.. baru lah rumah tangga harmoni.

p/s :jangan marah yea.. nih pandangan aku JERRR~