Tuesday, September 22, 2009

Kuih Tat dan Rendang Daging


Ari sabtu tuh, famili aku da balek reramai ke LKTP Bukit Rokan. Mak Lang aku da balek time tuh. Sepupu-sepupu aku sumer ada la sekali. Meriah jugak. Balik jer umah aku tak tau aper nak buat. Sebab sumer da macam diatur. Nak tolong bwat lemang, pakcik aku, dan papa aku da take charge mender-mender tuh. Jadi keje aku cuma jadi pemerhati aja..

Memandangkan aku nih macam tak berguna sangat, jadi aku nak menyumbang la sket ari raya nih. aku pon bwatkan tangga untuk ke bukit blakang rumah, tempat untuk orang masak-masak. Tangga nih khas untuk nenek aku yang da tak terdaya nak panjat tangga lama (tangga nih pon aku bwat time raya dua taun lepas).

Raya petama dan kedua, kitorang pegi ziarah sedara mara.. raya pertama kat kampung belah mak aku kat GEMENCHEH. Lepas tuh raya kedua kat kampung bapak aku, kat REMBAU.

Raya ketiga, famili aku pegi ke Johor. Rumah BAKAL abang ipar aku. Aku maleh nak pegi. Ntah la napa malas sangat. Aku duduk umah layan citer korea. Petang tuh pegi Seremban Lake Garden, rilek-rileks. Malam tuh nenek sedara aku datang. kalut betol aku melayan sensorang. nasib baik berjaya melayan diorang dengan cemerlang. Fuhh!!!

Sebenarnya, taun neh, aku tak da mood nak raya. TAKDA MOOD LANGSUNG! Yea la.. beberapa kebelakangan nih ader beberapa benda yang tak berapa seronok da berlaku.. Hal-hal pengurusan, FYP, dan esemen yang melambak macam haram menyebabkan aku rasa bertambah stress.. aku try menggunakan kuasa yoda aku untuk menenangkan ati dan perasaan nih.. HUUURRMMMM~

Aper pon, heharap menjelang abes cuti neh, otak aku kembali ok dan reda la stress aku nih. Naseb bek esok nak gi jenjalan dengan kerel~ Yang memberi napas pada raya aku kali nih cuma rendang daging dan kuih tat. Kat bilik aku da dijadikan port tempat untuk simpan stock kue raya. Aku aper lagi.. MAKAN.. MAKAN.. MAKAN.. Aku bangun pagi, tros makan kuih raya. Sebelum tido pon, makan kue raya.

Alhamdulillah.

6 tembakan:

  1. Mysterious Lady ( September 23, 2009 at 12:16 AM )

    samo la kito

  2. Anwar Samad ( September 23, 2009 at 3:23 PM )

    bilo la nak dtg panchor jaya nih agak eh..

  3. diyana-san ( September 24, 2009 at 1:59 AM )

    den pon xteraso mood rayo la loi.ntah apo tah.da tuo gek eh.

  4. Kaloi ( September 25, 2009 at 9:28 AM )

    bukan ke ko da merayap satu ari suntuk ke semalam.. apo bondo eh?

  5. j or ji ( September 28, 2009 at 11:25 AM )

    sebonar eh,boleh yo kalau nak menolong tu..jago api lomang ko..buang sampah ko..

  6. syik s. ( September 30, 2009 at 9:29 PM )

    dio leko cobak tanah buek tanggo yo...