Tujuan post kali ini adalah untuk memberi sedikit tunjuk ajar dan berkongsi pengalaman menggunakan kenderaan perkhidmatan awam di Seremban dan Kuala Lumpur.
BAS SEREMBAN-KUALA LUMPUR
Kalo nak ke Kuala Lumpur dari Terminal 1 Seremban, bleh naik bas SEREMBAN - KUALA LUMPUR atau SUASANA EDARANyang beroperasi dari pukul 6.30 AM ke 9.30PM setiap hari dengan kekerapan setiap 15 minit. Bas berenti kat Pasar Seni. Tiket untuk satu hala cuma RM 6 jer. Bas awal ke KLCC untuk tiket terhad bleh naik pukul 6.30 AM kat Terminal 1. Tiket RM7.20++
Bas ke Paroi
Kalo nak ke stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi dengan menggunakan perkhidmatan bas, boleh naik bas yang menghala ke Kuala Pilah seperti CityLiner, Transnational, united bus atau Southernbus di terminal 1, seremban ATAU guna intracity bas ke paroi. Boleh berenti kat stesyen minyak mobil paroi jaya (bertentangan dengan pusat dakwah islamiah). Stadium tuh betol-betol kat blakang stesyen minyak mobile tuh.
Intracity Bas ke Paroi
Dari Terminal One, Seremban ke Taman Paroi Jaya, Taman Panchor Jaya, Tmn Telawi, Tmn Bukit Margosa,Tmn Ampangan
6.30 AM
7.40 AM
9.40 AM
11.40AM
1.40 PM
3.40 PM
5.40 PM
7.40 PM
10.00 PM
Gunakan bas City Liner, tiket RM 1.50
Perkhidmatan Komuter
Stesen bas Terminal 1 dan stesen komuter Seremban dihubungkan oleh kawasan pejalan kaki berbumbung yang sangat selesa. jadi korang boleh naik bas atau naik keretapi ke Kuala Lumpur.
Kalo nak pegi ke stadium bukit jalil dari seremban atau kuala lumpur menggunakan komuter, boleh turun di stesen Bandar tasik Selatan dan tukar ke Star LRT untuk ke Bukit Jalil (terletak bersebelahan).
Kalo nak ke stesyen bas pudu, boleh turun kat hentian LRT Bandar tasik selatan dan turun kat hentian LRT Plaza rakyat.
Kat bandar tasik selatan pon boleh ke KLIA dengan ERL.
Mari menggunakan pengangkutan awam untuk penjimatan maksimum!
0 tembakan:
Post a Comment