Wednesday, September 9, 2009

Mari Berbuka Puasa Bersama...

Gambar ini takda kena mengena dengan post kali nih. Ini gambar bacteria yang aku ternak. Nama dia Naz

Minggu lepas tak da apa yang nak di diceritakan. Cuma aku bermurah rezeki kerana ader la beberapa orang nak belanja buka puasa. Siapa? Mestilah dari kalangan orang-orang yang dimurahkan rezeki daripada Allah... Ha... meh aku ceritakan... secara bergambar la.. malas nak taip banyak-banyak..


Ari sabtu malam ahad, mashin belanja kami makan kat rusna.. aku makan dengan rumate aku, farid, dan hosemate-hosemate aku yang lain, jay, nik, acap. Zik dia tak join sebab awek dia belanja dia ari-ari. Aper pon makan memang puas. Sampai nak tergolek buah pingang menuras air.. Usus besar pon menangis-nangis bila nak proses makanan. Alhamdulillah..

Nama dia Nik. Orang panggil Albert Einstein. Sebab Otak dia,
mashaAllah..

Nama dia Jay. Orang gelar Black Tristar. Programming? PC?
Semua serah pada dia.. (dia bdak engineering tau)

Paling kiri, Mashin. Businessman. Yang ashek nak pandang kamera tuh, Farid. Berdasarkan prestasi diorang nih, aku rasa diorang nih akan jadi CEO kompeni besar.

Nih acap. Dia nih pandai photograph. Da la kaya.. Sapa nak ngorat dia silakan.
Dia takda awek rasmi lagi..

Esoknya Ahad malam sabtu, ader orang belanja aku, Fizah, Farah dan Fareez.. Seronok betol. Makan kat IPOh. Restoran Simpang Tiga. Kat area Green Town Business Centre. Memang GERENTI PUAS HATI!!!! Makanan dia SESESESESEDAP! Nih makanan masakan padang. Kami sangat gembira dapat makan sesama.. Semoga ader gathering untuk empat best frenz nehh..


Terima kasih Farah n Fareez selaku coordinator majlis.

Esoknya ISnin malam Selasa, sekali lagi Mashin belanja makan kat restoran buluh perindu. Neh untuk GROUP ETP. Group projek aku masa 3rd yEar. Nasib baik mashin da BOOK awal-awal meja. So, kami yang dapat hidangan dulu. Air ditempah dua jug besar untuk seploh orang. Padahal yang datang nam orang jer. Terima kasih pada mashin dan kengkawan ETP aku yang datang, AhChong, Mira, Saa dan Syaza. Next time Saa kata dia nak belanja. AKU INGAT TUH SAA~~

Mira (paling kiri) selaku budak giat chemi dan Saa, selaku businesswoman
dancing mat.

Dari kiri, Ahchong, Mashin dan Syaza.

Seterusnya esok tuh pulak, Selasa malam Rabu, selepas menolong Dr Shark menanam 10 batang pokok durian dan kurma, dia belanja aku, Din, Sefa, Tasha dan Acapan kat Rusna LAGIII!!!.. Cik Mat Aris pon datang. Penat betol ari tuh.. Nasib baik Dr Shark belanja. Fuh.. kenyang lagi. Syukur Alhamdulillah..
Kalo korang masuk utan, jaga-jaga dengan tapak kaki pakcik tua nih.
sekali dia sondol dari belakang, cedera parah~

Bila la nak berbuka nih kata Din (baju ijau). Sefa Baju kuning

Orng tanam durian dia amek gambar..

Walopon aku amek gambar diorang nih.. tapi jangan ingat aku tak wat keje..

Beli ilang..beli ilang... kata cik Mat

Pemandangan blok 14 dan poket C dari atas bukit

Anyway, semoga mereka yang membelanja nih, mendapat limpah kurnia dari Tuhan berlipat kali ganda.. Diorang da belanja aku.. anda pula bagaimana?

p/s : Jangan lupa datang tengok show aku seperti yang da terpampang kat sebelah kanan pagi nih. Kalo tak datang, aku blasah seko-seko.

6 tembakan:

  1. saa ( September 9, 2009 at 1:46 PM )

    ha ha mintak-mintak ingatan ko pasal aku nak belanja makan tuh hilang sedikit demi sedikit!
    ha ha ha

  2. whatsername ( September 9, 2009 at 2:00 PM )

    ko slalu belanja org
    Allah murahkan rezeki dgn org len mbelanja ko plak
    teruskan membelanja kwn2
    hahaha

    sian cik adik yg tercekik tu

  3. teddybiegirl ( September 9, 2009 at 4:24 PM )

    waaa....mmg dimurahkan rezeki sungguh...meh cnie aura berkat tu..hehe

  4. fizfai ( September 10, 2009 at 5:39 AM )

    Tak payah jaga2 dah... memang sudah tercekik tulang... 2 hari aku merana ok... hu~ tapi apa2 pun yang penting aku enjoy buka puasa malam tu...

  5. zaiton ( September 10, 2009 at 9:26 AM )

    salam. Timo kasih singgah fp akak. murah rezeki nampak..makan sodap memanjang..

    re: akak guna Nikon D60..sgt berminat dgn photography..blajar2 sendiri..

  6. Kaloi ( September 11, 2009 at 5:53 AM )

    mashimarossa - aku takkan LUPO~ ehehehe..

    whatsername - dengar citer cik adik tuh masih tercekik.. cian dia~

    teddiebear - rezeki datang dari Tuhan la cik esah.. tak pek den nak kasi cemtu yoo..

    fizfai - kau ker yang tercekik tulang??

    kak ton - auh.. D60.. da agak da mesti pkai SLR.. payah botol nak dapek gamba lawa cemnih pkai digital camera beso...