Ari tuh aku tergatal pulak nak cek email yahoo aku yang da berkurun tak berbukak. Bila bukak-bukak termuntah la junk-junk email yang dihantar dalam inbox aku. Tapi ader jugak email-email yang menarik akak aku hantar. Antaranya satu isu nih yang boleh dikatakan hangat skang neh.. Berkenaan isu tarian poco-poco nih..
Ini bermula dari satu email yang datang entah dari mana yang mengatakan tarian ini adalah tarian orang Filipina dalam satu upacara keagamaan Kristian. Email dia berbunyi lebih kurang macam nih...
“Assalammualaikum.
Alhamdulillah kerana kita semua masih bernafas lagi dgn keizinanNya. Saya ingin berkongsi dgn rakan2 semua tantang tarian poco2 yang sedang hangat ditarikan oleh semua lapisan masyarakat,umumnya masyarakat kita yg beragama Islam terutama suri2 rumah dan badan2 kerajaan ketika manghadiri kursus.
Sebenarnya tarian pocoh2 ini berasal dari Filipina bukannya dari Indon.Ia ditarikan oleh masyarakat yg berugama kristian ketika mereka menghadiri upacara sembahyang mingguan mereka. Lihatlah sahaja bagaimana pergerakannya, yg membentuk salib.
Mungkin kita tak perasan kerana kita suka mengikut2 sesuatu yg baru tanpa usul periksa. Inilah cara musuh2 islam mengenakan kita sedangkan kita tahu apabila kita melakukan sesuatu yg menyerupai sesuatu agama maka kita dikira merestui agama itu seperti amalan yoga yg telah difatwakan haram kerana menyerupai agama hindu.cuma tarian pocoh2 ini belum difatwakan haram lagi. Marilah kita sama2 fikirkan.”
Dulu aku ader gak la berjoget dengan benda nih sekali. Tapi tak tau plak boleh jadi macam nih. Aku takda la minat sangat, tapi kesian la pada orang yang mempraktikkan menda nih sebgai satu senaman. Aper pon aku harap isu nih dapat dikaji supaya tidak timbul rasa was-was pada setiap orang memandangkan ramai sangat yang suka berjoget poco-poco nih, termasuk para menteri semua. Akhir kata, jangan kita selalu terburu-buru dan mudah melatah dalam menyelesaikan satu isu. Kaji dan buktikan sebelum kita sampai ke kata putus..
5 tembakan:
den ingat kau rock..poco2 jugak!
takpe, tukar je nama ke poyo-poyo he he selagi Filipina tak tuntut hak...bukan dari diaorang lah kan?
Indon pun tak tuntut hak...jadi bukan dari diaorang jugaklah kan?? tapi rasanya tunggu masa je nak tuntut neh...he he
j - ala... sekali jo joget.. bukan ari2...
art - besok2 ader jugak org yg nak menuntut~ hahahaha
akak sekeluarga mengucapkan selamat hari raya aidil fitri..maaf zair dan batin..
ngayo kek mano tahun ni...
taun nih ghayo kek monceh kak.. bukit rokan.. maaf zahir batin la sesamo.. walopon tak ponah jumpo.. hehehehehe..
Post a Comment